Friday, February 28, 2014

Banyak Pilihan Baju Muslimah @ Zalora

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni saya nak tarik perhatian rakan-rakan blogger yang suka shopping secara online, untuk meninjau-ninjau Baju Muslimah yang ditawarkan di Zalora Malaysia. Memang menarik-menarik tau! (^_^)


LUXE by ETHNIC CHIC
Duuhaa Solid Cuff Kaftan Dress

Ramai yang berpendapat kalau dah bertudung tak boleh nak berfesyen sangat... Sebab fesyen muslimah ni sangat-sangat terhad. 

Tapi sebenarnya, banyak fesyen muslimah yang telah diberi sentuhan moden kontemporari oleh pereka-pereka fesyen yang prihatin dengan fesyen wanita bertudung. 

Macam jubah, dress, baju kurung, peplum, top, blouse... semuanya dari klasik ke sentuhan moden! Iye kan?! Pun begitu si pemakai tetap nampak cantik, elegan dan versatile!


Tidak dinafikan fesyen artis-artis bertudung di Malaysia juga sedikit sebanyak menjadi perhatian dan ikutan wanita bertudung yang suka berfesyen.

Pun begitu, kita yang biasa-biasa ni (yang bukan artis :P ) biarlah berpada-pada dan bersesuaian dengan tempat/aktiviti yang kita lakukan ketika itu... Kan?! Dan lebih penting lagi kita sendiri selesa dan confident dengan pakaian yang kita pakai... 

Eh, Laila Shirt ni nampak cantik pula di mata saya... Mungkin sebab kombinasi warna dan polka dot itu... Hehehe... Cantik tak? Cantik tak?

 http://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/muslimah-tops/

Bukan hanya fesyen baju... malahan, tudung yang pelbagai juga telah direka khas bagi membolehkan wanita bertudung tampil lebih segar, bergaya dan anggun.

Terdapat pelbagai pilihan tudung/hijab yang boleh anda dapati di Zalora. Dari tudung biasa sehinggalah ke halfmoon, shawl dan macam-macam lagilah! Saya percaya anda semua lebih arif daripada saya pasal tudung ni!!  (⌒‿⌒)

Bila tengok gambar-gambar shawl rasa teringin pula nak pakai shawl... Tapi saya memang tak reti nak lilit-lilit. Hahaha... Memang menduga akal betul bila tengok tudung-tudung ni... Nak-nak halfmoon... Aduhai... (o_O)


http://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/

Oh ya... saya rasa harga yang ditawarkan di Zalora adalah berpatutan dan mampu milik... Anda boleh sort gambar-gambar tersebut mengikut harga dari yang murah kepada yang mahal. Pilihan pun banyak... So, boleh la kita cuci-cuci mata di Baju Muslimah @ Zalora. Mesti anda teruja tau!! (o^▽^o)

Apapun, saya rasa tak salah untuk bergaya, walaupun bertudung. Cuma pastikan anda kreatif dalam mengenakan gaya dan warna yang bersesuaian. Dan yang lebih penting, pastikan fesyen anda itu tidak keterlaluan sehingga bertentangan dengan syariat Allah...

Jom beli online... Hanya di Zalora! (◕‿◕)

Thursday, February 27, 2014

Tips Agar Disukai Orang

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Menarik bila baca tips yang dituliskan oleh Dr Tengku Asmadi, dalam FBnya... Nak letak di blog sebagai panduan hari-hari... Moga tips ini juga bermanfaat buat rakan-rakan blogger yang lain... (^_^)



* Jom cuba jadi orang yang bermanfaat buat orang lain... *

Wednesday, February 26, 2014

Bulan Nutrisi di Prince Court Medical Centre (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ini saya menerima satu email dari Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Prince Court, Puan Mushidah Zakiah Mohad Akran. Kalau rakan-rakan ingat, Puan Mushidah ni pernah komen dan berkongsi info tentang diet bagi pesakit batu hempedu dalam blog saya ni...

Kali ini beliau ingin kongsikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Mac (1-31 Mac 2014) di Pusat Perubatan Prince Court sempena Bulan Nutrisi. 


Wah, saya sangat teruja baca info Farmers' Market tu... Kita boleh dapatkan barangan runcit (dari jam 11 pagi - 3 petang) dengan harga yang berpatutan dan yang pasti semuanya dijamin sihat!! 

Biasanya barang yang kita beli macam jus dan jam, mereka akan gunakan pewarna tiruan la... lebihan gula la... tapi di sini lain tau!! Semuanya versi sihat!(dah nama pun Bulan Nutrisi... kan?!) Saya percaya ini semua berperanan untuk memberi kesedaran kepada kita tentang pemakanan... 

