Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Sekejap je dah masuk 24 Ramadan, harap rakan-rakan sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Saya perasan, sejak awal bulan puasa hari tu, ramai yang menjenguk blog saya. Dah tentu carian famous ketika ini adalah resipi-resipi di blog saya! (^_^) Terima kasih banyak-banyak ye. Disebabkan itu, saya nak share satu lagi resipi yang saya masak kelmarin untuk buka puasa.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar badannya dan bersihkan
2 ulas bawang putih (kalau suka bawang putih banyak, tambah lagi) - dihiris
5-7 helai daun limau purut - dihiris
5 biji cili padi - diketuk
Sedikit cili benggala - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong wedges
3 biji baby corn - dipotong memanjang
Sedikit kobis bunga
Sedikit daun sup dan daun bawang - dihiris
3 sudu besar sos cili Thai
3 sudu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
Sedikit tepung jagung
Sedikit air
Garam dan gula
Cara-caranya:
1. Lumur ikan siakap dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng garing dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sos cili Thai, sos cili, sos tomato, kicap manis. Gaul sebati.
3. Masukkan daun limau purut, cili padi, cili benggala, baby corn dan kobis bunga. Kacau dan tambah air jika mahu masakan anda berkuah.
4. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
5. Gaul sebati, tutup api dan tuangkan sos atas ikan siakap yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.
Mudahkan? Selamat mencuba... (^_^)
Tak sangka Faris suka sangat ikan siakap 3 rasa ni. Bertambah-tambah dia makan. Siap puji tak habis-habis. Katanya sedap lagi dari di kedai... Nampak tak Mamanya kembang kuncup hidung bila kena puji... (^_^) Bila nampak ikan ni atas meja makan sebelum buka puasa tu dia asyik turun naik tangga ke bilik Mak Ngahnya sambil cakap, "Mama masak special hari ni..." (>_<)
5. Gaul sebati, tutup api dan tuangkan sos atas ikan siakap yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.
Mudahkan? Selamat mencuba... (^_^)
Tak sangka Faris suka sangat ikan siakap 3 rasa ni. Bertambah-tambah dia makan. Siap puji tak habis-habis. Katanya sedap lagi dari di kedai... Nampak tak Mamanya kembang kuncup hidung bila kena puji... (^_^) Bila nampak ikan ni atas meja makan sebelum buka puasa tu dia asyik turun naik tangga ke bilik Mak Ngahnya sambil cakap, "Mama masak special hari ni..." (>_<)
Alaaa...lama dh x Makan Ikan siakap...kena cari la Ni....
ReplyDeletehihihi kena cari la kan... (^_^)
Deletelamanya tak makan ikan tiga rasa ni. haihh
ReplyDeleteMasak sendiri je... 😜
DeleteAmboi memang special sungguh menu mama ni faris..tip top je nmpk dr gambar..tu belum rasa lg tu.kompem la sedap.hehehe
ReplyDeleteEleh... PK lagi banyak buat menu special untuk family. Saya ni kadang-kadang je.. tu yang anak-anak tak tentu arah bila tengok menu special.. hahahaha
DeleteSEDAP SGT TU SBB TU ANAK2 PUJI.
ReplyDeleteSalam Lailatul qadar NK....lama tsk menjenguk sini. Puasa ke hari ni?
ReplyDeleteSemalam baru masak ikan siakap tp masak ala ala stim tp duk lebur atas kuali hihi...
Bulan depan mesti Faris mintak lagi tu NK....dah suka nampaknya dia tu
Menu wajib nie kalau makan besar dengan family.. ehehe
ReplyDeletesedap ni.. fevret.. lagi2 part ekoq.. memang aim nak kebas dlu..
ReplyDeletesalam singgah.. salam aidilfitri..
ReplyDeleteselamat hari raya.. maaf zahir batin =)
SEdap lak tgk. Jadi lapar perut ni...
ReplyDeleteZH Blogger
Ada siakap dlm fridge....blh la try resipi ni. :D
ReplyDeleteMemang mudah resipinya, buat sekeluarga makan sangat enak rasanya
ReplyDeletenice share.. boleh try..
ReplyDelete