Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, March 14, 2017

Batu Karang Hempedu: Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan?

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Perkara yang paling seronok bila kita berkongsi maklumat di blog, ada orang yang membaca dan mengambil manfaat daripadanya. Artikel-artikel berkaitan batu karang hempedu atau gallstone paling banyak dibaca sejak tahun 2011. Iaitu tahun saya membuang hempedu. Ramai yang tinggalkan komen dan e-mel berbentuk pertanyaan, malah ramai juga yang menghargai (berterima kasih) perkongsian saya. Terima kasih... 😃

Komen terbaru yang saya terima dari pembaca blog saya ni, berkenaan dengan memberikan susu badan kepada anak jika ingin melakukan pembedahan membuang hempedu. 

Untuk pengetahuan, ketika saya melakukan pembedahan pada 27 Mac 2011, saya juga sedang dalam journey menyusukan Alisya sehingga usianya dua tahun. Ketika itu, Alisya baru 10 bulan. Masih menyusu.  

Empat atau lima hari sebelum pembedahan, saya mengalami sakit yang sangat kuat. Lalu diberikan steroid untuk menahan sakit. Beberapa kali juga loya dan muntah. Seingat saya sepanjang saya di wad, dua kali saya diberikan steroid.

Disebabkan saya mengambil steroid kerana sakit yang kuat, lalu doktor sarankan agar saya tidak memberikan susu badan kepada Alisya. Doktor cadangkan saya tetap memerah susu mengikut jadual supaya production susu tidak drop. Tak dapat nak bayangkan perasaan saya yang perlu perah dan buang susu tersebut. Maklumlah sekali pam dapat juga 5 - 7 oz. Tapi nak buat macam manakan? Susu tu memang tak sesuai untuk diberikan kepada Alisya ketika itu.

Itu semasa saya di dalam wad. Sebaik saya keluar dari hospital, doktor membekalkan ubat yang selamat untuk saya yang sedang menyusukan Alisya.   

So, macam mana Alisya menyusu sepanjang saya di wad?
Alhamdulillah, saya memang perah susu setiap hari mengikut jadual sebelum saya masuk wad. Maka susu yang diperah tu, dapat disimpan sebagai stok. So, sepanjang saya di wad, Alisya memang dibekalkan dengan stok-stok susu yang ada.

Disebabkan anak Puan yang bertanya ni, menolak botol susu... susah jugakan. Tapi mungkin Puan boleh pujuk dan ajar... atau mungkin boleh cuba ajar anak minum dalam cawan sebelum tidur. Saya amat yakin jika dipujuk berkali-kali kepada anak yang telah menjangkau usia setahun, insyaAllah anak akan faham. Moga Allah permudahkan urusan dan berikan kesihatan kepada Puan. 

Artikel berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Amalan Selepas Buang Hempedu
3. Menu Sepanjang Berpantang
4. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
5. Perkongsian Pakar Pemakanan 
6. Lakukan Ultrasound  

 

14 comments:

  1. wahhh bgs tu kak... sbb tu laa kita digalakkan tulis perkara yg berinformasi... mudah2an dpt jd panduan kpd yg lain dan mudah2an jg ada pahala mengalir utk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... itulah harapannya Anies dari setiap penulisan ni...

      Delete
  2. Itu maknanya entry awak banyak manfaatnya NK, seronokkan bila secara tak langsung dapat berkongsi pengalaman dengan mereka.
    Kakak Okje pernah jugak operate buang hempedu dulu NK. Masih ingat lagi dia menahan sakit perut. Banyak jugaklah berubat secara kampung, tp operate jugak jalan penyelesaiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Okje... time kena sakit tu memang tak boleh nak tahan rasanya... saya sampai menangis-nangis.. huhu alhamdulillah sekarang dah sihat...

      Delete
  3. Alhamdulillah.
    dlm keadaan uda cmtu still bole perah susu bg bby..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah perkongsian melalui pengalaman tu yg terbaik.Semoga dengan memberi manfaat pada org lain tu kita beroleh pahala

    Tak sgka nora pernah operate masa alisha kecik..tak boleh byg kena perah suau dan buang. Bukan sng nk dpt.
    huhu tp dah terpaksa redho ajelah..nsib mama rajin buat stok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Muni... masa tu perah susu dengan linangan air mata.. huhuhuhu bila buang kat toilet lagi laju air matanya... huhuhu

      Delete
  5. Alhamdulilah,trima kasih puan kerana menjawb pertanyaan saya..Sy sudh brtanyakan soalan yg same dgn dktr,dan dktr memberitahu ubt yg akan dberikan tidak akan menjejaskan penyusuan..Syukur sy mendgrnye..sy bakal menjalani pembedahan pd 12/04/17..Sy rancg untuk jalani pmbedahan slpas usia ank 2y,tp dsbbkn sakit yg kerap berulg jd sy decide utk buat pmbedhan asap..Terima kasih puan..Tlg doakan agar pembedahan sy brjalan dgn lncr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Puan... 😄 lega rasa bila dah dapatkan kepastian daripada doktor sendiri. Saya doakan agar pembedahan Puan akan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Take care Puan. 😊

      Delete
  6. tq puan..ats perkongsian, pngalaman, makanan utk berpantang..sy baru hari ketujuh selepas buang hempedu. Sy masih pakai tiub..hari kelapan besok baru tiup akan dibuka..mgkin kes sy lebih complicated sebab batu yg ad hampir 20 biji terutamanya di saluran hati dan salurun bawah hempedu..doakan sy kuat mcm puan..sy pn struggle kumpul stok sbb baby baru 7m..crita puan bg kekuatan utk sy..trima ksh bnyk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Puan... Moga semuanya dipermudahkan Allah... InsyaAllah sekejap je Puan. Nanti semua akan kembali normal... take care yea..

      Puan operate di hospital mana? Boleh share caj operation dan rawatan? Kalau Puan tak keberatan. Sebab ramai yang tanya saya kosnya.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...