Lagi satu yang menarik, jika anda ingin berkonsultasi dengan Pakar Pemakanan mereka (rasanya termasuk Puan Mushidah) boleh buat appointment di talian 03-2160 0240. Harga biasa konsultasi adalah RM210, tapi promosi bulan Mac adalah hanya RM120 je tau!! Memang diskaun hebat ni...!

Oh ya, siapa-siapa yang minat masak-masak pula, boleh la join competition ni... Mana tahukan?! Dengar kata, hadiahnya cukup-cukup lumayan! Klik pada gambar untuk baca infonya ya... (^_^).


Siapa-siapa yang berada di sekitar Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Bulan Nutrisi di Pusat Perubatan Prince Court ni... Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, sila "block" jadual anda untuk event ini dalam diari, ok?!
Nota kaki: Terima kasih pada Puan Mushidah kerana sudi berkongsi info dengan saya... (>_<)

* * *


Usus Tak Sihat?

Bismillahirahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

11 Februari lalu saya bawa Alisya berjumpa Pakar Kanak-kanak, di Batu Berendam. Tiga hari sebelumnya saya perasan Alisya tak boleh nak makan. Setiap kali dia masukkan makan ke dalam mulut, pasti akan dikeluarkan semula. (macam jeluak)

Bila saya tepuk perutnya, bunyi seakan kembung... mana taknya... dia hanya boleh minum susu... Makanan memang tak boleh masuk. Kesian dia... Asyik la cakap lapar... tapi bila makan keluar balik...

Saya pun ceritakan masalah Alisya pada doktor. Setelah bertanya sedikit sebanyak, doktor pun mula memeriksa perut Alisya... Ditekan-tekan perut Alisya yang kecil tu.. Tapi Alisya rileks je... (^_^)

Doktor: Doktor tekan sini sakit tak? (Alisya geleng...) Sini? (Geleng lagi...) Sini? (tak de respon, angguk tak geleng pun tak) Perut dia sangat kembung ya... Dia cirit-birit? 

Saya: Tak... 

Doktor: Najis dia keras, lembut atau cair?

Saya: Tak keras tak lembut... Kira ok lah... Saya rasa dia tak de masalah buang air besar... sebab setiap hari dia akan buang sekali atau dua kali.

Doktor: I rasa, usus dia tak berapa sihat... I akan bagi ubat probiotik supaya perut dan usus boleh bekerja dengan lebih baik... Once usus dia dah sihat, angin dalam perut kurang, dia akan dapat makan dengan baik. Cuma kena pastikan dalam tiga hari ni, dia tak cirit-birit dan muntah-muntah. Kalau dia tak cirit dan muntah, so it's ok... Kadang-kadang budak sebaya dia akan hadapi perkara ni... So, it's normal. Tak normal kalau cirit dan muntah berterusan.

Panjang lebar doktor explain. Saya kalau jumpa pakar memang akan tanya macam-macam... Biasanya kalau anak-anak demam dan selsema biasa saya akan bawa ke klinik je... tapi kalau nampak lain macam sikit... memang saya prefer rujuk ke doktor pakar... (tapi rasanya tak boleh lawan la Doktor Ang di Jalan Beserah, Kuantan tu... doktor Ang kalau rawat budak memang sangat teliti dan akan explain sampai kita tak rasa risau!)

Aktif je walaupun
kurang makan...
Saya ada tanyakan juga, sama ada ini berkait dengan cacing perut. Sebab saya mengaku la saya tak pernah lagi bagi Alisya makan ubat cacing sehingga Alisya umur 4 tahun ni. Kata doktor, kes Alisya ni tak de kaitan dengan cacing... Tapi katanya at least, Alisya perlu makan ubat cacing setahun 2 kali. Sebab kita tak tahu apa yang main dan takut kalau dia kutip makanan yang dah jatuh...

* Boleh baca entri dari blog Dr Zubaidi tentang Perlukah Ubat Cacing untuk Anak? *

So, inilah sebab Faris nak belajar masak dari entri sebelum ni... kononnya nak belajar masak untuk Alisya, supaya adiknya tu boleh makan tanpa muntah... prihatin juga Faris ni pada adik dia...!

Moga hubungan kamu adik beradik, tetap akrab sehingga hujung nyawa... Moga kamu dapat menjaga dan melindungi adik kamu sampai bila-bila... Amin...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, February 24, 2014

Cikgu Pesan: Salam dan Cium...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seperti biasa, balik dari sekolah Faris mesti cerita apa yang dirasakan menarik untuk dikongsikan dengan saya... Selalunya dia bercerita di dalam kereta (on the way balik rumah) atau ketika makan tengah hari sebelum dia pergi sekolah agama.

Tapi apa yang diceritakan minggu lepas sampai sekarang buat saya terharu...

