Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Menyusukan anak sepenuhnya memerlukan persediaan
mental dan fizikal secara menyeluruh… nampak macam mudah… tapi komitmen dan
pengorbanan adalah priority kepada menjayakan perkara ini… Pelikkan?
Sekarang kita dah kembali semula kepada apa yang ibu kita lakukan dahulu… iaitu
menyusukan anak sepenuhnya… ye la… macam mana kita boleh hidup? Dulu memang tiada
susu formula dan kita bergantung sepenuhnya kepada susu ibu…
Alhamdulillah budaya menyusukan anak
sepenuhnya kini telah semakin dipraktikkan oleh ibu-ibu moden sekarang… Baik
suri rumah, mahupun ibu moden yang berkerjaya… (termasuk la saya…) Jika dulu
saya ke tempat kerja dengan mengendong beg laptop, kini… saya mengendong beg menyusu
(Spektra 3) pula… (di office ni mereka memanggil
beg menyusu tu sebagai “kura-kura”… mungkin sebab ia kecil dan disandang di
belakang badan…)
Perkara yang paling hangat dibincangkan
oleh ibu-ibu moden yang menyusukan anak ini adalah “masalah kurangnya kurangnya susu ibu”. Saya juga menghadapi masalah yang sama sebelum Alisya belum diperkenalkan
dengan makanan pejal.
Tulisan saya kali ini khas buat Neny, Anis dan ibu-ibu moden yang menghadapi
masalah yang sama. Moga apa yang saya tuliskan ini sedikit sebanyak dapat
membantu anda untuk terus menyusukan anak-anak anda sehingga 2 tahun.
Apabila bercakap tentang penyusuan
eksklusif, anda perlu ingat 3B. Apa dia
3B tu? The breast, the baby dan the brain… Bagi meningkatkan penghasilan
susu, payudara (breast) memerlukan rangsangan daripada hisapan bayi (baby).
Dan untuk itu, message itu perlu sampai dan direalisasikan oleh otak (brain).
Nampak macam mudah bukan? Tak apa, kita boleh amalkan 8 tips banyakkan susu ibu ini slowly:
1. Kerap menyusukan bayi
anda: Susukan bayi anda dua jam sekali. Jika
bayi anda tidur lebih dari dua jam, kejutkannya dan susukan. Bagaimana hendak
mengejutkan bayi anda? Klik di sini…
2. Jangan tunggu sehingga
breast anda penuh!: Kebiasaannya kita akan mengepam susu
apabila kita rasakan breast membengkak. Itu bukan cara yang
betul. Jika anda mengepam susu, masa yang paling maksimum bagi satu session adalah
3 jam. (bukan sehingga breast bengkak). Susu akan sentiasa ada untuk
bayi anda, dan sebenarnya susu semakin banyak terhasil ketika anda
menyusukannya atau mengepamnya. Semakin kerap anda mengepam atau menyusukan bayi anda, maka akan terhasillah susu yang segar dengan kerap.
3. "The law of supply and
demand”: Mungkin ramai ibu yang tahu akan law ini…
maka susukan bayi anda sekerap mungkin kerana susu akan lebih banyak terhasil
jika ada demand. Sama la macam kita beli barang, kalau ramai orang suka, maka sesuatu barang itu akan dihasilkan dengan lebih banyak. So, skin-to-skin
contact kena la kerap dan yang penting jangan putus asa.
4. Susukan dengan lebih lama:
Jangan limitkan penyusuan bayi anda (biarkan bayi anda sendiri yang
melepaskan puting anda jika dia telah kenyang). Ini bagi memastikan bahawa bayi
anda mendapat susu pekat yang hanya akan keluar dengan penyusuan yang lebih
lama. Jika terlalu sekejap, bayi anda berkemungkinan hanya mendapat susu cair
yang berfungsi untuk melegakan haus, dan bukannya mengenyangkan!
5. Baring dan susukan: Cara
yang paling berkesan untuk menghasilkan lebih banyak susu adalah dengan
menyusukan bayi anda sambil baring. Kaedah ini sangat santai dan rileks bagi
anda dan bayi anda, yang secara tidak langsung akan merangsang penghasilan
susu.
6. Pengambilan herba:
Terdapat banyak ubat yang berbentuk pil dan cecair yang dipanggil sebagai milk
booster. Sedikit sebanyak ia dapat membantu… tapi ingat, apa yang lebih
penting adalah penyusuan yang kerap.
7. Jangan berputus asa,
berbuallah dengan mereka yang sama-sama menyusukan bayi:
Jika pengeluran susu anda kurang, jangan cepat berputus asa. Pastikan anda
berbual dengan rakan-rakan yang juga menyusukan bayi mereka. Sentiasa
berfikiran positif dan berusaha!
8. Percaya!:
Anda harus percaya, bahawa dengan menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin, maka semakin banyaklah susu yang akan dihasilkan. Anda harus PERCAYA!
Rujukan di buat dari sini
dan juga di sini
*Selamat
menyusukan bayi comel anda!! ;-)
No comments:
Post a Comment