Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Seingat saya, sejak berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, saya jarang sekali beri Faris dan Alisya gajet, termasuk permainan video game.
Dalam tempoh
enam tahun saya menjadi surirumah sepenuh masa, saya hanya memberi
gajet jika merasakan ada keperluan, seperti menyiapkan kerja sekolah
dan menonton video origami atas pantauan saya.
Jika
tujuannya untuk bermain online games... memang boleh dikira
dengan jari. Hanya beberapa kali saja saya beri keizinan bermain
online games. Itupun dengan had masa 15-30 minit sahaja.
Sekali dua saya izinkan juga main games sampai habis bateri.
Hari ni
Alisya tunjuk saya gambar ni.
Katanya,
"cantik tak OPPO Alisya?" sambil menunjukan helaian kertas
yang saya potong dari buku tulis sekolah mereka tahun lepas.
"Tengok
ni, canggih Ma...," dengan terujanya dia menunjukkan pada saya
aplikasi-aplikasi yang ada di 'telefonnya'.
Banyak apps ni... :p |
Saya seperti
biasalah, apa yang anak-anak tunjuk saya turut excited. "Amboi,
bukan main canggih lagi ni!", jawab saya.
"Boleh Mama pinjam sekejap?" sambung saya sambil belek-belek 'telefonnya'.
"Puteri ni apa?" soal saya.
"Itu
game la Ma... Game princess," jawabnya.
"Tengok
ni... Alisya dah ada Facebook dengan Twitter, nanti Mama kawan dengan
Alisya tau," sambungnya lagi. (Baca sebagai follow)
"Ok...
boleh! Eh ada travel ni. Ni bolehlah nak pergi mana-mana?"
tanya saya.
"Ok Ma
nak pergi mana?" sambil dia keluarkan helaian kertas yang
dilukis aplikasi dan masukkan helaian Google beserta keypad.
Tak ikut 'QWERTY'... :p |
"Em...
Jepunlah", jawab saya. Sambil jari-jari kecilnya seolah menaip
keypad yang dilukisnya.
"Ok,
boleh Ma... ada tiket murah. Nanti kita pergi," kemudian dia
tinggalkan saya yang masih berminat hendak membelek 'telefonnya'.
"Cuba
call Mama, tengok canggih mana telefon Alisya," saja saya
test dia.
"Kejap...",
sambil tukarkan helaian lain yang ada senarai contact.
Jangan main-main ada list contact tau... ^_^ |
"Wah,
senarai contact pun ada!" saya tergelak sendiri. Ditekan kotak
yang dilukis dan tertera perkataan Mama.
"Hello
Ma, Mama sihat?" tanyanya sambil ditekup 'telefon kertas' itu di
telinganya, dan berpaling daripada memandang saya, seolah-olah saya
tidak berada di situ.
Dan 'drama'
itu terus berlaku.
Rasa macam
nak menangis pun ada. Kadang-kadang rasa kejamnya saya, sebab tak
berikan mereka gajet seperti kanak-kanak lain. Tapi sebenarnya, saya
lebih suka bila Faris dan Alisya kreatif seperti apa yang dibuat
untuk hasilkan 'telefon OPPOnya" itu.
Faris tukang
design telefon itu atas permintaan Alisya dan Alisya tukang
lukis semua 'aplikasi telefon OPPO' miliknya.
Itukan
namanya kolaborasi... Kan? >_<
Rasa kejam,
tapi suka idea kreatif mereka.
kreatifnya depaaaa!!!
ReplyDeleteada positifnya bila x dedahkan anak2 dgn gajet. tgk zaman2 kita dulu. x de gajet tp mereka boleh je berkreativiti dgn benda sekeliling
kreatif allysa..:)
ReplyDeleteSebenarnya tak kejam.. Malah membantu imaginasi anak-anak lebih berkembang.. Pada sayalah.. Saya juga menyekat penggunaan gadjet kepada anak saya..
ReplyDeletekalau takde gajet pun, masih banyak benda boleh main
ReplyDeleteTakde kejamnya. Aida rasa sgt bagus.
ReplyDeleteAida skang tgh cerai kan izzat dgn gajet.
Agak sukar!
Kakak2 nyer da lama free gajet.
Canggih ni. Apa pun ni semua proses pembelajarannya.
ReplyDeleteZH Blogger
alalala comel dan kreatifnya.. risau jgk tgok kanak2 skrg asek dgn gadget je.. sampai x peduli keadaan sekeliling.. baguslah akak buat mcm ni
ReplyDeletesaya pernah intern dekat tadika, dan memang sangat beza antara student yang selalu dengan gadget dan mak ayah dia tak bagi gadget. Budak yang tak biasa dengan gadget ni saya namapak memang akan lebih kreatif dan pandai bersosial (berani) daripada yang suka dengan gadget, lebih diam dan tak suka berkawan. Jadi teruskan kak mendidik anak-anak :)
ReplyDeleteAllah, creativenya Alisya dan Faris.
ReplyDeleteMungkin zura pun ada sedikit perasaan sedih kak sebab kita tak bagi gadget tapi tak apalah kakak. Nanti mereka akan faham.
Kreatifnya Alisya.... Awak bagi minum susu apa NK? Dugro kah? haha...Ikut kajian mmg tak elok pun kanak kanak diidedahkan dgn gadget sepanjang masa. Pendekatan yg awak buat ni tak de salahnya pun NK.
ReplyDeleteYg penting mereka tak ketinggalan pun
Bagis sebenarnya..anak2 lebih kreatif tanoa gadget..jp bebudak ni pun dh seminggu rosak..so skang memang free gadget..nmpk perubahan ketara asik ajak buat biti2..byk pretend play..rajin tulis dan baca..
ReplyDeleteEvwb in postive way anak blaja byk benda juga dengan gadget dan pemantauan..sebenarnya lagi baik free gadget
Kakak sangat sokong kanak2 tanpa gajet. Bukan saja kanak2 remaja pun sama...sangat ketara jika mereka tiba2 hp rosak atau tiada internet mereka akan mencari2 aktiviti untuk mengisi"masa lapang" dgn aktiviti sihat..contohnya mama ada apa2 ke nak minta saya buat?...boring tiada internet katanya...
ReplyDelete