Faris: Mama, tadikan dekat sekolah cikgu cakap... anak-anak sebelum pergi sekolah, kena salam dan cium ibu dengan ayah.

Saya: Ha... memang la... kan mama buat macam tu sebelum Faris pergi sekolah... Mama salam dulu... lepas tu cium pipi Faris yang tembam ni... (sambil cubit dua-dua belah pipinya...)

Faris: Ye la... tu kita tau... Nanti boleh tak mama cakap dengan abah, kita kena salam dengan cium abah dulu sebelum pergi sekolah...?!

Saya: La, kenapa mama pulak yang kena cakap? Tak payah cakap... Faris bila turun motor tu... Faris cakap la kat abah nak salam dengan cium...

Faris: Tak boleh... mama cakap la... kalau mama tak cakap... nanti esok cikgu tanya Faris nak jawab apa?!

Saya: Ye la... nanti mama cakap kat abah.




Malam tu, saya beritahu encik hubby, apa yang Faris cerita pada saya petang tu... Di hujung perbualan tu saya ingatkan encik hubby untuk salam dan cium Faris esok (hari Jumaat minggu lepas), sebab cikgu akan tanya semula sama ada mereka salam dan cium ibu bapa sebelum pergi sekolah.

Hari Jumaat tu, masa saya jemput Faris dari sekolah, terus dia cerita... 

Faris: Mama, cakap dekat abah suruh salam dengan cium kita ke?


Saya: Ha ah... kenapa?! Abah salam dengan cium Faris ke tadi?

Faris: Ha ah... Abah salam dengan cium... (sambil senyum lebar... selebar-lebarnya). Abah sayang kita, mama! (tersengih-sengih...)

Saya: Memang la abah sayang... tak semestinya abah tak cium, abah tak sayang... (ouh, saya bergenang air mata... patutlah Faris hari ni sangat luar biasa happynya...)

Anak-anak, walaupun mereka dah semakin membesar, sekali sekala mereka nak juga dimanja... Walaupun bukan selalu, sekali sekala tu, peluk dan ciumlah mereka... Moga dengan pelukan dan ciuman tu, mereka akan rasa sangat dekat dengan kita... Mudah-mudahan... Amin...


Nota kaki: Encik hubby saya memang jarang peluk dan cium anak-anak, sebab katanya takut nanti mereka manja :p

*** Saya dapat CPUV yang ke-28 dari Nuffnang: McDonald... TQ Nuffnang (^_^) ***

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, February 22, 2014

Selesai "New Member Welcome Day"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah selesai sudah sesi meraikan ahli-ahli baru Tupperware jam 2-5 petang tadi di Stokis Ayer Keroh...

Majlis ini memuatkan beberapa sesi berkonsepkan sharing knowledge antara satu sama lain. Antaranya adalah product knowledge (Tupperware Rice Dispenser, Lacto-Fiber dan BerryGen), demo memasak (menggunakan Tupperchef dan Asian Meal Paste), perkongsian pengalaman dan tentunya cabutan bertuah! (^_^)

Sebahagian consultant yang menyertai majlis ini

Beberapa hari sebelum majlis, Cath meminta saya untuk berkongsi maklumat (produk) dengan ahli-ahli baru (consultant). Lalu saya mengambil tangungjawab untuk berkongsikan maklumat tentang Rice Dispenser. 

Nampak macam senang... tapi disebabkan saya dah lama tak berdiri dan bercakap di depan orang ramai... Terasa takut dan kekok juga... Malam sebelum majlis berlansung, payah betul saya nak lelapkan mata...!! Hahaha...

Rakan lain yang turut terlibat memberikan talk adalah Raymond (Lacto-Fiber dan BerryGen) dan May (demo masak dua jenis makanan; bihun goreng dan rendang ayam dengan menggunakan TupperChef dan Asian Meal Paste). 

Demo Lacto-Fiber by Raymond
Jom masak bihun dengan Oriental Sauce :P
Oh, nampaknya semua dah tak sabar nak makan... hehehe
Bekas makanan dan sudu yang consultant
gunakan adalah door gift... Menarikkan? :D
Muka-muka baru yang menyahut cabaran DIQ... Chaiyok!!
Gabungan lama dan baru... hehehe

Untungnya mereka ni... Raymond dapat Ipad dan May dapat full set TupperChef dan melancong ke Macau, reward dari challenge yang mereka sertai... (kira capai target la ni...)


Happy for both of them...

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... So, kita akan jumpa lagi dalam event yang akan datang... Kepada yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada team Tupperware Kiyter, boleh hubungi saya 0193441384.  

