Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, October 02, 2019

5 Tips Atasi Pasangan Berdengkur

Berpagi-pagian di kedai runcit untuk menambah stok barang dapur basah.

Melihat ayam, ikan dan sayur-sayur yang fresh juga adalah sebahagian daripada terapi minda. Dalam keasyikan memilih ayam, datang seorang wanita yang saya kira usianya awal 50an.

"Oit, awal pula datang hari ni..." dia menegur seorang lagi wanita yang sedang leka memilih ikan kembung.

"Ha, awal sikit je. Eh, kenapa sembab muka tu?  Macam tak cukup tidur je," balasnya setelah mengangkat muka dan memandang orang yang menegurnya.

"Aduhlah... tak tahulah aku. Dah berapa malam tak dapat tidur. Laki aku tu, berdengkur kuat ya amat. Tak boleh tidur dibuatnya," suaranya sedikit tinggi. Nak menunjukkan rasa amarahnya.

"Asal pagi je mulalah aku pun pening kepala sebab tak cukup tidur," sambungnya lagi.

"Penat sangat agaknya laki kau tu... bukan semalam katanya pergi Pahang hantar barang?" balas wanita yang sedang menunggu ikan kembungnya disiang.

"Serabutlah aku... rasa nak tekup je muka laki aku tu dengan bantal. Tak pun biar je dia tidur dalam lori tu. Dulu tak de pula berdengkur kuat macam ni. Ni sampai bergegar rumah rasanya," ceritanya sambil tergelak.

Beberapa orang yang mendengar perbualan itu, turut ketawa. Saya juga tersenyum. Senyum kerana melihat gelagatnya yang bersungguh-sungguh bercerita. Lagaknya seperti peserta kanak-kanak bagi pertandingan bercerita. 

"Kalau tekup dengan bantal, innalillahlah nanti. Kang sunyi pula malam kau," balas rakannya dengan tawa yang masih berbaki.


Entahlah, bukankah sebagai seorang isteri, kita patut rasa syukur...

1. Kerana malam kita bertemankan dengkur sang suami. Ada orang sepanjang hidupnya tidak dikurniakan pasangan hidup pun. Malah ada juga suami yang tak balik ke rumah dan mencari keseronokan lain di luar rumah.

2. Kisah ini walau nampak kelakar, tapi sedar tak... kita sedang menceritakan aib suami kepada orang lain. Ya, ini aib suami kita yang perlu disimpan di dalam rumah, tidak perlu dijaja kepada orang lain walaupun atas dasar bergurau.

3. Jika rasa hilang punca bagaimana nak menyelesaikan masalah dengkur pasangan kita, mungkin boleh lakukan beberapa perkara ini:

a) sediakan air panas, dan minta suami mandi dengan air yang sedikit panas sebelum tidur. 

b) jika kuat sangat dengkurnya, kejutkan supaya dia dapat tukar posisi tidur. Tidur secara mengiring adalah lebih baik dari menelentang.

c) di farmasi ada dijual pelekat jalur hidung bagi memudahkannya untuk bernafas ketika tidur.

d) pasangkan pelembab udara (air humidifier atau air dffuser) bagi mengekalkan udara yang lembab disamping haruman seperti lavender bagi tidur yang lena.

e) minum banyak air suam disebelah siang, bagi mengekalkan tahap hidrasi badan. Kurang air akan menyebabkan tekak bertambah kering.

Insya-Allah benda boleh settle, buat apa dicanang-canangkan pada orang?

Aib pasangan kita, mohon simpan dalam peti besi dalam rumah.

Saturday, September 28, 2019

Personal Branding dan Penulisan Viral


Dua hari dah kerja penulisan tertangguh. Selesema. Hari ni flat terus. Seharian ketiduran dek ubat yang dimakan.

Disebabkan tak boleh nak fikir, kita ulang baca e-book Personal Branding dan Penulisan Viral ni, yang belum sempat dibind lagi.

Eh saya bukan nak jadi famous tau, tapi nak tahu bagaimana nak menarik lebih ramai pembaca kepada penulisan saya, itu saja.

Lebih ramai yang baca, lebih luas manfaat ilmunya. Insya-Allah.

Ilmu ni, macam gajet.

Makin maju teknologinya, makin laju juga pengeluarannya.

Makin ramai orang yang kongsi ilmunya, makin banyak cabang yang kita bakal pelajari. Kan seronok macam tu?

Lapan influencer ini pun, dari pelbagai cabang ilmu mereka. Daripada kita tak tahu, jadi tahu.

