Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Penyusuan eksklusif. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan eksklusif. Show all posts

Friday, February 01, 2013

Produk: Avent Newborn Starter Set

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dulu masa saya mengandungkan Alisya, saya memang dah plan dan buat banyak persediaan untuk fully breastfeed Alisya, walaupun masa tu saya bekerja dan saya tahu akan kekangan yang akan saya hadapi. Saya belajar dari rakan-rakan yang lain, baik dari rakan-rakan sekerja mahupun rakan-rakan maya.

Salah satu perkara yang perlu diambil kira adalah botol susu yang bersesuaian bagi memastikan penyusuan secara eksklusif boleh diteruskan. Ketika itu saya memilih untuk menggunakan botol susu jenama AVENT. 

Kelebihan botol susu AVENT ni adalah ia anti-kolik, yang mana susu tidak akan keluar melainkan dihisap oleh bayi, dan ini bagi mengelakkan bayi tersedak. So, saya tak risau bila Alisya menyusu dalam kereta ketika saya memandu (macam dalam gambar tu..., atau ketika dia sedang baring sambil menyusu...) Selain itu, bentuknya direka bagi mengelakkan bayi mengalami nipple confuse.

Oh ya... saya beli set permulaan AVENT ni... yang mengandungi 2 botol kecil (4oz) dan dua botol besar (9oz)... Yang kecil untuk Alisya dan yang besar untuk Faris... (^_^)


Nampak baik je... sekarang gaduh sokmo... hahaha



SOLD TO HARTINY

Avent Newborn Starter Set: A complete collection of Avent bottles, teats, a soother and bootle and teat brush.

Contains:
a) 2 Avent Feeding Bottle (125ml/4oz) with extra soft newborn teats.
b) 2 Avent Feeding Bottle (260ml/9oz) with extra soft flow teats.
c) 2 extra soft newborn teats
d) 1 newborn soother
e) 1 bottle and teat brush

For healthy, active feeding. Clinically proven to reduce colic.

A clinical trial demonstrated that at 2 weeks of age, babies fed with the Avent Bottle experienced less colic than babies fed with a conventional bottle.

Benefits and features:
a) Clinically proven to reduce colic.
b) Built-in Airflex Valve
c) Easy to combine breast and bottle feeding



Thursday, July 19, 2012

Penyusuan: Takkan Kurang, Jangan Risau...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ramadhan semakin hampir... maka ramailah dikalangan ibu yang pertama kali menyusukan anak secara eksklusif risau jika susu mereka akan berkurangan. Malah ada juga yang plan nak puasa selang sehari... Opppsss... Anda tak perlu buat begitu... malah anda tak perlu risau... sebab susu memang tidak akan berkurangan walaupun anda berpuasa... malah mungkin akan berganda jika anda menjalankan ibadah puasa itu dengan betul.

Bagaimana saya menjalankan ibadah puasa ketika menyusukan Alisya dua tahun lalu?
1. Bangun sahur lebih awal - bangun sahur lebih awal dan minum banyak air suam sebelum dan selepas makan nasi/roti/oat.

2. Sediakan sup sayur atau sup ayam ketika bersahur - lebih banyak cecair yang diminum atau dimakan ketika bersahur akan mengelakkan kita dari dehydrated. Ini juga bagi mengelakkan kita dari rasa pening selepas menyusukan anak. Begitu juga bagi mereka yang memerah di office.

Susu + kurma
3. Ketika hampir waktu imsak saya minum segelas susu segar (tak kisahlah jenama apa pun) yang dicampurkan dengan tiga biji kurma (dicincang. Lagi sedap sebenarnya kalau susu tu diblend sekali dengan kurma... tapi ye la... awal-awal pagi tu... takkan nak blend pula... alamat bangun la anak-anak...) - Alhamdulillah, setiap kali saya puasa saya rasa sangat bertenaga! Ye la... semua orang pun tahu khasiat kurma... So tak perlulah saya mention lagi di sini...

4. Ketika di tempat kerja (ketika itu saya masih bekerja...) saya akan pastikan saya memerah 2 kali juga... seperti hari biasa. Biasanya saya akan perah jam 11 pagi dan 2 petang... Jika sempat sesampai di rumah saya akan perah lagi, biasanya jam 5 atau 6 petang.

