Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, September 13, 2015

Jerebu: Pastikan Anak-anak Tidak Terdedah Udara Kotor...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sejak hari Jumaat lepas jerebu nampak teruk di Gombak ni. Masa hantar dan ambil Faris dari sekolah, Alisya dah start beritahu tekaknya sakit. Malam tu mulalah batuk dan selsema. Hari ni dah start demam pula. 

Keadaan jerebu hari Jumaat lalu di Gombak...

Hari ni kami bawa Alisya jumpa doktor, seplastik jugalah ubat yang di bawa balik. Disebabkan dah tiga hari batuk dan selsema, tekak pun dah merah, kena pula demam maka doktor bagi antibiotik untuk seminggu ni. Sabarlah, moga cepat sembuh ya anak mama!

Walaupun demam, batuk, selsema...
nampak mainan nak main juga!

Kesan Kesihatan Akibat Jerebu

1. Masalah pernafasan
2. Asma 
3. Radang paru-paru
4. Sakit jantung
5. Sakit tekak
6. Sakit mata
7. Batuk
8. Selsema

Tips Hadapi Jerebu

1. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah/bangunan - baik dewasa, lebih-lebih lagi kanak-kanak, elakkan daripada terdedah kepada udara di luar rumah/bangunan. Jika perlu berada di luar rumah, pastikan anda memakai penutup hidung dan mulut (face mask)

2. Pastikan udara di dalam rumah/bangunan adalah bersih - kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Perokok perlulah lebih prihatin kepada udara di dalam rumah yang mana adanya anak-anak kecil.

3. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin - tutup semua tingkap kereta dan pilih mode kitaran udara dalaman apabila berada di dalam kereta. 

4. Minum banyak air suam - pastikan anda minum air suam dengan banyak, bagi mengelakkan anda dehydrated kerana udara yang kering dan kotor.

5. Kerap basuh tangan dan muka - pastikan anda membasuh tangan dan muka setiap kali selepas anda melakukan aktiviti luar. 

Moga anda semua baik-baik saja. Yang penting, jaga diri, pastikan minum air suam banyak... Tolong tengokkan anak-anak... Moga mereka tidak terlalu terdedah dengan udara yang tidak baik sekarang ni... Take care ya semua! 


Nota kaki: Sekolah-sekolah hanya akan diisytiharkan tutup jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 200 atau lebih... 150++ pun dah agak sesak nafas... maka ibu bapa kena pantau kesihatan anak-anak yea... Moga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah... Amin...

Friday, September 11, 2015

Kesian Tau!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Saya beli 'jajan' ni depan sekolah Adam Faris. Tu pun sebab Alisya dah jerit-jerit kata nak benda ni... saya pun beli je la... Kadang-kadang boleh bagi makan benda ni... Saya ambil dua bungkus, satu untuk Alisya, satu untuk Faris... Saya bagi RM1 dekat akak yang menjual tu... Saya tercegat tunggu baki... sambil dia kemain rancak berbual.

Bila dia tengok saya masih lagi berdiri di tepi kereta dia tu, saya pun tanya... "tak de baki ke kak?!"

Akak tu jawab, "satu 50 sen."

Tekejut saya dengar, "la... ye ke?! Mahal eh?! Saya beli kat kedai 30 sen je sebungkus gini?"

Terus saya berlalu. Dalam hati, niaga depan sekolah je kot... kesian budak-budak sekolah tu kena beli dengan harga yang lebih mahal dari kedai... Kalau ikutkan memang la elok harganya mahal sikit untuk tidak menggalakkan anak-anak makan makanan yang tidak berkhasiatkan...?!

Tapi tu la... apa yang jadi persoalannya adalah, kenapa mereka menjual dengan harga yang lebih mahal dari kedai... itu je... Sebab saya selalu juga tengok anak-anak yang baru keluar sekolah ni, berebut-rebut nak beli "jajan", dah ambil, dah pegang, tapi lepas tu kena letak balik sebab duit tak cukup. Kesian... Kadang-kadang kalau saya bawa duit, saya bayarkan je... 

