Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Sekejapan je
masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah penghujung 2017 dah. Apa
yang berlaku sepanjang 2017? Moga semuanya baik-baik saja... Azam
2017 dah tercapai semuanya? Tak tercapai pun tak pelah... boleh bawa
tahun 2018.
Macam biasa
setiap hujung tahun saya akan kaji dan semak 10 entri terbaik di blog
saya sepanjang tahun tersebut. Apa yang dikatakan entri terbaik ini
adalah entri yang mendapat paling banyak pageview, bagi
entri-entri yang saya tulis sepanjang tahun 2017. Pageview yang
saya rekod ini adalah setakat jam 11.45 malam, 31 Disember 2017.
1.
Shea
Rasol Dalam Kenangan (2900
pageview) -
entri ini ditulis berikutan perginya seorang pengacara SIS yang juga
ikon fesyen remaja/hijabista kerana urachal
cancer. Dijemput
Allah pada hari dan bulan yang baik, bulan Ramadan. Shea Rasol juga
merupakan adik kepada rakan sekolah saya. Kehilangannya juga turut
dirasai oleh para blogger.
2. Tips
Mudah Susun Buku Sekolah Anak Ikut Jadual (1294
pageview) - sejak
cuti sekolah bermula, memang saya perasan entri ini yang paling
banyak dicari di blog saya. Nak hujung-hujung cuti ni lagi rancak
trafiknya, mungkin kerana para ibu sedang membuat persediaan untuk
buka sekolah nanti. Ada juga yang email
dan mesej
bertanyakan lanjut tentang kaedah yang saya kongsikan ini. Moga Allah
permudahkan urusan semuanya.
3. Hari
Orientasi Tahun 1(738
pageview) - entri
ini saya tulis ketika Hari Orientasi Alisya tahun lepas. Basically,
apa yang saya
kongsikan adalah persediaan yang perlu anak-anak lakukan sebelum hari
orientasi dan persediaan ibu bapa dari segi dokumen yang perlu dibawa
pada hari orientasi tersebut. Mungkin info ini antara yang dicari
oleh para ibu bapa yang anaknya nak masuk Darjah 1.
4. Hotel
The Shore, Melaka (701
pageview) - entri
ini adalah perkongsian santai percutian tidak dirancang. Apa yang
menariknya, entri ini mendapat perhatian encik wartawan dari majalah
travel,
Backpackerz, untuk
dimuatkan dalam ruangan Inap majalah tersebut. Saya ada tulis di
entri Blog
Saya Dalam Majalah Backpackerz Vol. 20. Teruslah menulis para
blogger,
mudah-mudahan ada peluang entri kita dimuatkan dalam majalah.
5. Apa
Menariknya Filem Tombiruo: Penunggu Rimba (533
pageview) -
walaupun filem ini tidak pecah panggung, namun saya rasa teruja dapat
jadi sebahagian daripada mereka yang menyokong karya penulis novel
thriller Malaysia,
Ramlee Awang Murshid. Apapun, tahniah buat keseluruhan team
yang menghasilkan
filem terbaik untuk Malaysia.
6. Terharu
Dengan Mesej Cikgu Pasti Alisya (498
pageview) - entri
ini sekadar coretan kenang-kenangan buat saya dan Alisya. Bila baca
balik still rasa
terharu. Alisya kalau baca entri ini pun dia akan cakap, rindu
kawan-kawan semua...
7. Mini
Karnival Didi & Friends @ IOI City Mall, Putrajaya (489
pageview) - entri
ini adalah sekadar makluman kepada rakan-rakan blogger
dan rakan-rakan
media sosial saya ketika itu, tak sangka pula ia jadi antara carian
terbanyak di blog saya. Saya rasa mungkin orang cari info lain
berkenaan Didi
& Friends,
tapi sebab tersenarai dalam search
engine, then orang
klik.
8. Support
Bisnes Kawan, PK Bundle (402
pageview) - wah,
tak sangka, ramai juga yang cari info pasal PK
Bundle, bisnes
bundle milik
penulis blog http://puankutu.blogspot.my/.
Saya kongsikan apa yang saya beli melalui bisnes bundlenya.
Kalau ada yang nak cari cadar, buku, sarung bantal, soft
toys versi bundle,
boleh cuba cari di
PK Bundle yea...
Moga PK Bundle
terus maju.
9. 5
Menu Sahur Pembuka Selera (427
pageview) - entri
ini memuatkan 5 resepi pembuka selera ketika sahur. Biasanya bulan
Ramadan saya akan standby
salah satu menu ni
sebagai pembuka selera. Maklumlah waktu sahur ni susah sikit nak
makan, tapi dengan adanya menu ni, laju je makan sahur... hehe
10. Resipi
Mudah: Pulut Mangga (388
pageview) - dalam
entri ni saya kongsikan resipi mudah buat pulut mangga. Kalau nak
beli di luar harganya RM5 satu bekas... buat sendiri dapat makan
puas-puas.
So,
inilah 10 entri terbaik blog saya sepanjang 2017.
Berikut
adalah screenshot 10 entri yang kerap dibaca sejak blog
DialogUda ini ditubuhkan (2004 - 2017)
Tujuan saya
rekodkan entri terbaik 2017 ni, adalah sebagai panduan untuk saya
kaji entri bagaimana yang menjadi topik dan tumpuan pembaca blog. Ia
juga sebagai salah satu kaedah untuk perbaiki penulisan dan
perkongsian saya pada masa akan datang.
Selamat Tahun Baru 2018 buat semua yang membaca blog saya. Moga Allah berikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, umur yang berkah, memberikan hidayah, meringankan tubuh badan untuk melakukan ibadah dan memudahkan segala urusan kita sepanjang tahun 2018 nanti. InsyaAllah, amin...
Nora Karim
2018, please be nice to us...
tahniah..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih.
DeleteSaya tertarik pada topik no. 2 tip susun buku cara mudah.
ReplyDeleteInsya allah akan jadi ikutan
entri resepi mmg sentiasa hit!
ReplyDeletewaaahhh! tahniah uda. saya suka baca entry2 awak
ReplyDeletetahniah
ReplyDeleteTahniah dan semoga consistent berblogging ye
ReplyDeleteTahniah sis.. Semoga terus berblog..
ReplyDeleteTahniah NK.... Teruskanlah menulis. Sebagai rakan blogger, saya tumpang gembira dengan kejayaan kengkawan.
ReplyDeleteTahniah..teruskan menulis utk masyarakat..wah dasat tak komen.haha..
ReplyDeleteTq nora terselit juga entry PK bundle disitu..tq😘😘😘