Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, June 02, 2015

Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Allahuakbar, tak tahu nak cakaplah apa perasaan saya bila hari yang dinanti makin hampir... Takut?! Sedih?! Gembira?! Semuanya bercampur baur. Bagi saya ini ada pengalaman pertama naik flight untuk perjalanan jauh. Kali pertama saya naik kapal terbang adalah pada tahun 2006. Itu pun penerbangan domestik ke Sarawak je. 

Kali ini percutian kami satu family agak jauh iaitu di Negara Matahari Terbit. Bawa pula anak-anak. Bertambah-tambahlah perasaan takut yang mengatasi perasaan yang lain. Lebih membimbangkan adalah bila memikirkan Faris. Faris sangat takut pada ketinggian. Saya tak boleh nak jangka, sama ada dia akan okay atau tidak.

Beberapa minggu sebelum tarikh keramat hari ini, saya banyak juga bercerita tentang kapal terbang dan keindahan Jepun pada Faris. Keseronokkan berada di awan biru... apa yang ada di dalam kapal terbang, apa yang menarik di Jepun... dan macam-macamlah (padahal saya sendiri tak yakin dengan apa yang saya cerita tu... hahaha... lebih-lebih lagi bila Faris tanya saya balik tentang kapal terbang yang hilang (MH370) dan kapal terbang yang ditembak/jatuh (MH17). Terkedu tak tahu nak jawab apa...)

Tik tok tik tok, masa yang ditunggu pun tiba... Sejak malam tadi saya memang tak boleh nak tidur lena. Asyik terfikirkan macam mana agaknya dengan diri sendiri bila naik kapal terbang. Apatah lagi fikirkan anak-anak. Adik saya yang hantarkan ke KLIA 2 pun cakap muka saya pucat!! Serius saya memang takut!

Masa nak masuk ke kabin, Faris cakap yang dia tak nak naik kapal terbang... Takut katanya... saya pegang tangannya... Sejuk! Muka Faris pun dah pucat! Padahal masa menunggu tu dia tak nampak takut pun... Encik hubby offer seat tepi tingkap pada Faris... Tapi Faris tolak, sambil ulang kali cakap tak nak naik kapal terbang... Saya pun makin cuak...

Tapikan... Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya... Perasaan takut Faris hilang serta-merta bila dia terbau makanan. Bayangkan... bila bau je hotdog yang dihidang pramugari, terus Faris cakap dia dah lapar dan tak sabar nak makan.

Masa kami beli tiket tu kami dah order makanan sekali, untuk saya dan encik hubby adalah nasi lemak, Faris pula nasi ayam dan Alisya pula hotdog.

Sepanjang makan tu Faris cakap dia tak takut dah naik kapal terbang sebab makanannya sedap! Hahahaha... Lepas dah kenyang dia pau abahnya mainan yang dijual dalam kapal terbang tu.... Faris memang itulah ubatnya... makanan dan mainan... Terus hilang rasa takut dia tu...!! Makanan dan mainan adalah terapi untuk dia... (^_^)

Nasi Lemak ni memang sedap!! Harganya RM17 :P
Tempat makan Faris la paling banyak makanan!
Lepas makan terus tidur... pilih port tepi tingkap pula,
sebab dah tak takut...
Ni pula gaya Alisya tidur... tapi dia tak boleh lena pun,
sebab tak selesa... bila saya peluk di riba, tak sampai
5 minit, terus lelap.
Ok, share satu gambar dengan owner blog :p 

By the way, seronok juga naik kapal terbang... walaupun takut... Tapi bila tengok awan dan senja dari dalam kapal terbang... Subhanallah... Sangat-sangat cantik! Allah Maha Besar.... Nanti kemudian saya share picture! 

Arigato! (^_^)¥

12 comments:

  1. wahhh... bestnya dapat pergi Jepun. CF tak pernah lg naik kapal terbang. teringin jugak tapi belum ada kesempatan. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah one sweet day CF akan dpt naik kapal terbang... :D

      Delete
  2. ooo bau hotdog menjadi penyelamat ya... ;-)

    ReplyDelete
  3. haha kelakar faris.nasiblah Ada Makanan sedap sebagai terapi takut..seronoknya bercuti ke jepun tu!

    ReplyDelete
  4. Wah....seronoknyaaaa. pergi jepun...

    ReplyDelete
  5. seronok aje naik kapal terbang walau saya belum pernah merasa sekali pun
    tapi kalau dapat naik mesti seronok!

    ReplyDelete
  6. nasib baik ada makanan.. good job Faris!

    ReplyDelete
  7. Wah.. Bestnyer...

    ReplyDelete
  8. Selepas dua kejadian tu... ramai yang takut naik kapal terbang. Sayapun sama... bulan depan saya akan terbang.. lama jugak nanti perjalanan penerbangan tu, 13 jam... saya pun nak buat macam faris jugaklah... makan, makan dan pastu tido... hehehhe... SELAMAT bercuti Nora.

    ReplyDelete
  9. samalah...dulu pertama kali naik flight pelbagai perasaan datang, excited x tido asyik tgk awan kat luar tapi dah lelama perasan tu hilang..naik je terus tido

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...