5. Ketika berbuka, saya akan minum segelas air suam, sebelum makan berat (saya akan elak minum air manis, sebab air manis akan menyebabkan saya tak puas minum... kalau nak minum air manis pun saya akan minum lepas Isyak...). Waktu berbuka ni saya tak kisah sangat nak makan apa pun... Tapi awas jangan sampai kekenyangan! :p

6. Solat dan ambillah masa (walau sekejap) untuk membaca Al-Quran...

Inilah botol air kesayangan
saya...
7. Sepanjang malam tu, pastikan minum air suam - saya memang akan letak air suam dalam satu botol (650 ml)... dan botol tu akan sentiasa berada bersama saya... dari botol tu la saya akan sukat berapa liter saya minum sehari... saya akan pastikan saya minum lebih dari 2 liter sehari... (even sampai sekarang pun saya mengamalkannya...) 

Apa yang paling penting saya nak share dengan anda bahawa susu yang saya hasilkan pada bulan Ramadhan adalah lebih banyak berbanding bulan-bulan lain... Dan... saya dapat berpuasa penuh!! Alhamdulillah...

Apa yang penting kita perlu sentiasa yakin bahawa susu itu sentiasa cukup untuk anak-anak kita... dan juga sangat penting, sentiasa ingat pada demand dan supply... Semakin banyak anda menyusukan secara direct atau perah, maka semakin banyaklah susu yang dihasilkan... :-)  

So, jangan khuatir... Tempohi bulan Ramadhan dengan 'senyuman'! Tapi jika anda benar-benar tak mampu, berbukalah... Jangan sampai menyakitkan diri sendiri...

Salam Ramadhan buat semua ibu yang menyusukan anak-anak secara esklusif...        

Untuk bacaan lain:
Tips Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu

Sunday, February 20, 2011

8 Tips Banyakkan Susu Ibu


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Menyusukan anak sepenuhnya memerlukan persediaan mental dan fizikal secara menyeluruh… nampak macam mudah… tapi komitmen dan pengorbanan adalah priority kepada menjayakan perkara ini… Pelikkan? Sekarang kita dah kembali semula kepada apa yang ibu kita lakukan dahulu… iaitu menyusukan anak sepenuhnya… ye la… macam mana kita boleh hidup? Dulu memang tiada susu formula dan kita bergantung sepenuhnya kepada susu ibu…
Alhamdulillah budaya menyusukan anak sepenuhnya kini telah semakin dipraktikkan oleh ibu-ibu moden sekarang… Baik suri rumah, mahupun ibu moden yang berkerjaya… (termasuk la saya…) Jika dulu saya ke tempat kerja dengan mengendong beg laptop, kini… saya mengendong beg menyusu (Spektra 3) pula… (di office ni mereka memanggil beg menyusu tu sebagai “kura-kura”… mungkin sebab ia kecil dan disandang di belakang badan…

Perkara yang paling hangat dibincangkan oleh ibu-ibu moden yang menyusukan anak ini adalah “masalah kurangnya kurangnya susu ibu”. Saya juga menghadapi masalah yang sama sebelum Alisya belum diperkenalkan dengan makanan pejal. 

Tulisan saya kali ini khas buat Neny, Anis dan ibu-ibu moden yang menghadapi masalah yang sama. Moga apa yang saya tuliskan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk terus menyusukan anak-anak anda sehingga 2 tahun.

Apabila bercakap tentang penyusuan eksklusif, anda perlu ingat 3B. Apa dia 3B tu? The breast, the baby dan the brain… Bagi meningkatkan penghasilan susu, payudara (breast) memerlukan rangsangan daripada hisapan bayi (baby). Dan untuk itu, message itu perlu sampai dan direalisasikan oleh otak (brain). Nampak macam mudah bukan? Tak apa, kita boleh amalkan 8 tips banyakkan susu ibu ini slowly: 
1. Kerap menyusukan bayi anda: Susukan bayi anda dua jam sekali. Jika bayi anda tidur lebih dari dua jam, kejutkannya dan susukan. Bagaimana hendak mengejutkan bayi anda? Klik di sini
2. Jangan tunggu sehingga breast anda penuh!: Kebiasaannya kita akan mengepam susu apabila kita rasakan breast membengkak. Itu bukan cara yang betul. Jika anda mengepam susu, masa yang paling maksimum bagi satu session adalah 3 jam. (bukan sehingga breast bengkak). Susu akan sentiasa ada untuk bayi anda, dan sebenarnya susu semakin banyak terhasil ketika anda menyusukannya atau mengepamnya. Semakin kerap anda mengepam atau menyusukan bayi anda, maka akan terhasillah susu yang segar dengan kerap.
3. "The law of supply and demand”: Mungkin ramai ibu yang tahu akan law ini… maka susukan bayi anda sekerap mungkin kerana susu akan lebih banyak terhasil jika ada demand. Sama la macam kita beli barang, kalau ramai orang suka, maka sesuatu barang itu akan dihasilkan dengan lebih banyak. So, skin-to-skin contact kena la kerap dan yang penting jangan putus asa. 
4. Susukan dengan lebih lama: Jangan limitkan penyusuan bayi anda (biarkan bayi anda sendiri yang melepaskan puting anda jika dia telah kenyang). Ini bagi memastikan bahawa bayi anda mendapat susu pekat yang hanya akan keluar dengan penyusuan yang lebih lama. Jika terlalu sekejap, bayi anda berkemungkinan hanya mendapat susu cair yang berfungsi untuk melegakan haus, dan bukannya mengenyangkan!
5. Baring dan susukan: Cara yang paling berkesan untuk menghasilkan lebih banyak susu adalah dengan menyusukan bayi anda sambil baring. Kaedah ini sangat santai dan rileks bagi anda dan bayi anda, yang secara tidak langsung akan merangsang penghasilan susu. 
6. Pengambilan herba: Terdapat banyak ubat yang berbentuk pil dan cecair yang dipanggil sebagai milk booster. Sedikit sebanyak ia dapat membantu… tapi ingat, apa yang lebih penting adalah penyusuan yang kerap.
7. Jangan berputus asa, berbuallah dengan mereka yang sama-sama menyusukan bayi: Jika pengeluran susu anda kurang, jangan cepat berputus asa. Pastikan anda berbual dengan rakan-rakan yang juga menyusukan bayi mereka. Sentiasa berfikiran positif dan berusaha!
8. Percaya!: Anda harus percaya, bahawa dengan menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin, maka semakin banyaklah susu yang akan dihasilkan. Anda harus PERCAYA!  
Rujukan di buat dari sini dan juga di sini