Till next entry... Assalamualaikum... (^_^)

Friday, February 21, 2014

Mini Giveaway #6: Pemenang

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam penghulu hari (Jumaat),

Seperti yang telah saya janjikan, saya akan umumkan pemenang bagi Mini Giveaway #6 yang telah berlangsung Isnin-Rabu lalu. Ada berita baik untuk mereka yang telah sudi menyertai Mini Giveaway tersebut... Jeng... Jeng...Jeng... (^_^)

Setelah membaca dan menghayati isi kandungan di dalam buku Cerita Cinta Ahmad Ammar, saya rasa buku ini perlu dikongsi dengan lebih dari seorang. Sukacitanya saya nak menghadiahkan dua buku Cerita Cinta Ahmad Ammar pembaca bertuah blog ini.

Pendek kata pemenang Mini Giveaway #6 yang sepatutnya seorang pemenang, telah menjadi dua pemenang. Saya telah membahagikan jumlah peserta kepada dua kumpulan 1-11 dan 12-23. 

Untuk cabutan undi kumpulan pertama (1-11); undian telah dicabut oleh Faris dan pemenangnya adalah:

Dan cabutan undi kumpulan kedua (12-23); undian telah dicabut oleh Alisya dan pemenangnya adalah:

http://www.salya07.com/

Tahniah kepada para pembaca bertuah blog ini. Mohon jasa baik pemenang untuk emailkan Nama Penuh, Alamat dan Nombor Telefon pada saya, nora1404@yahoo.com, untuk proses penghantaran.

Terima kasih kepada semua yang telah sudi menyertai Mini Giveaway #6, anda semua memang sporting! Moga ada lagi rezeki saya pada masa akan datang untuk berkongsi lebih banyak buku bermanfaat dengan anda semua. Terima kasih semua... (^_^)Y

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, February 20, 2014

Rezeki Hari Rabu... KARI ITIK!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Di kawasan perumahan saya ni, memang setiap bulan diedarkan satu booklet free, namanya Melaka2U dan City Explorer (ada lagi satu tapi tak ingat). Booklet ini memuatkan iklan-iklan tentang perniagaan yang terdapat di sekitar Melaka ni. Lebih kurang macam promosi... kalau ada kedai baru buka... ada promosi perkhidmatan dan macam-macam la... Dari sekecil-kecil kedai, sampailah yang besar-besar.

Kalau booklet ni sampai, saya dan Encik hubby rajin juga belek... Dulu kami cari promosi katil bujang untuk anak-anak. Kemudian cari promosi air cond. Mana yang kami berkenan, kami akan ke tempat tu tengok-tengok dan baru kami beli. Pendek kata, memudahkan kerja kami dalam survey sesuatu barang... (^_^) Oh ya... saya tengok iklan Jinho Beauty pun kat booklet tu.

Kari itik... first time saya makan... Sedap juga :D
Satu hari saya terbaca tentang iklan Restoran Nasi Beriani yang menawarkan nasi beriani free (pelanggan hanya perlu bayar harga lauk beriani dan minuman). 

Saya: Padang Temu kat mana? (sambil Encik hubby cerita kat mana tempatnya. Padahal saya tak tau pun... hahaha)

Encik hubby: Kenapa?

Saya: Dia bagi nasi beriani free! Kita bayar lauk beriani dengan air je. 

Encik hubby: Iye ke?! (terus saya hulur booklet tu... encik hubby belek-belek, then diam...)

Saya: Nanti kita pergi nak?! (sambil hati berbunga-bunga tunggu jawapan, tapi tak de respon... hahaha)

Ok, encik hubby saya memang gitu... So, perbualan kami habis di situ. :p

Awal bulan lepas, encik hubby sibuk dok mencari booklet tu. Saya tanya kenapa? Katanya dapat arahan dari KL, minta dibuat satu artikel pasal kenaikan harga barang dan kesan kepada orang ramai... Skopnya tak kisah la apa-apa. (lebih kurang gitu la arahannya, saya agak je... :p Sebab encik hubby tak cerita sangat pun... sila terima andaian saya... hahaha)

Sampailah baru-baru ni dia balik rumah, dan cerita pasal dia pergi interview pemilik Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, yang bagi nasi beriani free tu. Boleh baca artikel tulisan encik hubby di sini, dan gambar oleh Shaharim.

Semalam encik hubby cuti... Tak sangka pula dia nak bawa saya makan di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby tu... Dah nak dekat sampai tu baru la encik hubby cakap...

Kami pun order la... Saya ambil nasi beriani ayam merah, encik hubby dengan Faris makan nasi beriani ayam goreng... Sekali bila Nazli perasan encik hubby datang, terus dia bagi nasi beriani tambah, ayam goreng tambah dan KARI ITIK.. KARI ITIK tau!!! 

