Monday, December 31, 2012

Entri Terbaik Sepanjang 2012

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya berkunjung ke blog AfifudinSohaini beberapa hari lalu kerana tertarik dengan entri melekatnya ketika itu tentang entri terbaik sepanjang tahun 2012 (segmen bebas syarat). Dan saya sangat-sangat berterima kasih kepada Afif kerana sudi membaca dan meletakkan entri saya sebaris dengan entri-entri menarik 2012 yang lain... 

Tiba-tiba saya terfikir untuk menyemak dan menganalisis entri tulisan saya yang paling banyak dibaca sepanjang setahun saya aktif berblog (2012). Oleh kerana saya meletakkan gadget "Popular Posts" di sebelah kanan blog, maka saya secara umumnya dapat melihat 10 entri terbaik yang sering berubah kedudukkannya bagi tempoh sebulan (bergantung pada pencarian keyword dan beberapa faktor lain). 

Sehingga entri ini ditulis (jam 11.45 pm), saya senaraikan lima entri penulisan saya yang mendapat bilangan bacaan terbanyak sepanjang 2012.

1. Yey, Puding Roti Kukus - dibaca sebanyak 8892 kali

2. Pantang Larang Semasa Kehamilan - dibaca sebanyak 4158 kali

3. Resipi Mudah: Sambal Nasi Lemak - dibaca sebanyak 2519 kali

4. Tiga Punca Remaja Lari Rumah - dibaca sebanyak 1510 kali

5. Mungkin Puding Roti Kukus - dibaca sebanyak 1091 kali

Mungkin daripada analisis ini, bolehlah saya rancang apa yang saya nak tulis dan abadikan dalam blog ini selain dari kisah saya dan anak-anak.

Blog ini telah wujud sejak tahun 2004 (ketika itu penulisan diari secara online masih belum popular seperti sekarang), tetapi saya hanya menulis ketika saya rasa ingin menulis. Kerana itu sepanjang tahun 2004-2011 penulisan saya tidak pernah lebih dari 100 entri setahun (nak capai 50 entri pun susah).  

Tetapi sepanjang tahun 2012 ini, saya telah menulis sebanyak 134 entri (publish) berbanding tahun-tahun sebelumnya (tidak termasuk yang saya simpan di dalam draft). So, secara peribadinya ini merupakan kejayaan besar buat saya...   

Nota kaki: Jom check entri terbaik anda sepanjang tahun 2012... dan tinggalkan link di ruangan komen ni... Boleh saya terjah pula... (^_^)

Selamat Tahun Baru buat semua... Moga perjalanan tahun 2013 ni lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya... dan moga Allah mengurniakan rezeki yang mencukupi buat kita semua... InsyaAllah... Amin...

 

Faris Solat...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Tarikh akhir bagi tahun 2012 ni penutup tahun yang paling bermakna buat saya, sejuk je perut bila Faris beria-ia nak mengerjakan solat Asar sebaik sahaja mendengar azan berkumandang... Berebut-rebut dia pergi bilik belakang dengan Mak Ngahnya untuk solat. Masa tu Faris pakai seluar pendek... Dialog dengan Mak Ngahnya lebih kurang macam ni:

Mak Ngah: Pakai seluar pendek mana boleh solat... Pakai seluar panjang! 

Faris: Ayies dah pakai topi dah... (merujuk kepada kopiah yang dibelikan encik hubby semalam)

Mak Ngah: Tak boleh... kena pakai seluar panjang...  

Maka berlari-larilah Faris ke depan bertanyakan tentang seluar panjangnya pada si abah. Bila dah dapat seluar terus dia nak solat... 

Mak Ngah: Eh, ambil wuduk dulu... baru boleh solat....

Faris: Ayies susah... (merujuk kepada nanti baju dan seluarnya basah)

Tapi akhirnya dia ambil wuduk juga sebab bersungguh-sungguh nak solat Asar.



Ni beberapa aksi yang sempat saya snap, kemudiannya kena tegur dengan Faris. Katanya orang solat mana boleh ambil gambar... hm...


Ini pula gambar selepas Faris solat... Sebab dah biasa tengok mama buat, Faris pun ikut... Kadang-kadang dia suka juga tiru saya zikir dengan kiraan jari... 


