Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, July 30, 2005

Hari Sedih Sedunia... :-(

Hari ni terasa sedih sgt... x tau la kenapa... Pagi tadi, masa sampai opis... Baca paper Utusan... Cerita tentang adik Muhammad Alif Adam Juri yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari mengaji al-Quran benar-benar mengundang sedih. Adik Alif yang baru belajar melintas jalan, meninggal dunia pada hari ke-3 mempelajarinya... Al-Fatihah buat adik Alif, semoga rohnya dicucuri rahmat...

Saya mmg cukup cemas apabila melihat kanak2 sekolah yang melintas jalan. Lebih-lebih lagi yang sebaya adik Alif... Menakutkan... kerana mereka tidak dipimpin oleh orang dewasa... Teringat saya pada iklan yang menyatakan kanak-kanak seusia adik Alif tidak boleh mengagak jarak/kelajuan kenderaan... Kepada semua... (Peringatan untuk diri saya jugak...) pimpinlah anak, adik, anak saudara anda ketika melintas jalan... Tak luak kalau kita pimpin mereka... dan janganlah sekali-kali memandang remeh perkara sebegini... Kita mampu mengubahnya!!

OK, berbalik kepada "hari sedih sedunia saya"... Selepas cerita sedih adik Alif... Saya juga mendapat berita tentang bos kawan saya (qisty80) yang meninggal dunia setelah beberapa hari berada di ICU... Berita ini pun, hanya dimaklumkan oleh qisty80 melalui status YMnya.. Saya pun belum berkesempatan untuk bertanya lanjut tentang perkara tersebut... InsyaAllah jika saya ada peluang, saya akan bertanya qisty80 hal tersebut & akan saya updatekan di sini. Al-Fatihah juga buat Allahyarham bos qisty80... Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... AMIN...

Seterusnya, saya mendapat satu SMS dari kakak saya yang menyatakan mak mengalami hypertension sebaik sahaja balik dari medical appointment kelmarin... Berita yang memeranjatkan kami adik beradik apabila mak disahkan oleh doktor kedua-dua buah pinggangnya rosak yang memaksanya membuat dialisis (tunggu result darah minggu depan, kalau teruk kena masuk wad & buat dialisis), selain itu mak juga disahkan mengalami paru-paru berair yang juga mengganggu organ jantungnya... Sedih betul... :-(

Apa yang lebih menyedihkan apabila doktor tersebut seolah-olah menakutkan mak dengan mengatakan "kalau buat dialisis, pesakit akan share mesin tu... & akan mengakibatkan jangkitan kuman... Satu je caranya, kita tebuk perut & makcik boleh cuci (buang air berlebihan dlm badan) kat rumah je." Mendengar istilah TEBUK saja dah cukup menakutkan saya.. Apatah lagi mak.. :-( Mujur saja Yap (adik bongsu) berjaya menenangkan mak... Apa yg paling mengecewakan, saya rasa tidak patut seorang doktor menceritakan hal tersebut kepada pesakit... Inform kepada waris adalah lebih baik berbanding berterus-terang kepada pesakit... (sekurang-kurangnya waris boleh 'berkias' bagi memancing pesakit untuk menjalani pembedahan/pemeriksaan lanjut)...

Belumpun reda dengan berita tersebut, saya sekali lagi dikejutkan dengan berita accident kawan saya, DJ Ann yang ketika itu dalam perjalanan ke opis... Mujur saja dia tdk apa-apa... Alhamdulillah... walau bagaimanapun.. berita itu cukup mengejutkan saya... ye la... kawan saya yang tu bukannya sihat sgt (tak perlulah saya tuliskan di sini penyakitnya, cukup sekadar pembaca tahu dia tak sihat)... Apa pun Ann... saya harapkan lepas nie akan lebih berhati-hati ketika memandu...

Berkecamuknya hati... tak tau pada sapa nak ngadu, bila kawan baik sendiri bertindak mendiamkan diri dan langsung tak mahu bertegur sapa... bila ditanya... mukanya pun seolah-olah tidak berminat untuk menjawab... :-( bila ditanya... "Marah saya ke?" jawapan yang diterima "Ntah"... (cukup untuk menunjukkan dia marah... atas alasan apa..?? saya sendiri tercari2 jawapannya...) Apa pun... kalau dia terbaca post nie... saya nak minta maaf banyak-banyak... & terima kasih kerana sudi jadi "kawan gembira" untuk saya... :-(

Sedih betul hari nie.. :-(

Thursday, July 21, 2005

Menu Baru di Restoran Syukran , TPM


Ha.. ni la dia ROTI SALAD...

Haaa... ni nak promosi skit... Sape nak try menu baru diRestoran Syukran, TPM... angkat tangan...?? Heheheh... best tu... ROTI SALAD... Kami makan roti salad tu pada hari kedua promosi :-p (hari ni)...