Saya ni (cik Yuzieta memang tahu sangat perangai saya...), memang takkan makan benda-benda yang pelik. Pelik tu maksudnya yang memang saya tak pernah makan. Itik, arnab, pari, kepah, siput sedut dan banyak lagi lah... yang saya tak makan... hahaha (Bak kata, Marhana, kalau dia, Ieta dan saya ditinggalkan di satu pulau, saya mati dulu la... sebab banyak benda saya tak makan... hahaha... Alahai rindu pula geng makan kat IKIP dulu...)

Puas saya dan encik hubby cakap yang kami tak makan itik... Nazli dan Melea dok paksa kami rasa dan makan... Nazli ambilkan seketul dan letak dalam pinggan encik hubby dan saya... Doh guane?!

Sambil terkuis-kuis... dok tolak-tolak kepak itik tu dengan jari telunjuk... (ish tah pape perangai...) lalu akhirnya saya makan juga... Sebab tak baik la kan orang dah suruh rasa... Guess what?! Sedap jugalah kari itik ni... (v^_^)v Isinya liat sikit... macam isi ayam kampung... Tapi sedap!! (^_^)

Faris pun kekenyangan.. :D
Sambil makan sambil berborak dengan Nazli dan Melea... kemainlah peramah mereka ni... dah macam kenal berpuluh tahun... Padahal saya baru jumpa mereka semalam dan encik hubby pula baru 2 kali ketemu mereka... 

Dah la peramah, pemurah pula tu... Makanan dan minuman untuk kami semalam diberikan semuanya percuma!! Patutnya nasi je percumakan?! 

Encik hubby nak bayar juga... sebab hari tu masa encik hubby interview mereka, mereka dah pun bagi makan free... Tapi mereka kata "halal"... Tak cukup dengan tu... Dibelanjanya pula kami makan cendol di sebuah kedai yang Melea suka makan di Serkam!!

Ya Allah, baiknya hati kamu berdua... Disebabkan semuanya free, saya dan encik hubby kekenyangan sampai ke malam... Alhamdulillah rezeki kami satu family... 

Terima kasih banyak-banyak Nazli & Melea.... Moga perniagaan kamu berdua, bertambah-tambah maju... Moga Allah memberkati kamu, ahli keluarga kamu dan perniagaan kamu... Amin...

Nota kaki: Kalau kawan-kawan blogger datang Melaka, singgahlah di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby yea (^_^).


Alamat: Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, No. 69 Jalan PJ1, Taman Pertam Jaya,  75050 Padang Temu, Melaka.

Telefon: 016 - 912 9666 atau 016 - 912 3666

* * *
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Restoran di Melaka Tawar Nasi Beriani Percuma Tiap Hari

MELAKA - Ketika masyarakat sibuk membincangkan kenaikan harga barang keperluan, sebuah restoran di Padang Temu di sini sedia menawarkan nasi beriani, nasi putih, dalca dan acar secara percuma setiap hari kepada pelanggan.

Malah 'Restoran Nasi Beriani Haji Tamby' turut memberikan air sirap bandung  percuma pada setiap Jumaat.

Pengusahanya, Muhammad Nazli Zainul Abidin, 35, berkata pelanggan yang menjamu selera di restoran berkenaan hanya perlu membayar untuk lauk pauk dengan harga berpatutan.

Katanya, kari kambing dijual pada harga RM6; kari itik RM7, dan ayam goreng RM4, berbeza dengan kebanyakan restoran yang menjual set nasi beriani pada harga antara RM10 hingga RM15. 


Nazli, pengusaha Restoran Nasi Beriani Haji Tamby

"Tidak dinafikan berniaga ini kita nak cari rezeki dan keuntungan tetapi bagi saya ia juga salah satu cara untuk menggembirakan orang ramai...mudah-mudahan Allah akan menggembirakan kita pula," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau yang mengusahakan restoran tersebut bersama isterinya Amelia Tamby Hussin, 34, berkata langkah itu juga diharap memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

"Ada di antara pelanggan yang hanya memesan nasi beriani tanpa lauk serta air kosong, mungkin mereka ini orang susah, sekurang-kurangnya mereka boleh menikmati nasi beriani," katanya yang menggunakan beras basmati bagi menghasilkan nasi beriani.

 
Muhammad Nazli berkata sejak memulakan promosi itu dua minggu lepas, ia mendapat sambutan menggalakkan termasuk pelanggan dari luar Melaka dengan dua periuk besar nasi habis dipesan setiap hari.


Nazli dan isteri (Amelia), mereka sangatlah peramah! :)
Beliau berkata, promosi itu akan dilakukannya sepanjang tahun ini dan bakal dikekalkan untuk tahun mendatang sekiranya memperoleh rezeki yang bertambah.
 

Katanya, restoran yang telah beroperasi selama enam tahun itu sebelum ini pernah memberi minuman sirap percuma kepada pelanggan. - Bernama 


Alamat: Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, No. 69 Jalan PJ1, Taman Pertam Jaya,  75050 Padang Temu, Melaka.

