Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
"Bibik... tolong kemas semua ni..." jerit Alisya bila keluar dari tandas.
Saya yang baru selesai solat Zohor terkejut dengar jeritannya...
"Datang mana bibiknya?!" tanya saya, sambil ketawa. Alisya pun gelak besar.
"Kenapa kita tak de bibik Ma?" tanyanya dengan ketawa yang masih berbaki.
"Tak perlu bibik pun, semua bendakan boleh buat sendiri..." jawab saya.
"Macam best je kalau ada bibik. Nanti Mama pun boleh rehat je. Tak payah kemas rumah, tak payah masak, tak payah sidai kain, tak payah gosok baju... semua bibik buat... Ha, barulah seronok..." sambil terkekek-kekek dia gelak.
"Amboi... bukan main lagi! Mana tau pasal bibik-bibik ni?" tanya saya.
"Kawan Alisya ada bibik. Dia cakap bibik dia buat semua, kemas rumah, gosok baju, masak... adik dia pun bibik mandikan... kira bibik buat semualah... Dia balik sekolah bibik jaga. Sebab mak dengan ayah dia kerja. Ala, macam dalam drama pun ada bibik kan..." panjang lebar dia cerita.
"Itu sebab mak dengan ayah dia kerja, Mama tak kerja tak perlulah bibik. Lagi seronok, tak de orang asing dalam rumah. Kita je ada. Lagi best!" jawab saya.
"Ala dalam drama tu boleh je ada bibik..." jawabnya, sambil masukkan baju-baju kotornya dalam bakul dan berlalu pergi...
Nilah budak yang berangan nak ada bibik... π |
Banyak sangat tengok drama ni... Sabar je lah π
ASSALAM NNORA ADA BIBIK MEMUDAHKAN KERJA BAGI KAKAK TU KOT...
ReplyDeleteDia seronok dengar kawan cerita ada bibik π
DeletePandai pulak Alisya berdrama ada bibik ya...
ReplyDeleteSebenarnya Alisya yang bertuah mama yang jaga dibandingkan kawan Alisya yang dijaga bibik.
hehe..saya pernah ada bibik dulu, untuk jaga arwah nenek.sekarang x mampu la.semua mahal
ReplyDeleteamboiiii jawapan hehehehe
ReplyDeleteHa ha...siap boleh panggil bibik suruh kemas... kelakar..
ReplyDeletebudak2 memang boleh terpengaruh bila tengok drama... gaya cakap pun kadang2 macam drama kan...
Hihi, jerit je yea, bibik, bibik, bibik..kotlah dapat bibik yg baik Dan rajin, buatnya dapat bibik yg suka bergayut tk kemakan hati.
ReplyDeleteTv memang kuat pengaruhnya.
ReplyDeleteSaya pun tak ada bibik. Walau tak ada bini. Semua saya buat sorang.
Alaaa hai anak omak, nak bibik pulak yer...
ReplyDeleteMemang betul NK....betul kata Alisya, mmg seronok ada bibik haha...Lepas masak ada org kemas, lepas makan ada org kemas, baju semua ada org basuh.... Mmg mem sungguhlah haha...Dulu dulu masa anak kecik, adalah bibik. Masa tu gaji baru Rm400 kot..... La ni diri sendiri pulak yg jadi bibik. Dunia sudah terbalik haha...
ReplyDeleteHahaha! Teringin nak berbibik ya, Alisya! Nanti tak tahu buat kerjarumah sampai besar macamana? Asyik nak suruh bibik buatkan aje.
ReplyDeleteNi kes banyak tengok dramalah agaknya, Nora. Macam anak saya, tetiba katanya dia minat drama Duda Pujaan Dara! Entah bila masa dia sempat tengok agaknya!
Hahhaa pengaruh tv kuat sgt ni
ReplyDeleteHaha comelnya dia.. budak2 mmg senang terikut2 tgk tv
ReplyDeleteseronok ya alisha ada bibik....tp bagi unti mama lg best ada dengan kita berbanding bibik...
ReplyDeletebibik-bibik ku. hehehe.. seronok ada bibik kalau bibik yg bakm& rajin. tapi tak seronok kalau dpt bibik yang banyak buat masalah especially masalah sosial. hehe
ReplyDeleteamboy pandai dia mintak bibik kan..hehe.. xpe cakap dia xde bibik lagi best taw.. boleh buat keje rumah sama2.
ReplyDeleteHahah.bukan main request. Nak bibik ya. Hmmm
ReplyDeleteπππ
ReplyDeletehahaha comelnyaa. dulu pun saya selalu kata kat mak, ambillah bibik. tapi mak kata rumah kita bukannya besar macam rumah dato nak ada bibik2 bagai ni xD
ReplyDelete