*Selamat menyusukan bayi comel anda!! ;-)

Wednesday, February 09, 2011

ViEw yaNg BeRbeZa!

Assalamualaikum & slm 1Msia...


View yangg sangat-sangat berbeza sejak 7 bulan memerah susu di surau... Saya dapat lihat seekor burung kenyalang (kot??? sori sbb tak tau jenis2 burung... kena beli encyclopedia la pulak) dan seekor tupai yang sedang berehat di dahan pokok... Sangat rileks! :D Production untuk sesi itu pun agak banyak... Hehehe betul kot orang kata, kena rileks bila memerah..! ;-)

Nota kaki: Saya seronok dpt menyusukan anak saya!!! hehehe....

Thursday, October 14, 2010

Penyusuan Eksklusif: Di Tempat Kerja

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Apa khabar agaknya rakan-rakan blogger sekalian…? Banyak juga perkara yang tidak sempat saya nak share dengan rakan-rakan di sini. Maklumlah… kerja-kerja office tidak pernah selesai… Ditambah pula dengan tugas-tugas sebagai isteri dan ibu… Namun… saya tetap bersyukur…

Oklah, saya nak share bagaimana saya memerah dan menyimpan susu ketika di tempat kerja?!
a) Saya akan mula mengepam susu jam 9 pagi... dan akan mengulanginya setiap 3 jam. Ini bermakna saya mengepam susu jam 9, jam 12, jam 3 petang. (jika tidak sempat untuk melakukan 3 sesi, saya akan mengepam sebelah pagi sekali dan sebelah petang sekali) - saya akan mendapat jumlah susu sbyk 18-20 oz untuk ketiga-tiga session tersebut. Alhamdulillah...


Sunday, September 05, 2010

Penyusuan Eksklusif: Ketika Berpantang...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan PENYUSUAN EKSKLUSIF? Penyusuan eksklusif adalah menyusukan anak dengan susu badan tanpa campuran susu formula atau susu tepung mahupun air suam! Seperti yang semua sedia maklum, susu ibu adalah susu yg terbaik bagi bayi yang baru dilahirkan, kerana semua zat yang diperlukan oleh bayi boleh diperolehi dari susu ibu.

Mungkin ramai yang tidak faham tentang kepentingan menyusukan anak secara eksklusif (begitu juga saya, ketika kelahiran pertama dulu). Saya menyusukan Faris selama 1 tahun 8 bulan... hebat bukan?! Tapi bukan dengan penyusuan eksklusif... Selama tempoh itu, Faris juga diberikan susu formula, seawal dia dilahirkan... namun, akibat campuran itu... Faris mudah terkena virus demam selsema... dia juga mudah kena sembelit jika susu tepung ditukar (kepada jenama lain atau jenama sama tapi peringkat umur yang berbeza). Sepanjang usia 3 tahun ini, Faris telah 2 kali masuk wad kerana kuning dan Bronchiolitis. Dia juga sangat mudah berjangkit demam mahupun selsema. Sebab tu untuk kelahiran kedua ini saya bertekad untuk menyusukan anak secara eksklusif.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...