Telefon: 016 - 912 9666 atau 016 - 912 3666


Nota kaki: Artikel ini ditulis oleh Encik hubby saya dan gambar oleh Shaharim Sulong. Ada entri yang berkait dengan entri ini... Kemudian saya publishkan. Kalau tak panjang berjela satu entri... :p

* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, February 19, 2014

Mini Giveaway #6

- Mini Giveaway ini telah ditutup -
- Saya akan cabut undi & umumkan pembaca bertuah pada hari Jumaat (penghulu segala hari) (^_^) -

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

 

"Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. 
Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru. 
Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan. 
Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat." 
- Ahmad Ammar -

Untuk mini giveaway kali ke-6 ini, saya ingin menghadiahkan sebuah buku Cerita Cinta Ahmad Ammar ini kepada seorang pembaca bertuah. 

Saya memang dah plan nak jadikan buku ini sebagai hadiah istimewa giveaway sebelum saya ke Karnival Karangkraf lagi. Sebab lama juga rasanya saya tak hadiahkan buku kepada pembaca blog ni... (rindu pula nak mencabut undi... :P )

So, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku 'Pencetus Ummah - Cerita Cinta Ahmad Ammar' ini, sila tinggalkan link blog anda di ruangan komen di bawah sebagai tanda penyertaan. 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 Februari 2014 (Rabu) jam 11.45 malam. Pemenang akan dipilh berdasarkan cabutan undi. (^_^)

*** Yang tak de blog, tapi silent reader saya boleh tinggalkan email address atau link akaun Facebook anda. *** 

Senarai Peserta:

1. http://iamaproudmama.blogspot.com/
2. http://puankutu.blogspot.com/
3. http://nikkhazami.blogspot.com/
4. http://mardiahdiana.blogspot.com/
5. http://attuffahumairah.blogspot.com/
6. http://masyaamiraaimie.blogspot.com/
7. http://aniesandyou.blogspot.com/
8. http://cikviva.blogspot.com/ 
9. www.ainizakaria.my/
10. http://niesa-lovecrew.blogspot.com/
11. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/ 
12. http://haslizalizz.com/ 
13. http://www.salya07.com/ 
14. http://mummydearie.blogspot.com/  
15. http://mentaleader.blogspot.com/
16. http://azarthegilagila.blogspot.com/   
17. http://ratupimples.blogspot.com/
18. http://mylovely-fieda.blogspot.com/ 
19. Facebook: Susilawati Zainal  
20. http://ikhlas-atilia.blogspot.com/ 
21. http://azlyiejah.blogspot.com/ 
22. http://msredcheesecake.blogspot.com/ 
23. http://wawegugugaga.blogspot.com/

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Nukilan Ibu Buat Ammar...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Nampak tak... ni antara buku yang
tunggu turn untuk dibaca...
Saya memang tak punya banyak masa terluang sejak anak-anak bersekolah... Waktu malam beginilah saya akan ambil masa untuk membaca buku-buku dan magazine yang dah semakin banyak untuk dibaca...

Biasanya kalau saya keluar ke shopping mall saya akan singgah beli satu dua buku untuk dibaca... Dan buku-buku tu dah semakin meninggi! 

Kadang-kala, saya skip. Belum lagi habis satu buku, saya dah buka buku lain... Bukan apa, kadang-kadang bila tengok dekat rak... banyaknya buku best nak baca... Bila ambil... konon-konon nak selak-selak je... Sekali terbaca...! (Padahal buku sebelum tu tak khatam lagi!!)

AF saya biasanya akan tidur jam 9.30 malam. So, saya curi masa ni untuk baca buku atau update blog barang seketika... Malam ni saya pilih buku Cerita Cinta Ahmad Ammar...

Dalam keheningan malam, bertemankan secangkir Nescafe... Saya membaca nukilan ibu Ammar... Bermula page 15... Sehinggalah page 75... Air mata saya tak henti mengalir... Betapa tabah hati si ibu... 

Dalam tulisannya, saya dapat rasakan akan sarat kerinduannya terhadap Ammar... Terusik juga naluri keibuan saya... Ditambah pula dengan gambar-gambar yang berwarna... Membuatkan saya lebih terkesan membacanya...

"Ya Rabb, kami telah merancang sesuatu yang besar untuk anak kami ini. 
Kami telah bertekad menyerahkannya untuk berbakti kepada umat. 
Rupa-rupanya bukan itu yang Engkau takdirkan. 
Pastinya Engkau punyai sebab yang jauh lebih hebat untuk anak kami ini." 
- Nur Azlina -

 



Ayahnya telah meminta 3 perkara daripada sahabat Jamaah Hayrat, apabila mendapat berita tentang pemergian Ammar iaitu:

1.  Tidak perlu dibuat otopsi pada tubuh Ammar. Namun jika perlu dibuat juga, mohon dibuat secepat mungkin.
2. Tidak akan membawa jenazah pulang ke Malaysia. Mohon dikebumikan di bumi Turki. Tidak perlu tunggu ketibaan kami (ibubapa) dan mohon disegerakan pengebumiannya.
3. Mohon dikebumikan sama ada di perkuburan Al-Fatih ataupun di Eyub Sultan.
  