Zaman saya belajar ilmu kewartawanan dulu, jauh beza dengan sekarang. Baik dari penulisannya, cara sebarannya, tingkah laku pembacanya... semuanya, jauh berbeza.

Jadi mohlah kita ikut peredaran zaman. Belajar dari mereka yang telah berjaya.

E-book Personal Branding dan Penulisan Viral, ilmu yang sangat bermanfaat bagi mereka yang suka "melepak" di media sosial.

Bukan senang-senang orang nak klik butang Like, Comment dan Share. Ada kaedahnya...

Friday, September 27, 2019

5 Sebab Kita Perlukan 'Me Time'


Tekun saya meneliti dan membalas setiap satu komen tentang 'me time' kelmarin.


Seronok membaca cara rakan-rakan menyempurnakan masa untuk diri sendiri.

Berdasarkan respon kelmarin, saya rasakan jawapan kak Juliet Jumadil ni yang paling rare dan saya tak terfikir.

"Ada 10 minit untuk makan kuaci."

Saya akui, sebenarnya 'me time' ni, tak semestinya seminggu sekali atau sebulan sekali.

Tapi dalam sehari kalau dapat masa 10 minit untuk makan kuaci pun dah sangat menyeronokkan. Apatah lagi, makan tanpa diganggu anak-anak yang masih kecil.

Hasil komen yang ditinggalkan oleh rakan-rakan lain, saya simpulkan seperti berikut, mengikut turutan terbanyak:
1. Makan dan menikmati kopi
2. Memanjakan diri di spa, membeli-belah, keluar bersama rakan-rakan dan tidur
3. Menonton movie, mendengar muzik dan melayari internet
4. Menghadiri seminar dan beriadah
5. Bercuti, memandu sendirian, berkurung dalam bilik, membelek album gambar, mandi dengan tenang (tanpa diganggu anak-anak) dan menghabiskan waktu untuk solat, zikir serta membaca Al-quran.

Rata-rata bersetuju, 'me time' ni sangat perlu bagi lelaki mahupun perempuan, baik yang masih bujang mahupun yang telah berumahtangga.

'Me time' dalam erti kata lain 'self-reward' atau cara kita menghargai diri sendiri, memberikan banyak kelebihan, antaranya:

a) Mengurangkan tekanan - melepaskan seketika segala urusan kerja dan tanggungjawab harian, berikan diri sendiri sedikit ruang untuk 'bernafas'. Rehat sebentar daripada tanggungjawab harian adalah penting bagi mengurangkan rasa stres.

b) Meningkatkan konsentrasi, lebih produktif dan refresh diri - biasanya, dengan membuat apa yang kita suka, akan meningkatkan rasa happy. Maka secara automatik, kita dapat merancang kerja dengan lebih baik.

c) Menjadi lebih fokus dan kreatif - percaya atau tidak, apabila kita penuhi kehendak diri sendiri, seperti memanjakan diri di spa, melakukan hobi yang disukai, waima menghirup secangkir kopi, akan mengubah daya fikir kepada yang lebih baik. Kan bagus macam tu?

d) Memperbaiki hubungan dengan pasangan, anak-anak, rakan sekerja dan mereka yang di sekeliling kita - adakalanya kita tidak sengaja menyinggung perasaan orang di sekeliling kita, jika dalam keadaan terlalu penat atau letih. Beri peluang kepada diri sendiri untuk 'take a break', pasti kemudiannya kita lebih seronok untuk bergaul dengan sesiapa saja.

e) Muhasabah diri - ini adalah perkara yang paling penting bagi saya. Dalam ruang dan peluang bersendirian, ambillah masa untuk muhasabah diri sendiri. Mungkin boleh disenaraikan apa kelemahan diri dan cuba perbaiki dari masa ke masa. Setiap kali kita cuba muhasabah diri, insya-Allah, kita akan nampak perubahan yang lebih positif dalam diri sendiri.

'Me time', boleh jadi salah satu terapi diri dan mengelakkan rasa murung, memberontak malah rasa benci pada diri sendiri. Bahaya tau jika dipendam lama.

Like dan share, jika bermanfaat.

'Me time' = 'positive me'

Wednesday, September 25, 2019

Honeymoon Mana?


Khusyuk Alisya menonton satu scene drama di TV sambil perlahan-lahan mengunyah roti bakar.

"Nanti kita nak honeymoon dekat mana?" skrip si pelakon perempuan.

"You, I dah belanja banyak dah ni... hantaran, kenduri... semualah. Nanti-nantilah kita fikir pasal honeymoon...," jawab pelakon lelaki.

