Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, March 25, 2017

Mini Karnival Didi & Friends @ IOI City Mall, Putrajaya

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Beberapa kali juga tentatif program Karnival Didi & Friends ni lalu di timeline Facebook saya. Tapi Rabu lepas baru saya perasan, ia berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya. Sebelum tu saya ingat event tu di IOI Mall, Puchong.

Kebetulan Rabu lepas saya ambil encik hubby di KLIA. KLIA dengan Putrajaya taklah jauh sangatkan. So, Alisya berhajatlah nak pergi tengok Didi & Friends tu.

Alisya: Mama lepas ambil Abah boleh tak kita pergi tengok Didi & Friends? 

Saya: Kena tanya Abah dulu, kalau Abah tak penat, kita ajak Abah pergi tengok Didi & Friends.

Terus Alisya doa: Ya Allah, harap-haraplah Abah tak penat.

Bila encik hubby masukkan barang semua dalam kereta, terus dia masuk kat tempat driver.

Saya: Eh, nak bawa kereta ke? Tak penat ke?

Encik hubby: Tak penatlah, duduk je 8 jam. (Merujuk pada perjalanan dari Jeddah ke Kuala Lumpur).

Dekat sini malu-malu pula dia nak nyanyi...
Kat rumah siap paksa Mama dia hafal semua lagu...

Alisya dah cuit-cuit saya...

Saya: Putrajaya tak jauh dah kan dari sini?

Encik hubby: Tak, kenapa?

Saya: Alisya nak tengok Didi & Friends dekat IOI City Mall.

Encik hubby: Cari GPS. (Sengih lebar Alisya dengar...)

Dapat jugalah anak-anak jalan-jalan... Nak harap saya drive jauh-jauh dengan anak-anak je memang taklah...


Dapat juga dia minta Abah belikan Nana ni...

Hari ni dan esok (26 Mac 2017) masih ada lagi karnival ni... siapa-siapa yang berdekatan boleh la bawa anak-anak tengok maskot Didi & Friends ni di IOI City Mall, Putrajaya.

Ada macam-macam aktiviti, games, jualan selain menyanyi bersama Didi & Friends... Hora horey! 😜

11 comments:

  1. NDSSUKANYA ALYSYA DAPAT TONTON DIDI N FRIEMDS CUTI SEKOLAH PUN NK HBS DAH

    ReplyDelete
  2. wow, kat IOI tu, dalam 40 minit dari rumah. kalau rajin boleh la pergi jengah

    ReplyDelete
  3. Bertuah Alisya dapat ke karnival Didi & Friends...
    Siap dapat pow patung NANA lagi...
    Lagi la happy dia...

    Kat rumah ni, Aina la yg selalu duk layan didi & friends...
    Kalau tgh nangis, terus senyap bila dengar lagu2 didi... hihihi

    ReplyDelete
  4. Madam, saya pergi semalam (Ahad) ramainya umat manusia Subhanallah! Kalau saya pergi Sabtu mesti boleh jumpa madam.. :)

    ReplyDelete
  5. mana lah ada bdk2 tak suke didi n friends nih...
    kadang kite yg dh tua pun seronok melayan dgr lagu2nya heheheh

    berapa harga nana di jual kt situ kak? kalau kt aeon aritu dana tgk rm49 tak silap

    ReplyDelete
  6. wah...seronok la anak dara tu ye..dapat nana...favourite anak2 jugak ni...si kecik yg setahun lebih tu pun kalau dengar lagu ni kemain lagi...

    ReplyDelete
  7. rezeki alisya... dpt juga ya jumpa didi and friends depan mata ;-)

    ReplyDelete
  8. sronok la dia dpt tgk didi n friends....bdk bdk mmg mnat didi n friends ni kan....

    ReplyDelete
  9. Termakbul akhirnya doa Alisya. Bukan dpt pergi dapat jugak habuan hihi...
    Pandai bodek abah ye Alisya.
    Abah lama tak jumpa anak bini, tak sampai hati agaknya nak hampakan permintaan Alisya

    ReplyDelete
  10. Wah seronoklah alisha..dpt bygkan dia happy bila abah bg green light..siap dapat nana lg terbaik. Budak memang suka didi n frenz. Mak budak ni pun hafal lagunya.hehehe

    ReplyDelete
  11. mnarik nyer.
    kalau la dekat, aida gi ni.
    confirm ijat happy tak terkira!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...