Tabah sungguh kedua ibubapa Ammar ini... 

Penulis-penulis dalam buku ini, terdiri daripada ibubapa Ammar sendiri, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baik allahyarham... So, secara tak langsung kita boleh tahu tentang sifat, perilaku, perjuangan dan lain-lain, dari kaca mata orang yang terdekat dengannya.

Sepanjang hidupnya saya tak pernah kenal... Malah ramai di antara kita juga tak pernah mengenalinya... Perjalanan hidupnya tidak pernah kita ketahui, namun memberi kesan kepada kita setelah ketiadaannya... Seorang anak muda yang berjiwa kental, seorang yang pendiam, juga perahsia... Namun misi hidupnya hanya satu iaitu membantu ummah!


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, February 18, 2014

Kelas Masak?! :O

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Khamis lepas saya "bergaduh" dengan Faris... Punyalah susah nak suruh dia bersiap untuk kelas mengaji... Saya tak tahu la kenapa dia susah sangat nak bersiap untuk sekolah petang. (Sekolah agama hari Isnin-Rabu, kelas mengaji Khamis & Jumaat.) Sekolah pagi tu ok je, kalau sekolah petang memang berperang la saya dengan dia... 

Balik dari kelas mengaji tu, biasanya dia akan main basikal atau main badminton di depan rumah. Saya cakap pada Faris, nak pergi kelas taekwondo tak? Plan nak hantar ke kelas taekwondo ni adalah plan encik hubby. Tapi masih belum ada kata putus lagi... So, ni kira nak kenal-kenalkan apa tu taekwondo pada Faris.

Nampak gaya chef ke dia ni... tukang makan
boleh la kot?! huhu
Faris: Taekwondo tu apa?

Saya: Macam ni (sambil tunjuk video taekwondo dari YouTube)

Faris: Woh... hebatnya!! (wah saya pun rasa berbunga-bunga la kan? Sebab nampak dia macam excited)

Saya: Hebatkan? Nanti Faris belajar taekwondo, boleh jaga Alisya... jaga mama... kalau ada orang jahat kacau Alisya, Faris boleh "pukul" orang tu...

(Dia senyap dan fikir sesuatu...)

Faris: Faris tak nak la... Asik sekolah la... taekwondo la... bila mama nak hantar Faris pergi kelas masak?

Saya: Hah?! (terkejut betul sih!) Kenapa nak pergi kelas masak?

Faris: Faris chef! Faris suka masak...! Faris pandai masak... Kan Faris selalu tolong mama masak tu...
 
Faris memang rajin tolong saya di dapur...
Saya pernah tulis entri tentangnya di sini: Bila anak bujang ke dapur...

Saya: (Ah sudah!) Abis tu siapa nak jaga Alisya kalau ada orang jahat kacau?!

Faris: Abah ada... Abah jaga... Faris nak masak... Nanti kalau Faris tak masak... siapa nak bagi Alisya makan... Dah la Alisya asik muntah-muntah je bila makan... (huhuhu...)

Perbualan sebegini bukan baru berlaku sekali... ada la dalam 2-3 kali saya tanyakan pasal kelas taekwondo ni... tapi jawapan dia tetap sama... nak pergi kelas masak... Aduhai... Doh guane?!

Nota kaki: Yang pasal Alisya muntah-muntah tu, nanti saya tulis entri lain...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, February 17, 2014

Sunnah Nabi SAW: Mengawal Kemarahan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Manusia sering dilanda kemarahan terhadap sesuatu. Marah jika barangnya dirosakkan. Marah jika hatinya disakiti. Marah jika pasukan bola sepaknya tewas. Marah jika ada sesuatu yang berlaku kepada ahli keluarganya. Dan pelbagai lagi perkara yang boleh menyebabkan kita marah, walaupun atas perkara yang kecil.


Ciri Kemarahan Rasulullah SAW

Apabila Rasulullah SAW marah, muka Baginda akan menjadi merah dan urat akan timbul di dahi Baginda. Tetapi Baginda hanya akan marah jika ada alasan yang kukuh.

Rasulullah pernah marah pada Muaz Ibn Jabal sedangkan Muaz adalah antara pemuda kesayangan Baginda. Kenapa?! Kerana Muaz suka membaca surah-surah yang panjang ketika solat.