Opss dia perasan saya ambil gambar lagi... :p


Dulu Faris tak pernah beria-ia macam ni... kadang-kadang bila saya solat dia akan ikut di belakang saya, dengan berseluar pendek dan beralaskan tuala kecil... sama dengan Alisya. Bila dia dah mula beria ni mudah sikit nak diajarkan bacaan-bacaan dalam solat... Moga Allah permudahkan saya untuk mengajar AF untuk solat... Amin... 



Friday, December 28, 2012

Faris Terpaksa Tukar Tadika

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alahai kesian Faris... Baru je nak kenal kawan-kawan di taskanya; Iman, Kimi, Haziq, Boboq (ni antara nama yang Faris selalu sebut... bila diminta bercerita tentang kawan-kawannya...) Baru setahun usia perkenalan mereka... tiba-tiba kami diberitahu bahawa Taska tu akan bertukar owner.  

Pada mulanya kami berhasrat untuk sambung je pembelajaran Faris dengan owner baru Taska tu... tapi kemudian diberitahu bahawa Taksa itu hanya khusus untuk penjagaan anak (nursery).
Memandangkan Faris akan berusia 6 tahun pada tahun 2013 nanti, maka kami rasa perlu untuk mencarikan sebuah Tadika yang bersesuaian untuk Faris.  

Jika dulu Taska Faris berada dalam taman perumahan yang sama... tapi Tadika yang baru ni, ia bertempat di taman sebelah... dalam 10 minit perjalanan juga tu... (kena drive keluar ke jalan utama...)

Saya pula yang sedih bagi pihak Faris... Ye la... Dia dah rapat dengan cikgu dan kawan-kawan dia tu... Sejak Wan saya meninggal, Faris dah tak pergi sekolah... Encik hubby kata tak payah hantar la... kononnya bagi dia rileks dan prepare untuk new environment nanti. 

Tapi pada saya at least bagi la dia enjoy moment akhir dengan kawan-kawan dia tu... Or at least, a day to say good bye... Tapi encik hubby tetap kata tak payah... Budak kecil pun ada perasaankan? Nanti mesti dia akan tanya mana kawan-kawan dia tu... :(  Apa pula saya nak jawab? Kesian Faris...

Betul kanak-kanak akan mudah bergaul dan cepat mesra dengan sesiapa saja... tapi dia mesti juga akan teringat pada kawan-kawan lama dia tu... Maklumlah setahun juga kenalnya... Main sama-sama... belajar sama-sama... 

Alahai harap-harap Faris oklah dengan environment baru tu... Selamat tinggal Taska Uzma... Terima kasih kepada cikgu Ana dan cikgu Yani sebab tetap bersabar dalam mendidik Faris... Buat cikga Aza pula... Faris tentu kan rindukan masakan cikgu di Taska tu...

Semalam dahpun daftarkan Faris di Tadika Ilmu Murni... Moga Faris suka dengan tempat baru ni... Tadika Ilmu Murni. Nampak dari fanpage Tadika tu macam menyeronokkan sebab ada pelbagai aktiviti... Oh ya, by the way Tadika baru Faris ni fokusnya pendidikan yang Islamik. Seperti apa yang diterangkan oleh cikgu di Tadika tersebut, selain belajar dari buku Bacalah Anakku dan ReadEasy... pelajar juga akan diajar Iqra' dan bahasa Arab termasuk hafazan surah dan doa-doa harian. Selain itu, mereka akan diterapkan dengan solat berjemaah dan solat dhuha... Memang menariklah sistem pendidikannya... (tiba-tiba terasa, menyesalnya tak hantar Faris kat sini setahun yang lalu...)

Bila tanya, "Faris nak sekolah sini tak?!" Dia hanya tersenyum hingga ke telinga... Moga Allah permudahkan Faris untuk menerima suasana baru... Amin...

Wednesday, December 26, 2012

Upin & Ipin: Betul... Betul... Betul...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Mesti ramai yang dah pernah dengar tentang Restoran Upin & Ipin kan?! Di Shah Alam ada satu, di Kedah ada satu... Kami singgah di Taman Melati Utama, MRR2. Dah lama juga perasan ada restoran ni ketika lalu di MRR2, tapi 'tak dan' nak singgah. Bila ada peluang ni, teruslah kami singgah... Dalam banyak-banyak pilihan menu makanan tu, kami pilih yang di bawah ni...

