Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Beberapa kali juga tentatif program Karnival Didi & Friends ni lalu di timeline Facebook saya. Tapi Rabu lepas baru saya perasan, ia berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya. Sebelum tu saya ingat event tu di IOI Mall, Puchong.
Kebetulan Rabu lepas saya ambil encik hubby di KLIA. KLIA dengan Putrajaya taklah jauh sangatkan. So, Alisya berhajatlah nak pergi tengok Didi & Friends tu.
Alisya: Mama lepas ambil Abah boleh tak kita pergi tengok Didi & Friends?
Saya: Kena tanya Abah dulu, kalau Abah tak penat, kita ajak Abah pergi tengok Didi & Friends.
Terus Alisya
doa: Ya Allah, harap-haraplah Abah tak penat.
Bila encik
hubby masukkan barang semua dalam kereta, terus dia masuk kat tempat
driver.
Saya: Eh,
nak bawa kereta ke? Tak penat ke?
Encik hubby:
Tak penatlah, duduk je 8 jam. (Merujuk pada perjalanan dari Jeddah ke
Kuala Lumpur).
![]() |
| Dekat sini malu-malu pula dia nak nyanyi... Kat rumah siap paksa Mama dia hafal semua lagu... |
Alisya dah
cuit-cuit saya...
Saya:
Putrajaya tak jauh dah kan dari sini?
Encik
hubby: Tak, kenapa?
Saya:
Alisya nak tengok Didi & Friends dekat IOI City Mall.
Encik
hubby: Cari GPS. (Sengih lebar Alisya dengar...)
Dapat
jugalah anak-anak jalan-jalan... Nak harap saya drive jauh-jauh
dengan anak-anak je memang taklah...
![]() |
| Dapat juga dia minta Abah belikan Nana ni... |
Hari ni dan
esok (26 Mac 2017) masih ada lagi karnival ni... siapa-siapa yang
berdekatan boleh la bawa anak-anak tengok maskot Didi &
Friends ni di IOI City Mall, Putrajaya.
Ada macam-macam aktiviti, games, jualan selain menyanyi bersama Didi & Friends... Hora horey! 😜