Ada sahabat yang mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah berpaling kepada Muaz dan bertanya, “adakah kamu hendak memfitnah agama sendiri?”

Sumber gambar: Google


Bagaimana Meredakan Kemarahan?

Rasulullah bersabda bahawa kemarahan merupakan bara daripada api neraka. Kemarahan datangnya daripada syaitan. Syaitan diciptakan daripada api neraka. Hanya air yang boleh memadamkan api.

1. Jika marah, ambillah wuduk.
2. Sebaik berasa marah, beristi'azah kepada Allah SWT. 
(ucapkan أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)
3. Berdoalah kepada Allah SWT agar kemarahan itu dipadamkan.
4. Tinggalkan tempat yang menyebabkan kita marah, supaya kita tidak membuat keputusan yang salah ketika itu.
5. Jika kita sedang berdiri, maka duduklah sehingga berasa tenang.
6. Jika benar-benar sedang marah, maka diam. Kerana kemarahan boleh menyebabkan kita menyebut perkataan yang tidak elok (jika suami/isteri bergaduh, mungkin suami akan terlafaz talak).
7. Ibu bapa dilarang berdoa ketika sedang marah, dikhuatiri akan mendoakan perkara yang tidak baik kepada anaknya.


Empat Golongan Manusia Ketika Marah

Rasulullah SAW menyifatkan manusia terbahagi kepada empat golongan mengikut kemarahan:
1. Golongan pertama: Cepat marah dan cepat reda.
2. Golongan kedua: Lambat marah dan cepat reda.
3. Golongan ketiga: Lambat marah dan lambat reda.
4. Golongan keempat: Cepat marah dan lambat reda.

Daripada keempat-empat golongan ini kata Rasulullah, golongan terbaik adalah golongan kedua, yakni orang yang lambat marah dan cepat reda.

Sesiapa yang dapat menahan dirinya ketika marah, maka dia memiliki salah satu sifat Rasulullah SAW. Dia juga dapat menghayati firman Allah SWT, “katakanlah, jika kamu sayang Allah, maka ikutilah aku. Nescaya Allah akan menyayangi kamu.”

Petikan dari rancangan: Fattabiouni
TV Al-Hijrah (Astro 114)

Jom hidupkan sunnah Rasulullah SAW

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, February 13, 2014

Alahai Alisya...


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tak dapat naik bas... dapat bergambar
depan bas pun jadi la... :)
Petang tadi kami ke Melaka Central menghantar encik hubby yang ada meeting di KL esok. (terpaksa la naik bas, kalau bawa kereta, susah pula saya nak menghantar dan ambil anak-anak di sekolah).

Yang kelakarnya AF ingat mereka akan ikut abahnya naik bas... Punya la excited masing-masing... Bila abah cakap tak boleh ikut sebab abah kerja, terus muka masam masing-masing. Faris dah marah-marah sebab nak ikut jugak... Sekali Alisya cakap:

Alisya: Dah la, abah pergi keje je... Issshhhh...!!

Faris: Faris nak ikut... boy dengan boy, girl dengan girl. (dia maksudkan dia kena ikut abah, Alisya ikut mama)

Alisya: Tak boleh ikut... abah keje... Abah balik bila mama?

Saya: Esok abah balik... 

Alisya: Ha, esok... esok Adam Faris...
 
Ewah, kemain lagi Alisya. Faris masih lagi memberontak nak ikut abah naik bas. Bila bas dah bergerak, saya belikan aiskrim, sebab sebelum tu saya dah janji nak beli aiskrim.

Dalam kereta Faris nampak dah reda... tak lagi marah-marah. Tak lagi memberontak... Sesampai di rumah... lain pula ceritanya... Faris khusyuk tengok kartun... Alisya pula asyik berulang ke tingkap menjenguk ke luar. 

Saya: Alisya tengok apa? Kakak balik ke? (merujuk kepada anak jiran sebelah)

Alisya: Tak... Alisya tengok abah... bila abah nak balik? (dengan nada sedih dan kemudian terus dia menangis tersedu-sedu)

Saya: Kita kena tidur dulu... Lepas tu pergi sekolah pagi... Lepas tu abang kena pergi sekolah kecik (mengaji di tadika Alisya)... Lepas tu kita ambil abang... Lepas tu baru kita ambik abah... (punya la panjang nak explain... sebab kalau saya cakap pukul berapa-berapa... confirm dia akan tanya lagi...)

Alisya: Tak nak!! Alisya nak ambik abah sekarang...!! (sambil berjurai-jurai air mata...)

La... petang tadi kemain dia "nasihat" abang dia... Pas Maghrib tu dia pula yang nangis beria... Faris?! Makin kuat adiknya nangis... makin dia kuatkan volume cerita kartun yang ditonton.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.