Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Berikut adalah perkongsian ilmu daripada Ustaz Wadi Annuar, melalui rancangan Alam Barzakh terbitan TV Al-Hijrah, yang sempat saya catatkan untuk bacaan umum. Moga bermanfaat ya.
1. Alam
barzakh terbahagi kepada dua, iaitu;
- lubang-lubang neraka
- taman-taman syurga
2. Di alam
barzakh dan akhirat, tiada lagi yang namanya ibadah. Tiada lagi
solat. Tiada lagi baca Al-Quran. Tiada lagi sedekah.
3. Sebaik
sahaja roh keluar daripada jasad, tiada lagi ibadah dan tiada lagi
tidur.
4. Yang
berada di lubang-lubang neraka, tiada rehat kerana sentiasa di azab
sehinggalah tiupan sangkakala kedua.
5. Kelebihan
mereka yang berada di taman-taman Syurga:
- berjumpa dan berbual dengan roh-roh yang lain
- diluaskan kuburnya seluas mata memandang
- dapat melihat istananya di Syurga daripada kuburnya
- dapat menghidu wangi-wangian Syurga daripada kuburnya
6.
Realiti-realiti di alam barzakh;
- roh-roh yang ditempatkan di taman-taman Syurga, tidak akan dapat berjumpa dengan roh-roh yang berada di lubang-lubang neraka.
- roh orang yang hidup boleh berjumpa dengan roh yang telah meninggal dunia - Surah Az-Zumar, ayat 42: "Allah memegang roh seseorang setelah kematiannya, Allah juga memegang roh orang yang hidup ketika dia sedang tidur, selepas berjumpa, Allah memegang semula roh orang yang telah mati dan melepaskan roh orang hidup yang sedang tidur untuk pulang semula ke dalam tubuhnya, sehingga ajalnya tiba nanti."
- roh-roh yang berada di alam barzakh boleh mendengar beberapa perkara yang disampaikan oleh mereka yang masih hidup:
- ketika orang yang hidup memberi salam ketika di tanah perkuburan (assalamualaikum ya ahlal kubur) - ahli kubur dengar dan boleh menjawabnya
- penghuni kubur boleh mendengar derapan kasut orang yang terakhir meninggalkan kuburnya
7. Kisah
masyhur Tsabit bin Qais yang mati syahid ketika berperang dan datang
berjumpa seorang sahabat yang sedang tidur, memberitahu:
"Wahai
fulan, ketika aku mati, perisai berharga aku telah diambil orang.
Orang itu, membawa perisaiku ke rumahnya di hujung kem. Rumahnya ada
seekor kuda, perisaku diletakkan di bawah periuk besar, dan di
atasnya diletakkan pelana kuda. Sebaik kamu jumpa perisaiku,
berikanlah kepada Khalifah Abu Bakar untuk dijual. Aku ada beberapa
hutang yang belum dilangsaikan. Langsaikanlah hutang-hutangku dengan
duit daripada perisaiku itu."
Maka
keesokkan harinya, sahabat tersebut mencari perisai Tsabit bin Qais
dan menyerahkannya kepada Saidina Abu Bakar. Maka Saidina Abu Bakar
menjual perisai tersebut dan melangsaikan hutang Tsabit bin Qais.
8. Jika seseorang yang hidup, mimpi berjumpa roh orang yang telah meninggal dunia dalam keadaan yang tidak baik, maka sedekahkanlah sesuatu buat si mati.
- sama ada membacakan Al-Fatihah,
- mendoakan si mati
- berilah sedekah atas nama si mati
9. Antara
sebab seksa kubur:
- melalaikan solat
- membaca Al-Quran kemudian melupakannya
- tidak bersuci setelah membuang hadas kecil
- bercakap bohong
- tidak membayar zakat
- corak kehidupan yang berlebih-lebihan
- memakan riba
- rasuah
- memfitnah sesama saudara Islam
- khianat terhadap amanah
- enggan menolong sesama muslim
- meminum arak
- berzina
- membunuh
Marilah
sama-sama kita mengejar redha Allah, moga ketemu di Syurga.
InsyaAllah...
allahuakhbar seram seram baca. semoga kita tergolong dalam yang bertuah mendapat perlindungan dan rahmat-Nya.. amin..
ReplyDeletesemoga kita berada dalam peliharaan ALLAH sentiasa...amin...
ReplyDeletesemoga kehidupan diberkatiNya..
ReplyDelete