Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Friday, September 20, 2019

Facebook Friend Request

"Nora, macam mana kau handle haters di media sosial?" Satu mesej daripada aplikasi Whatsapp menerjah telefon saya.

Lama saya memikirkan untuk menjawab.

"Aku ada haters ke?" Bisik saya sendiri, sambil berfikir.

"Kenapa?" Saya membalas ringkas.

"Minggu lepas aku ada accept friend request dua tiga orang di Facebook... hari ni depa kaw kaw kutuk aku di komen post aku dan wall depa, sebab tak setuju dengan apa yang aku tulis," jelasnya.

"Lepas tu depa tulis komen marah-marah. Aku explainlah apa yang aku tulis tu. Depa tak puas hati lepas tu naik angin, siap panggil geng-geng lain kecam aku dekat post aku tu," sambungnya lagi.

Kemudian bertalu-talu mesej masuk dengan gambar kecaman, makian dan yang sewaktu dengannya yang discreenshot oleh sahabat saya.

Terkedu saya membacanya.
Bahasa yang digunakan... Allah.
Tak sanggup nak baca.

Bagi segelintir orang, mendapat new friend request adalah satu keterujaan. Lalu terus menerima tanpa usul periksa.

Tak salah menerima kawan baru, tetapi adalah lebih baik jika kita dapat menapis semua friend request sedari awal.

Hasil poll semalam, syukur majoriti tidak sewenangnya menambah rakan baru, tanpa semakan teliti.

Etika paling penting adalah meneliti beberapa perkara ini sebelum mengesahkan permintaan rakan baru:

1. Lihat gambar profilenya. Jika gambar kartun, haiwan, bunga dan selain dari wajahnya, sila abaikan.

2. Lihat nama profilenya. Jika selain nama manusia, contoh Bakal Jenazah, Harum Mewangi dan lain-lain nama samaran, abaikan.

3. Semak biodata ringkas yang ditulis di bahagian bawah profile picturenya.

4. Semak sekurang-kurangnya lima hantaran terkini miliknya.
a) Jika hantaran terbaru pun tahun 2014, sila abaikan.
b) Jika lima hantaran terbaru adalah berkaitan perniagaannya, sila KIV.
c) Jika hantarannya dipenuhi isu politik dan agama yang melampau, sila abaikan.
d) Jika hantarannya dipenuhi dengan unsur negatif, caci maki dan 'menerakakan' orang lain, sila abaikan.

5. Jika telah berpuas hati dengan gambarnya, biodata ringkasnya, hantaran-hantarannya, sila tinggalkan jejak kita. Maknanya, mulakan perkenalan dengan meninggalkan komen atau Like di hantaran miliknya, sebelum proses mengesahkan friend requestnya.

6. Mutual friends juga sangat membantu dalam proses mengesahkan rakan baru. Melalui mutual friends, kita akan dapat gambaran, dia circle rakan yang bagaimana.

7. Adalah lebih baik dan selamat jika kita hanya menekan butang FOLLOW di Facebook mereka, sebelum menerima mereka menjadi kawan baru di Facebook.

8. Aktifkan butang FOLLOW, supaya rakan baru hanya perlu menekan butang itu jika dia berminat dengan setiap perkongsian kita.

9. Saya juga belajar sesuatu daripada Puan Mazniza Mohd Nor, jika kita 'berkenan' untuk menjadi rakan baru seseorang di Facebook, sila tekan butang Add Friend dan disusuli private message menyatakan sebab mengapa kita nak jadi rakan Facebooknya. Dengan cara ini, saya yakin prosesnya akan menjadi lebih cepat.

Pendek kata, kaji dan teliti dulu orang baru yang cuba 'memasuki rumah (Facebook)' kita. Perkara-perkara di atas adalah sekadar langkah berjaga-jaga.

'Sepak terajang' di media sosial sebenarnya lebih menakutkan. Kesannya bukan sejam dua, malah lebih dari itu.

Adalah lebih baik kekalkan kumpulan rakan yang memang kita kenali, positif, saling memahami dan membantu.

Sudi apalah kiranya untuk Follow saya juga. Eh! 🤪

E-book Personal Branding dan Penulisan Viral

Thursday, June 13, 2013

Jangan Sampai Halal Jadi Haram...


