Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Bookcafe. Show all posts
Showing posts with label Bookcafe. Show all posts

Saturday, July 23, 2016

Buku Latih Tubi SASBADI

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Siapa yang tak kenal dengan penerbit buku-buku rujukan dan latih tubi SASBADI ni. Dulu masa zaman saya sekolah pun, memang Sasbadi jadi salah satu penerbit untuk buku-buku rujukan dan latih tubi saya. Sekarang penerbit buku-buku rujukan dan latihan ini masih bertahan dalam pasaran. Hebatkan! 

Sesiapa yang ada anak yang akan menduduki peperiksaan penting tahun ni, seperti UPSR, PT3 dan SPM, tapi masih belum ada buku latihan, bolehlah dapatkan buku-buku Sasbadi ini di Bookcafe.  

http://goo.gl/wBscvl

Kenapa kena ada buku latih tubi?

1. Perbanyakkan latihan agar anak-anak mudah mengingati apa yang dipelajari.
2. Membiasakan diri anak-anak dengan format dan jenis soalan peperiksaan.
3. Memberikan idea kepada anak-anak untuk menjawab soalan-soalan latihan, serta menyemak semula jawapan berdasarkan buku teks dan rujukan.
4. Buku latih tubi biasanya merangkumi setiap tajuk yang diajar di sekolah.
5. Buku latih tubi disediakan oleh guru-guru berpengalaman luas dalam menyediakan set soalan peperiksaan. 

https://goo.gl/1QJCdA

Ha, nampak tak dah banyak buku yang sold out. Jangan tunggu lagi, tak perlu ke kedai pun, anda hanya perlu pilih buku-buku latih tubi Sasbadi di sini, buat bayaran dan tunggu buku-buku ini sampai di hadapan pintu rumah anda. Senangkan sekarang, semuanya dihujung jari! Jimat masa! 

Saturday, May 07, 2016

Buku Kanak-kanak: 40 Tokoh Islam

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jika semalam saya dah kongsikan buku kegemaran Alisya, hari ni saya nak kongsikan buku kegemaran Adam Faris.

Buku 40 Tokoh Islam ni adalah antara buku yang Faris suka baca... https://goo.gl/OGdY2f

Penyebab Faris suka baca buku ni adalah kerana dia sangat familiar dengan nama Ibnu Sina. Nama Ibnu Sina ni dulu adalah nama kelas sekolah agamanya di Melaka dulu.

Dia jadi excited bila baca tentang kepakaran Ibnu Sina. 
 
Faris: Alisya tau kenapa Ayies masuk kelas 1 Ibnu Sina dekat sekolah Melaka dulu?

Alisya: Tak tau. Kenapa?

Faris: Sebab Ayies pandai Matematik. Orang yang pandai Matematik je boleh masuk kelas 1 Ibnu Sina.

Alisya: Iye ke?! Bukan tu sebab nama sekolah agama ke?!

Faris: Iye, betul. Kalau 1 Khawarizmi sebab orang tu pandai pasal Matematik dengan mata sekali. Ayies mata tak pandai la.. tapi Matematik pandai. (Ceh... confident level memang tinggi ni... saya rasa nak pecah perut tahan gelak)



Alisya: Iye ke?! Kalau macam tu Alisya pun pandai Matematik la... sebab Alisya sekolah Pasti Ibnu Sina. Tapi Alisya baru pandai tambah dengan tolak je... (Aduh saya memang rasa nak guling-guling dah gelak)

Faris: Eh betul la tu... Alisya pandai tambah dengan tolak je, sebab tu Alisya sekolah Pasti Ibnu Sina je. Ayies lebih sikit.. pandai darab... (Abang dia memang kelentong habis adik dia..)

Saya: Itu nama kelas dengan nama Pasti je lah, sempena nama orang hebat zaman Nabi SAW. Kalau belum pandai Matematik pun akan masuk kelas atau Pasti tu.. sebab nama je... Ibnu Sina bukan takat pandai tambah, tolak dengan darab je, tapi lebih daripada tu. Tau tak injection yang cucuk kat tangan tu? Tu Ibnu Sina la kenalkan... Peta tau peta? Ha... peta pun Ibnu Sina yang lukis...

Krik.... krikkk... krikkk...

Tak lama lepas tu Alisya jerit:
ABANG NI MENIPU JE TAU KAN?!

Guling-guling saya dengan Faris gelak...

Anak-anak saya bukanlah suka membaca sangat... Tapi disebabkan mereka tengok saya suka baca, dan ada pula buku warna-warni yang menarik macam ni, mereka pun suka. Dan kadang-kadang bila mereka dapat debat something yang macam ni memang seronok melayan...

Pendek kata, buku ni pun menarik untuk anak-anak belajar tentang Tokoh-tokoh Islam.

40 Tokoh Islam
Harga asal: RM28.00
Diskaun 50% hingga 9 Mei: RM14.00 saja!
Klik https://goo.gl/OGdY2f
Rugi tak beli...

Labur duit untuk ilmu, insyaAllah takkan rugi... :D

Sharing with love,
Nora Karim :*

Friday, May 06, 2016

Buku Kanak-Kanak: Seronoknya Mengenal Rasulullah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 


Sesi membaca macam ni memang selalunya dalam kereta, masa tunggu abang Faris keluar dari sekolah.

Hari ni ulang balik buku Seronoknya Mengenal Rasulullah SAW. Buku ni antara yang Alisya suka. 
 
Bila baca info no.46, "Rasulullah SAW lebih pemalu daripada seorang gadis." 
  Terus Alisya cakap, "Alisya nak jadi pemalu jugalah... nak jalan tunduk je.. lepas tu cakap pun 'slow-slow' je macam Nabi."

