Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Doa Selepas Azan. Show all posts
Showing posts with label Doa Selepas Azan. Show all posts

Friday, February 07, 2014

Ajar Anak Menjawab Azan...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam penghulu hari (Jumaat),

Perkara yang saya rasa agak sukar mengajar anak-anak yang kian membesar adalah yang berkaitan dengan agama... 

Macam mana nak ajarkan solat... mengaji, puasa (tahun ni kena start ajar Faris berpuasa, sebab dah darjah 1 kan?), pencerahan tentang halal dan haram (bila Faris pernah cakap nak bela anjing, sebab di kejiranan kami mostly Chinese... pernah juga Faris nak sambut Christmas, sebab terpengaruh nak jumpa Santa... puas juga saya nak explain)... dan macam-macam lagilah... (-_-')

Anak-anak seusia Faris dan Alisya dah makin banyak mulut... Banyak yang mereka nak tahu dan explore. Jawapan yang tidak memuaskan hati akan ditanya dan terus ditanya... 

Untungnya, Faris sekolah agama dan mengaji... Pun begitu, ada perkara-perkara lain yang saya ajarkan di rumah, gayanya perlulah lebih santai dan bersahaja, berbanding di sekolah...

Apa yang saya nak kongsi di sini adalah tentang mengajar anak-anak menjawab azan. Walaupun hukumnya sunat, tapi kalau kita buat, ada ganjarannya... InsyaAllah...

Kadang-kadang saya sendiri pun terleka dengan perkara-perkara yang sedang saya buat (contohnya tengah memasak, membaca dan lain-lain)... Sampai ditegur Faris atau Alisya untuk menjawab azan. (Sebaiknya berhentilah bercakap dan melakukan sebarang kerja dan hayatilah azan)

Itulah kelebihan bila kita ajarkan kepada anak-anak, bila kita terlupa/terleka mereka akan ingatkan, seperti mana kita ingatkan mereka. Yang penting kita kena selalu latih mereka... kalau ajar sekali dua je... mustahil mereka akan ingat!

Macam mana nak jawab azan? Sebutlah seperti mana muazin... kecuali pada lafaz “hayya'alas solah” dan “hayya'alal falah”. Kedua-dua kalimat ini, jawablah “la haula wala quwwata illa billah”. 

 
Kemudian, ajarlah mereka membaca doa selepas azan. Seperti biasa yang kita dengar di radio atau di TV.

Saya juga selalu cakap pada Faris dan Alisya... Kalau kita nak apa-apa, nak jadi anak soleh ke... nak jadi pandai ke... nak sihat ke... minta abah dan mama sihat ke, banyak duit ke (baca sebagai murah rezeki)... doalah lepas azan tu... Sebab Allah akan bagi (baca sebagai Allah akan makbulkan - sebab antara azan dan iqamah adalah waktu mustajab doa)...

Alisya selalu doa macam ni, “Ya Allah, adik nak sayang mama, ngan abah, ngan abang sekali... Amin...”

Faris pula doanya begini, “Ya Allah, bagi la Faris mainan baru... Amin...”

^_^ anak lelaki memang begitulah ek?! Tak pe lah... Nanti kita belajar doa lagi ya... 

JOM AJAR ANAK JAWAB AZAN


Nota kaki: Rujukan Rancangan Anta Tanya Ana Jawab (Astro Oasis 106) dan Majalah Al-Ustaz, Isu No 20, muka surat 16.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...