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Gambar dan kisah ini saya petik dari FB Mak Liza. Sesuatu yang menarik dan sepatutnya menjadi panduan buat kita semua... Moga kisah ini sedikit terkesan di hati kita semua... 

* * *

Semalam pi sebuah Klinik. Waktu dah hampir maghrib, oleh kerana kes kecemasan, tunggulah di klinik. Sementara tunggu giliran , nampak satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan.

Tak lama, nama isteri dipanggil untuk ambik ubat dan buat bayaran. Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yang sedang dipromosi seperti dalam gambar. Bukan bahan yang dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Tuhan.

Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?

Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.

Tapi apa yang saya perhati dan menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta , bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.

Maka salah seorang anaknya tu pun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.

Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya.

Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?

Saya pernah dengar dalam satu pesanan seorang 'orang soleh' kata, ketika itu kami sudah sampai di Ladang Kurma di Madinah, 'orang soleh' tu pesan, " kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis. Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis. Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal, jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

Yang halal jadi haram apabila kita pandang remeh dan kata tak kisah. Kita lupa Allah berkira dan malaikat dikiri kanan mencatat segala-galanya dalam buku rekod amal peribadi kita.

Kisah Ganjaran dan Hukuman...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Setiap kali menjemput Faris balik dari Tadika, akan ada saja ceritanya... Tapi saya tak pernah jemu untuk mendengar dia bercerita, walaupun hanya tentang apa yang dimakan di tadika, mahupun tentang Zikri, Hafizzudin dan Atif... (rakan-rakannya) Semua ceritanya sangat menyeronokkan...! Kadang-kadang ceritanya buat saya senyum atau juga ketawa besar...

Tapi cerita Faris semalam buat saya fikir... Kanak-kanak juga akan terkesan dengan istilah 'ganjaran' dan juga 'hukuman'. Perbualan kami lebih kurang begini:

Faris: (cerita dengan muka dan suara yang ceria) Mama, tadikan Adam Faris dapat STAR (merujuk kepada sekeping kertas kecil yang dicetak gambar bintang. Kepingan ini diberikan kepada pelajar sebagai ganjaran jika berjaya membuat sesuatu yang baik/berkelakuan baik di tadika).

Saya: Ye ke? Faris dapat star lagi? Bagusnya...

Faris: Ha ah, Faris dapat lagi satu star (sebab sebelum ni dia ada dapat satu star...) sebab Faris pandai solat...

Saya: Pandainya Faris...  Siapa lagi dapat star

Faris: Faris sorang je dapat... Atif, Zikri dengan Hafizzudin tak dapat... sebab dia solat salah...

Saya: Oh... Nanti dekat rumah solat lagi sampai pandai ye...?! Cikgu simpan dalam beg ke star tu?

Faris: Tak de...

Saya: Aik, kenapa tak de? Tadi kata dapat star? Ke cikgu tak bagi lagi? (sebab biasanya cikgu akan letak star dalam pencil box dia...)

Faris: Cikgu ambik balik... (jawab dengan sedih)

Saya: Eh, kenapa cikgu ambil balik?

Faris: Tadi Faris dapat star, sebab Faris pandai solat... Tapi Faris tertumpah air... pas tu cikgu ambil balik star tu...

Saya: Alahai, ye ke? Macam mana boleh air tumpah? (soal saya nak tahu lanjut...)

Tapi sayangnya Faris tak nak cerita lagi... Reaksinya pun dah tak seceria memulakan cerita tadi... Kesian pula saya tengok dia... Dari riak mukanya tu nampak dia sangat frust sebab star tu dia dapat sekejap sangat... even tak sampai satu hari atas sebab tertumpahkan air tu... 

Tak pe la Faris, next time cuba lagi dapatkan star ye, sayang...! Malam tu Faris nak solat Isyak sama-sama, sambil tu saya semak bacaan solatnya... Lepas solat tu saya explain, sebab cikgu ambil balik star tu... dan saya minta dia berhati-hati agar incident air tumpah tak berlaku lagi...



Kredit gambar pada FB Tadika Ilmu Murni


* * *
Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...