Tiba-tiba Alisya tanya, "dulu Mama dengan Abah honeymoon dekat mana?"

"Kuching, Sarawak..." jawab saya.

"Bila Mama dengan Abah pergi?" tanyanya lagi.

"Tahun 2006... seminggu lepas majlis rasanya kot, lupa dah Mama."

"Adoiii, tak ajak..." marahnya.

Apooo? 😏😏😏

Dia lahir tahun 2010 kot!

Friday, September 20, 2019

Facebook Friend Request

"Nora, macam mana kau handle haters di media sosial?" Satu mesej daripada aplikasi Whatsapp menerjah telefon saya.

Lama saya memikirkan untuk menjawab.

"Aku ada haters ke?" Bisik saya sendiri, sambil berfikir.

"Kenapa?" Saya membalas ringkas.

"Minggu lepas aku ada accept friend request dua tiga orang di Facebook... hari ni depa kaw kaw kutuk aku di komen post aku dan wall depa, sebab tak setuju dengan apa yang aku tulis," jelasnya.

"Lepas tu depa tulis komen marah-marah. Aku explainlah apa yang aku tulis tu. Depa tak puas hati lepas tu naik angin, siap panggil geng-geng lain kecam aku dekat post aku tu," sambungnya lagi.

Kemudian bertalu-talu mesej masuk dengan gambar kecaman, makian dan yang sewaktu dengannya yang discreenshot oleh sahabat saya.

Terkedu saya membacanya.
Bahasa yang digunakan... Allah.
Tak sanggup nak baca.

Bagi segelintir orang, mendapat new friend request adalah satu keterujaan. Lalu terus menerima tanpa usul periksa.

Tak salah menerima kawan baru, tetapi adalah lebih baik jika kita dapat menapis semua friend request sedari awal.

Hasil poll semalam, syukur majoriti tidak sewenangnya menambah rakan baru, tanpa semakan teliti.

Etika paling penting adalah meneliti beberapa perkara ini sebelum mengesahkan permintaan rakan baru:

1. Lihat gambar profilenya. Jika gambar kartun, haiwan, bunga dan selain dari wajahnya, sila abaikan.

2. Lihat nama profilenya. Jika selain nama manusia, contoh Bakal Jenazah, Harum Mewangi dan lain-lain nama samaran, abaikan.

3. Semak biodata ringkas yang ditulis di bahagian bawah profile picturenya.

4. Semak sekurang-kurangnya lima hantaran terkini miliknya.
a) Jika hantaran terbaru pun tahun 2014, sila abaikan.
b) Jika lima hantaran terbaru adalah berkaitan perniagaannya, sila KIV.
c) Jika hantarannya dipenuhi isu politik dan agama yang melampau, sila abaikan.
d) Jika hantarannya dipenuhi dengan unsur negatif, caci maki dan 'menerakakan' orang lain, sila abaikan.

5. Jika telah berpuas hati dengan gambarnya, biodata ringkasnya, hantaran-hantarannya, sila tinggalkan jejak kita. Maknanya, mulakan perkenalan dengan meninggalkan komen atau Like di hantaran miliknya, sebelum proses mengesahkan friend requestnya.

6. Mutual friends juga sangat membantu dalam proses mengesahkan rakan baru. Melalui mutual friends, kita akan dapat gambaran, dia circle rakan yang bagaimana.

7. Adalah lebih baik dan selamat jika kita hanya menekan butang FOLLOW di Facebook mereka, sebelum menerima mereka menjadi kawan baru di Facebook.

8. Aktifkan butang FOLLOW, supaya rakan baru hanya perlu menekan butang itu jika dia berminat dengan setiap perkongsian kita.

9. Saya juga belajar sesuatu daripada Puan Mazniza Mohd Nor, jika kita 'berkenan' untuk menjadi rakan baru seseorang di Facebook, sila tekan butang Add Friend dan disusuli private message menyatakan sebab mengapa kita nak jadi rakan Facebooknya. Dengan cara ini, saya yakin prosesnya akan menjadi lebih cepat.

Pendek kata, kaji dan teliti dulu orang baru yang cuba 'memasuki rumah (Facebook)' kita. Perkara-perkara di atas adalah sekadar langkah berjaga-jaga.

'Sepak terajang' di media sosial sebenarnya lebih menakutkan. Kesannya bukan sejam dua, malah lebih dari itu.

Adalah lebih baik kekalkan kumpulan rakan yang memang kita kenali, positif, saling memahami dan membantu.

Sudi apalah kiranya untuk Follow saya juga. Eh! 🤪

E-book Personal Branding dan Penulisan Viral

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...