Kalau dekat bookshop sekolah pun sama... Saya selalu tengok anak-anak ni, terkebil-kebil depan bookshop dan tengok barang-barang yang mereka tak dapat nak beli. Kesian tau! 

Tuesday, September 08, 2015

Jom Amal: Pengasingan Sampah 2

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seperti yang saya janjikan, dalam entri ni saya nak kongsikan cara saya mengasingkan sampah di rumah. Manalah tahu jika berguna boleh la rakan-rakan buat cara yang sama.

Saya mengasingkan barang-barang kitar semula dengan hanya menggunakan kotak saiz A4 seperti ini:


Disebabkan dapur saya di Melaka dulu kecil, maka saya tak boleh letakkan kotak-kotak recycle saya tu di dapur. Barang-barang yang boleh direcycle ni, bukan ada hari-harikan? Bukan macam sampah di dapur. Maka saya letakkan kotak-kotak A4 ni di luar rumah. Bukan apa, senanglah nak jual kalau lori "paper lama" tu lalu depan rumah...

Disebabkan kotak ni ada penutup, maka saya letakkannya secara bertindih. Saya alaskan kotak tu dengan plastik siap-siap. So, bila ada barang yang nak direcycle saya akan masukkan ke dalam kotak tu. Oh ya lupa, di depan kotak tu saya labelkan siap-siap. Satu kotak untuk plastik, satu untuk kaca dan satu lagi untuk kertas. So, senanglah. Tak la bersepahkan...


Kalau ada duit lebih, bolehlah beli tong macam dalam gambar ni di IKEA. :p Yang kecil tu harganya RM30++ yang tinggi sikit tu RM50++. Gambar ni adalah ruangan dapur apartmen yang kami sewa di Jepun dulu. Macam yang saya cakap dalam entri sebelum ni, rumah di Jepun memang ada lebih dari satu tong sampah di dalam rumah. Tong sampah IKEA ni macam menarik juga, sebab ia bersifat "kurus dan tinggi", maka tak perlukan banyak space. (^_^)

So, kawan-kawan, jom la kita mula mengasingkan sampah pepejal dan barangan yang boleh dikitar semula. Moga dengan usaha yang kecil ini, kita dapat menyelamatkan bumi demi generasi yang akan datang. 

* Bagaimana cara anda asingkan sampah?! Jom kongsi! (^_^) *

Friday, September 04, 2015

Jom Amal: Pengasingan Sampah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Mesti ramai yang dah tahu tentang bermulanya pengasingan sampah bermula 1 September lalu. Tapi bukanlah di semua negeri, hanya tujuh buah negeri terlibat iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. 

Walaupun Selangor tiada dalam senarai, tapi saya tetap teruja! Sejak saya duduk di Melaka dulu (4 tahun lalu) saya dah mula mengasingkan sampah, atas pembacaan dan kesedaran betapa pentingnya usaha mengasingkan sampah dalam menyelamatkan bumi. 

Lagipun di Melaka, memang dah amalkan pengasingan sampah ni. Sampah-sampah yang boleh dikitar semula memang akan di ambil pada satu hari khas di kawasan rumah saya dulu, iaitu setiap hari Khamis.

Melalui pemerhatian saya di Facebook SWCorp Malaysia, ramai yang menyambut baik, tak kurang juga ada yang memperkecilkan usaha ini. Rasanya tak salah kalau kita mencuba dulu. Kalau belum buat tapi dah complain macam-macam, tak best la kan... Sekurang-kurangnya kita usaha untuk menyelamatkan bumi.

So, apa sebenarnya yang nak diasingkan? Bagaimana pula perlaksanaanya?! Seperti yang dikeluarkan oleh SWCorp Malaysia berikut adalah kategori pengasingan sampah.
1. Sisa baki - apa saja yang datangnya dari dapur rumah kita, kotor dan tidak boleh dikitar semula, maka bungkus dan buang DI DALAM TONG SAMPAH.
2. Sisa Kertas - apa saja yang berkaitan dengan kertas termasuk sekecil-kecil bil/resit, dibungkus kemas dan DILETAKKAN DI SEBELAH TONG SAMPAH.
3. Sisa Plastik - yang berkaitan dengan plastik, mestilah diasingkan dan dibungkus, juga DILETAKKAN DI SEBELAH TONG SAMPAH.
4. Sisa Lain-lain - termasuklah kaca, aluminium, barangan elektrik, kain dan penyembur racun diasingkan dan juga DILETAKKAN DI SEBELAH TONG SAMPAH.