Air botol ni untuk AF ...
Asam laksa; pilihan encik hubby...
Nugget & fries ni untuk AF
Mee goreng mamak ni pilihan saya... ^_^
Pengat pisang ni tapau bawa balik... hehehe
Faris baru bangun tidur... mamai-mamai dia... heheh
Alisya excited dapat tengok kartun, poster, tv cerita Upin Ipin...
Mulanya saya ingat restoran ni hanya jual makanan untuk anak-anak... macam ayam goreng, nugget, fries je... tapi bila tengok menunya... Ha... excited terus... Ada nasi lemak, nasi berlauk, kuih-muih dan lain-lain... Yang menariknya, setiap menu tu... mewakili setiap watak yang ada dalam Upin Ipin tu... memang menarik! Sedap, sedap, sedap! (^_^)

Secara keseluruhan saya rasakan masakannya sedap...! Layan je makan dengan suasana yang "keanak-anakkan" (terasa muda remaja :P). Sambil makan tu, kita boleh menonton rancangan Upin Ipin, dan inilah pertama kali Faris dan Alisya tak lari-lari ketika kami makan... Kedua-duanya khusyuk menonton Upin Ipin sambil menghabiskan makanan. Dari segi harga saya rasa ia amat berpatutan.

Untuk ibu bapa yang berkunjung ke sini, pastikan anda membawa duit lebih, mungkin akan ada adegan anak-anak anda berguling di lantai restoran nanti... sebab... terdapat banyak pilihan barangan Upin Ipin dijual di sini... dari sekecil-kecil barang hinggalah sebesar-besar barang... Adeh!





Pilihan Faris dan Alisya adalah....:
Tak pasal-pasal je Faris beli payung Upin Ipin ni...
Alat tulis tu pilihan Alisya... dan dengan harapan buku solat tu
dapat bantu AF untuk belajar solat... 
Dua-dua muka baru bangun tidur... hehehe


Apa lagi... jom singgah! Betul, betul, betul!!! (^_^)


Monday, December 24, 2012

Tips: Cara Memujuk Isteri

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sebelum ni saya ada post entri punca atau sebab isteri merajuk... Dan sambungan dari entri tu, saya senaraikan kaedah yang boleh digunapakai oleh suami bagi memujuk isteri yang sedang merajuk. Senarai ini saya petik dari rancangan Selami Jiwa bersama Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. 

1. Meminta maaf dengan bersungguh-sungguh - isteri yang merajuk memang sangat mengharapkan suaminya meminta maaf... walaupun bagi suami perkara tu tersangatlah kecil dan remeh... tapi percayalah, MAAF itu pengubat rajuk si isteri...

2. Berikan hadiah - jika berkemampuan belikan hadiah untuk si isteri... hadiah kat sini bukanlah maksud yang mahal-mahal... memadai coklat dan bunga atau kad je ke... 

3. Layan isteri lebih baik daripada biasa - manja dan belailah si isteri ketika mereka merajuk... secara tidak langsung rajuknya akan reda... 

4. Ajak isteri makan di luar - mungkin candle light dinner ke...  atau bawa isteri ke tempat-tempat yang disukainya...

5. Ajak mertua datang ke rumah bagi meraikan isteri - menghabiskan masa dengan famili sendiri merupakan terapi yang paling mujarab... apabila bersama famili sendiri, rajuk isteri akan lebih mudah dipujuk.

6. Minta tolong anak untuk memujuk - kalau suami yang memujuk tak jalan, maka bolehlah gunakan anak-anak untuk memujuk si isteri... selain famili, anak-anak akan memudahkan rajuk isteri dipujuk...

7. Bantu isteri membuat kerja-kerja rumah - ringankan tulang untuk membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Bila isteri melihat suami membuat kerja-kerja rumah, hatikan akan lebih berbunga-bunga... Selain memujuk rajuk isteri anda juga meringankan tekanan yang ditanggungnya...

8. Mainkan lagu kegemaran isteri - isteri mungkin ada lagu-lagu yang disukainya, atau mungkin lagu-lagu kenangan anda bersama si isteri, maka mainkan atau nyanyikan lagu tersebut untuk isteri... Mungkin lembut hatinya... 

Untuk pengetahuan suami-suami di luar sana, kami (isteri) memang mudah merajuk, tapi kami juga mudah dipujuk, yang penting anda tahu akan minat dan kaedah memujuk kami... (^_^)


 

Wednesday, December 19, 2012

Dalam Kenangan: Wan

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Wan (nenek; ibu kepada arwah mak saya) telah kembali ke rahmatullah jam 10 pagi tadi... Mendapat panggilan telefon seawal subuh dari Mak Long saya di kampung, mengatakan wan tenat, setelah 4 hari terbaring dan cirit-birit. 