Memula tu tak confident gak nak makan... sebab tak penah dgr la katakan... tapi tu la.. bak kata org tak try tak tau kan...?? So kami ni pun try la mkn... Sepinggan kongsi 3 org... (heheh tapi tak cukup.. order lagi spinggan :-p) Mmg best aa... kira kenyang sampai ke petang jugak... ;-)

Ok yg kat luar tu roti canai aa kiranya... then dlm tu ada isi cam dlm popia basah/goreng... ada carrot, bawang, sengkuang dll... & kat atas tu dihias dengan cili sos dan mayonis.... hm... yum... yum... So..lagi sekali panggilan tuk org2 TPM tuk try menu baru kat Syukran nie.. mmg best!! Rasa sekali nak lagi!!! :-))

Nie La Dia...



Hm... ni la kucing yg saya berkenan tu... tapi dah ada org lain yg beli... beberapa hari, selepas kunjungan kami yg pertama hari tuh... bukan yg hitam (yg tgh tdo tu) tapi yg kat blakang tu.... comeikan?!? eee... geram!!

Wednesday, July 20, 2005

Kunjungan Kali Ke-2 Ke Rumah Kak Dilla

Semalam kami sekali lagi ke rumah kak Dilla utk melihat kucing2nya... Kebetulan kak ayu bersedia utk adopt Teffy (kucing yg dikatakan mengalami masalah "selsema" yg trk!) ... Mmg kesian tgk keadaan Teffy yg sakit tu... tapi bagus la kak ayu bersedia tuk jaga... sekurang2nya ada perhatian yg diberikan kepada Teffy... Maklum la... diri sendiri mmg x penah jaga kucing.. so x pandai nak bg "kasih sayang" kat kucing2 tu... Apa pun diharapkan Teffy akan sihat bila dah berpindah environment nie...

Btw, sesampai je kat umah tu...terus serbu anak2 kucing yg comel2 tu... hm... dah berkurangan pun... dimaklumkan... ada 2/3 ekor kucing yg telah dibeli org lain... Frust jugak sebab salah satu tu saya berkenan... (walaupun tak pandai jaga kucing :-p) Good for them actually.. sebab kecik2 ni bertukar environment dan mungkin akan dijaga dengan lebih rapi... InsyaAllah...

LOOK AT THEM!! :-)
Dorang ni mmg pantang nampak camera...
sume akan tunjukkan pose yg memacam :-p











Tuesday, July 19, 2005

Unleashed



Unleashed mengisahkan seorang manusia yg kehidupannya diperlakukan seperti seekor anjing. Danny (Jet Li), sedari kecil diajar untuk bergaduh & lebih teruk lagi diarahkan membunuh sesiapa sahaja. Tindakannya juga hanya bergantung kepada arahan tuannya (Bob Hoskins). Tuannya juga tidak pernah mempunyai perasaan kasihan & hanya mementingkan diri sendiri serta memburu kemewahan dgn mempergunakan kehandalan Danny dlm seni mempertahankan diri.

Danny tidak mempunyai tempat tinggal yg sempurna, sebaliknya disediakan sebuah sangkar dan terdapatnya teddy boo (teddy bear) juga sebuah buku abjad... Simboliknya apabila dia membuka buku tersebut, dia akan mambaca huruf L utk LOVE.. & juga P utk PIANO.. Buku abjad tersebutlah yg menemukannya dgn dunia luar (selain kehidupannya yg seperti haiwan). Sebuah filem aksi yg agak 'ganas' tapi bisa meninggalkan kesan yang mendalam pada sesiapa yang menontonnya...

Sepanjang menonton filem ini saya rasa sebak/sedih melihat Danny yg dilayan tidak seperti manusia. Seperti itulah realiti kehidupan diluar sana... Tentu saja ada segelintir pihak yang mempergunakan org lain demi kepentingan/keuntungan sendiri...

Teringat saya pada anak2 kecil (lingkungan umur 7-12 thn) yang diarahkan untuk mengutip derma dari rumah ke rumah...(mungkin kanak2 terbiar & diambil oleh mereka yg KONONNYA ingin bertanggungjawab menjaga kanak2 tersebut). Kanak2 ini akan ditinggalkan di sesebuah kawasan perumahan dan diarahkan utk mengutip derma.. Pernah terjadi di depan mata... apabila salah seorang kanak2 itu ditempeleng krn tdk dpt mengutip byk derma... Sedih betul bila teringatkan mereka... Walaupun mereka tdk diajar untuk membunuh seperti Jet Li, tetapi mereka dipergunakan (sepenuhnya) utk memdapatkan REZEKI, yg bukan utk diri sendiri tetapi untuk mereka yang digelar TUAN... Sedih betul!!

Filem ini benar2 memberikan kesan kepada saya... Bersyukur kerana masih ada kehidupan yg sempurna... masih ada kasih sayang untuk dikongsi dan masih ada impian untuk dikejar...

Pada anda yg kesempatan, tontonlah filem nie...

Unleashed Movie
Jangan biarkan org lain yg menentukan kehidupan anda... Kerana anda lebih berhak untuk menentukannya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...