Kalau ikutkan, setiap kategori sampah ini perlu diasingkan dan dimasukkan ke dalam plastik yang berlainan warna (anda boleh rujuk gambarajah di atas), tetapi disebabkan nak memudahkan kita yang baru nak belajar ni, maka pihak SWCorp Malaysia, melonggarkan syarat warna plastik sampah tersebut. Pun begitu, penggunaan warna plastik berbeza amat digalakkan.

Kalau di Jepun, mereka mengasingkan sampah bermula dari rumah dengan lebih dari dua tong sampah. Ada yang sampai LIMA TONG satu rumah. Bayangkan, rumah di Jepun, bukanlah luas macam kita di sini, tapi mereka tetap boleh lakukan pengasingan sampah. Bukan itu saja, mereka pun ada plastik khas untuk mengasingkan sampah. Siap ada ruangan nama dan alamat pemilik sampah. So, kalau anda salah mengasingkan sampah, anda akan dikenakan denda!

Jangan tak tahu, Jepun ada satu buku teks khas, yang bercerita tentang pengasingkan sampah sahaja! Apa hasilnya? Hasilnya, anda dapat lihat betapa bersihnya persekitaran di Jepun, udaranya segar, malah air di parit dan longkang pun jernih, macam air sungai! Kan seronok macam tu?!

So, negeri-negeri yang terlibat, bolehlah menyambut positif usaha ini. Buat perlahan-lahan, biasakan... Negeri yang tak tersenarai pun boleh mula mengasingkan sampah yang boleh di kitar semula dan tak boleh di kitar semula... InsyaAllah nanti anda akan rasa seronok! Lebih-lebih lagi jika anda kumpul dan jual pada "lori paper lama". Untung!!!  :p


Nota kaki: InsyaAllah nanti saya kongsi versi saya asingkan sampah masa di Melaka dulu. Jom mula sekarang, untuk kesejahteraan generasi akan datang.

Friday, August 21, 2015

#jejakjepunjihan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Dah start pun rancangan Jejak Jepun Jihan. Hari Rabu lepas adalah episod yang pertama. Excitednyalah saya dan anak-anak tengok. Dulu yang masa Jejak Jepun Zizan pun sakan kami menengoknya...

Sepanjang rancangan tu ditayangkan Alisya dan Faris cakap, kita kena pergi Jepun lagi... sebab yang ni kita tak pergi lagi! Memang la nak oiii... kita pergi Osaka dan Kyoto je hari tu...

Episod pertama Jejak Jepun Jihan tu, tengah musim bunga sakura... Ya Allah cantiknya lah bunga sakura...! Next time kalau ada rezeki ke Jepun lagi nak pergi masa musim bunga sakura la... mesti best! Kalau nak pergi time bunga sakura kena pergi dalam bulan Mac-April.

Subhanallah, cantiknya bunga sakura...

Cerita travel kami ke Jepun hari tu pun tak habis lagi update... Hehehe... Slowly lah kita siapkan yea... Walaupun pergi 8 hari je... Banyak juga nak cerita sebenarnya... tapi masa sangat-sangatlah terhad. Kena sambil-sambil je ni...

So, jomlah kita tengok Jejak Jepun Jihan. Sambil-sambil tu berangan lagi pergi Jepun! Bila, hari apa dan di mana siarannya boleh tengok info di bawah.


Kalau nak tengok gambar-gambar cantik Jihan sepanjang di Jepun boleh follow Instagramnya: jihanmuse. Dan kalau anda nak tengok gambar-gambar cantik penonton-penonton yang dah sampai di Jepun, boleh search #jejakjepunjihan atau #kemanakitaney. Memang banyak gambar-gambar yang cantik!

Tempek sekeping gambar kami di tourist spot, Osaka. Orang kata ni salah satu landmark di Osaka... ataupun orang panggil Glico men spot.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...