Dalam sibuk-sibuk menyiapkan anak-anak, saya dimaklumkan Wan telahpun menghembuskan nafas terakhir di hospital Kuala Pilah. Oleh kerana encik hubby tak boleh cuti, saya dan anak-anak (ditemani kakak; yang kebetulan bercuti di rumah saya) pulang ke kampung.

Jenazah selamat dikebumikan di sebelah pusara arwah atuk saya, selepas Zohor tadi... Moga arwah wan tenang di sana dan di tempatkan bersama para solihin... Moga rohnya dicucuri rahmat... Amin... Al-fatihah... Innalillahiwa innailaijirojiun... 

Next entri saya akan share pertemuan saya dengan kawan baik arwah mak saya... 

Arwah Wan (bertudung putih) ketika majlis perkahwinan kakak saya...

Tuesday, December 18, 2012

Punca Isteri Merajuk

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya menonton rancangan Selami Jiwa bersama Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah baru-baru ni. Tajuk yang dibincangkan agak menarik perhatian saya, "Pasangan Kuat Merajuk". 

Siapa yang kuat merajuk anda or pasangan anda? Topik ini dibincangkan bersama panel jemputan iaitu Salih Yaakob dan Ustazah Zawiyah Hassan. Cuba check senarai berikut, ada yang kena dengan anda? (^_^)

1. Bila isteri tiba-tiba senyap - daripada suka bercakap, tiba-tiba senyap - ini dikategorikan sebagai rajuk yang agak berat.

2. Suami tidak peka akan keperluan isteri - pakaian, termasuklah barangan dapur atau keperluan rumah.

3. Suami meremehkan perasaan isteri - Contoh kalau isteri kata, dia tak berapa sihat dan keletihan membuat kerja-kerja rumah, lalu suami mengendahkan atau jawab "ala, buat kerja rumah sikit pun sakit.."

4. Terlupa hari-hari istimewa. (ni biasa saya yang lupa... encik hubby memang sokmo ingat... saya kadang-kadang tarikh hari ni pun tak ingat... hehe :p )

5. Suami memuji wanita lain selain isterinya.

6. Suami mengkritik penampilan isterinya - kalau rasa ada yang tak kena pada penampilan isteri, suami perlulah memperbaikinya dengan memberikan cadangan atau pendapat... bukan mengkritik! Kalau tak pun, hadiahkan something yang boleh bantu isteri perbaiki penampilannya.

7. Suami tidak menjamah makanan yang dimasak isteri.

8. Suami tidak perasan akan perubahan yang dilakukan isteri, contohnya potong rambut, pakai baju baru atau ubah kedudukan perabot dan lain-lain.

9. Suami suka memerintah isteri, tetapi tidak membantu dalam membuat kerja-kerja rumah.

10. Suami pulang lewat dan tidak memaklumkan kepada isteri.

11. Suami tidak menelefon dan membeli buah tangan untuk isteri apabila keluar outstation.

12. Suami melebihkan ibubapa dan adik beradik dalam segala hal berbanding isteri.

13. Suami yang berkasar dengan isteri tetapi sangat lembut dengan kawan-kawan terutama kawan-kawan perempuan.

14. Suami tidak mesra dengan keluarga isteri.

15. Suami enggan temankan isteri bershopping.

16. Suami tidak backup isteri bila isteri dikritik.

17. Suami tidak membelai isteri ketika perlu.

18. Suami tidak menghargai khidmat dan pengorbanan isteri. 

Apa pun dalam apa jua keadaan, kalau merajuk pun janganlah lama-lama, bak kata semua panelis RUGI... Ye la kan... kalau dah bermasam muka sampai 2-3 hari... kan tak best. Yang penting kenalah ada orang yang beralah... agar rajuk tu tak berpanjangan...

InsyaAllah nanti saya sambung dengan kaedah memujuk isteri... Untuk para isteri... jangan merajuk-rajuk yea... (^_^)



 

Friday, December 14, 2012

1.2.34 H

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Tahukah anda tarikh dalam kalendar Islam hari ni… tersangatlah cantiknya… 1.2.34 (1 Safar 1434 H). Jatuhnya pula pada hari Jumaat, penghulu segala hari... Perasan tak?! Perasan tak?! Kalau kalendar Masihi tu mesti ramai yang perasan dan berebut-rebut untuk createkan event atau moment agar mudah mengingati tarikh tersebut… ada yang bertunang, berkahwin… dan lain-lain… Agak-agaknya ada tak yang create event or moment mengikut tarikh cantik dari kalendar Islam?  