"Habis yang selalu jerit-jerit dengan abang tu apa?" saja saya provok.

"Itu masa main je... kalau tak main cakap perlahan-perlahan la..." jawab Alisya.

"Rasulullah SAW, cakap perlahan tak kira masa tau... Baginda kalau marah pun tak dengar macam marah... sebab Baginda selalu cakap perlahan. Walaupun muka Baginda merah menahan marah, Baginda tetap cakap perlahan tau! Tak tinggi suara pun," kengkonon cuba nak explain lah.

"Mama cuba tengok dalam tu ada tulis Nabi banyak cakap tak?!" soal Alisya.

Eh eh eh.. nak cakap Mama dia banyak cakap la tu!


Apa pun saya just nak beritahu, buku ni bagus untuk kenalkan anak-anak dengan sejarah hidup Rasulullah SAW... ada aktiviti juga di belakang buku ini tau!

Harga diskaun 50% buku ini sekarang hanyalah RM4.75. Berminat boleh klik link ini https://goo.gl/LhGxVu. Diskaun hanya sehingga 9 Mei 2016 ini sahaja...


Banyak lagi pilihan buku yang menarik,
klik di sini https://goo.gl/H5dAsm

Labur duit untuk ilmu, insyaAllah takkan rugi...

Sharing with love,
Nora Karim :*

Sunday, May 01, 2016

Kisah "Abang Kawasan Mekah" - Khalid Al-Walid

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya menonton semula rancangan Al-Kulliyyah tentang Panglima Perang Nombor 1 Islam di Mekah (atau bahasa zaman sekarang, "Abang Kawasan Mekah"), iaitu Khalid Al-Walid. 
 
Allahuakbar, garapan dan penceritaan semula oleh Ustaz Wadi Annuar sangat menusuk hati. Bagaimana seorang HERO Islam yang kekal tenang dan yakin pada kebergantungan dan pertolongan dari Allah dalam setiap peperangan, walaupun jumlah tenteranya jauh lebih sedikit berbanding dengan jumlah tentera musuh. Pun begitu, Khalid Al-Walid tidak pernah sekalipun kalah dalam perang yang dipimpinnya. 
 
Khalid Al-Walid adalah anak kepada seorang jutawan Mekah, ayahnya juga adalah salah seorang Menteri di Mekah. Tetapi Khalid Al-Walid tidak berminat dengan kekayaan dan kemasyhuran, sebaliknya lebih cenderung kepada bidang kepahlawanan. 
 
Khalid Al-Walid adalah seorang Panglima Perang yang paling berani dan paling berkemahiran, yang tidak pernah meninggalkan kuda dan pedangnya selama 30 tahun. Khalid Al-Walid berjaya menundukkan tentera terkuat dunia ketika itu, iaitu tentera Rom, sehinggakan Rasulullah SAW menggelarkan Khalid Al-Walid sebagai "Pedang Allah".

Kata Khalid Al-Walid ketika nazaknya, "seandainya diberikan pilihan kepadaku, untuk bersama dengan pengantin wanita pada malam yang pertama di dalam bilik yang selesa dengan berada di dalam medan pertempuran yang keras pada malam gelap gelita dan sangat sejuk, aku memilih untuk berada bersama pasukan tentera Islam."

Anda boleh tonton Al-Kulliyyah tentang Khalid Al-Walid di sini:

1. Bahagian 1


2.Bahagian 2

Tak sabar saya nak dapatkan Novel Sejarah Islam, Khalid Al-Walid yang ditulis oleh Abdul Latip Talib. Jika anda juga ingin mendapatkan buku tentang Khalid Al-Walid ini,boleh klik pada gambar...

https://goo.gl/wF6Ckf

https://goo.gl/87v2dz

Nota kaki: Ustaz pesan, "jika mahu rasa cinta dan kasih yang dalam pada Rasulullah SAW, kenalilah sahabat-sahabat Baginda..."

Thursday, April 28, 2016

Pesta Buku Online @ Bookcafe

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pecinta buku pasti tertunggu-tunggu akan diskaun atau peluang hebat untuk mendapatkan buku-buku yang menjadi idaman sebelum ini. Bookcafe menganjurkan Pesta Buku Online bermula 29 April - 9 Mei 2016. 

Flash Sale selama sejam bagi tajuk-tajuk buku terpilih akan bermula 29 April 2016, dengan harga cuma RM1.00 sahaja! Berikut adalah tips untuk membeli ketika Flash Sale:


TAK SEMUA AKAN BERKESEMPATAN MEMBELI BUKU FLASH SALE. STOKNYA SANGAT TERHAD. JADI KAMI KONGSIKAN TIPS MEMBELI BUKU FLASH SALE.

* BACA DENGAN TELITI *

✔ Pada hari jualan Flash Sale, login dahulu ke akaun anda sebelum jualan bermula (pastikan alamat penghantaran anda betul
✔ Halaman produk Flash Sale HANYA diaktifkan tepat pada masa yang ditetapkan. Jadi anda perlu refresh halaman tersebut beberapa kali dan terus buat pembelian selepas ianya aktif.
✔ Preview halaman Flash Sale telah dibuka kepada anda supaya anda dapat target buku apa yang anda inginkan dan standby pada masa bila jualan Flash Sale buku tersebut akan bermula
✔ Jangan gabungkan pembelian buku Flash Sale dengan pesanan buku lain
✔ Untuk berlaku adil, seorang pelanggan anda dibenarkan membeli 1 naskhah buku Flash Sale sahaja untuk tajuk yang sama
✔ Teruskan membayar selepas membuat pesanan. Pesanan yang lambat dibayar akan dibatalkan (bagi produk Flash Sale). Rujuk terma & syarat.


Jangan lepaskan peluang, jom beli buku HANYA RM1.00! (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...