Saya sendiri secara jujurnya tidak terlalu peka dengan kalendar Islam... (biasanya akan alert dengan kalendar Islam bila puasa dan raya...) tapi lepas menonton rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah yang tajuknya "Celik Takwim Hijrah" (di kalangan kanak-kanak)... Rasa agak malu la juga... Macam mana saya nak mengajar anak-anak jika saya sendiri pun lebih fokus pada kalendar Masihi...? Tak ramai di kalangan kita yang boleh ingat tarikh dari kalendar Islam, apatah lagi apa yang berlaku dalam bulan-bulan Islam tersebut...

Menurut panel jemputan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Pensyarah Pusat Matrikulasi UIAM, didikan (Islam) anak-anak yang berjiwa muslim adalah bermula dari rumah. Dengan membaca doa-doa harian seperti doa sebelum dan selepas makan, doa sebelum dan selepas bangun tidur, doa masuk dan keluar toilet, solat lima waktu, membaca Al-Quran dan lain-lain. Termasuklah mengajarkan bulan-bulan Islam kepada anak-anak serta peristiwanya. Menurutnya lagi, dengan adanya didikan asas tersebut, anak-anak akan lebih attach dengan agama Islam. (so tak wujudlah hanya Islam pada nama...)

So, ibu bapa perlu ada kesedaran tentang pentingnya perkara-perkara asas yang berkaitan dengan Islam, termasuklah peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan-bulan Islam... (peringatan untuk saya juga...


 

Thursday, December 13, 2012

Tips: 3 Hari Potty Train!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alahai… Seorang rakan menelefon saya baru-baru ini dan bertanyakan tips untuk potty train anaknya. Saya dengan confident cakap yang saya telah buat satu entri tentang kejayaan Alisya dalam potty trainingnya dalam masa HANYA TIGA HARI…!!

Kawan saya pula beria-ia kata dia tak baca pun pasal entri yang saya maksudkan tu. Katanya dia hanya baca entri ini dan ini… Eh, ye ke?! Letak je telefon terus saya godek-godek entri yang dah publish… Eh memang tak de… Terus tekan draft post… cari punya cari akhirnya terjumpa dalam draft… Alahai… kenapalah saya tak publishkan entri ni? Padahal dah lengkap pun entrinya. Aduhai!

Untuk sahabatku Tinie. Inilah entri yang tak terpublish itu… Maaflah… serious tak perasan. Ingatkan dah publish

* * * * *
-Entri ini sepatutnya dipublish pada 29 September 2012, tapi tersimpan dalam draft sehinggalah kawan saya bertanyakan tips untuk potty training-

Seminggu sudah berlalu… Alhamdulillah, kini Alisya tidak lagi perlukan pampers di siang hari. Saya cuma pakaikan pampers padanya ketika berjalan dan di sebelah malam… Yey… memang sakan bertepuk tampar (baca sebagai Hi5) saya dan Alisya… 

Sepanjang seminggu ni memang Alisya berjaya untuk buang air di toilet. Bangga?! Mahunya tak bangga…? Ini juga salah satu kejayaan besar untuk saya dan Alisya… Siapa kata anak yang berusia 2 tahun tidak boleh kencing sendiri di toilet?! Alisya dah buktikan!! (^_^)

Saya nak share, persediaan saya sepanjang “potty training” pada Alisya. Saya mengaku ia bukan perkara mudah… Memang perlukan kekuatan fizikal dan mental dan saya cuba atasi dengan sebaik-baiknya. Untuk anda yang sudah sedia untuk mengajar anak-anak anda buang air di toilet, ini cara yang saya lakukan:

1. Sebelum menanggalkan pampers, berikan anak anda pendedahan awal tentang membuang air di toilet. Saya mulakan dengan Lagu Potty Training ini… Saya pasang, biarkan dia tonton, kemudian menyanyi dan menari bersama-sama… Lakukan berulang kali… Sehingga anak boleh menyanyi sendiri (dengan pelatnya)

2. Ketika mandi, ajar anak anda untuk mencangkung. Kemudian bunyikan “ssyyyhh… ssyyhhh...” berulang kali… Dalam beberapa kali anda lakukan, akan ada sekali dua yang mereka berjaya kencing. Berikan pujian apabila anak anda berjaya kencing ketika mandi.

3. Setelah anda yakin dan bersedia untuk berikan training, maka gulung semua karpet di ruang tamu, bilik atau di mana saja tempat anak anda suka bermain. (Saya tinggalkan satu tikar di ruang tamu, sebab tikar tu lebih ringan untuk di angkat atau dijemur jika Alisya terkencing di atasnya)

4. Sebagai permulaan, kerap bertanyakan pada anak anda sama ada mereka ingin ke toilet atau tidak. Untuk permulaan tanyakan setiap 10-15 minit… (anda boleh adjust masa bergantung kepada keadaan anak… apabila mereka semakin biasa anda boleh anjakkan kepada 20-30 minit… sampai ke tahap anda tak perlu tanya lagi.. tapi mereka dengan sendirinya akan cakap nak ke toilet)

5. Jangan marah jika anak anda terkencing di mana-mana (anda perlukan kesabaran yang tinggi… sangat-sangat perlu bersabar…) Tidak memakai pampers adalah pengalaman baru bagi anak tersebut… Apa yang saya lakukan, jika cukup tiga kali Alisya terkencing merata-rata, saya akan pakaikannya pampers… kerana saya tahu dia belum bersedia… dan anda boleh cuba lagi sebelah malam atau esoknya. Oh jangan terlalu memaksa, anak juga ada stressnya!

6. Rangsang semangatnya dengan membelikan seluar dalam yang comel-comel... biarkan anak anda sendiri yang memilih seluar dalam kesukaannya. Jadikan seluar dalam tu sebagai umpan agar anak anda tinggalkan pampers.

7. Jika anak anda tertidur di sebelah siang (ketika dalam training), pakaikan pampers padanya. Kerana mereka masih belum biasa. Lama kelamaan, mereka boleh tidur siang tanpa pampers.

8. Ini adalah perkara yang sangat penting… Setiap kali anak anda berjaya kencing di toilet… berikanlah pujian, ciuman, pelukan agar mereka rasa usaha mereka tu dihargai! Atau boleh juga berikan mereka ganjaran… mungkin aiskrim, permainan kesukaan mereka atau apa-apa saja ganjaran lain.

Untuk semua ibu yang membaca entri ini, anda perlu yakin bahawa anak anda mampu kencing di toilet jika anda memberikan mereka pendedahan awal… Jika anak anda masih belum boleh bercakap, gunakan bunyi atau pergerakan yang mudah ditiru agar mereka boleh menyampaikan mesej bahawa “Saya nak kencing” kepada anda. Jangan perkecilkan kemampuan anak anda, kena yakin bahawa mereka boleh berjaya dengan usaha dan didikan anda. Ayuh ibu, mama, mummy, umi, mak... kita boleh!! Chaiyok! (^_^)

Lain-lain artikel berkaitan:
1. Lagu "Potty Training"
2. Potty Train: Yey, Go Alisya!

 

Tuesday, December 11, 2012

Batuk dan Demam Melanda...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Untuk hampir seminggu ni saya hanya sempat blogwalking ke rumah rakan-rakan blogger yang singgah di blog saya ni... Kesian pula pada anda yang singgah... tapi tak de entri baru... Pun begitu baiknya anda sebab meninggalkan komen pada entri-entri lama saya... Terima kasih banyak-banyak... Saya sangat terharu...

Saya satu family dilanda batuk dan demam... mula-mula encik hubby yang kena demam dan batuk yang teruk... lepas tu Alisya pula... Demam Alisya menyebabkan malam kami tak lena 3-4 hari ni... sebab Alisya sering terjaga malam... Faris ada juga bunyi batuk-batuk lately... tapi macam tak teruk...

Mungkin juga sebab menjaga orang-orang yang tak berapa sihat ni... akhirnya saya pun batuk sama... tekak makin sakit... mata asyik berair... dalam keadaan ni apa je yang larat dibuat selain makan ubat dan tidur... Haih... makin banyaklah entri dalam draft yang tak tahu bila akan dipublish... 

Buat semua rakan bloggers, moga sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat... Jaga diri baik-baik ya... InsyaAllah bila ok sikit saya publish entri-entri dalam draft saya... Take care kawan-kawan... rindu anda semua...