Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Fattabiouni. Show all posts
Showing posts with label Fattabiouni. Show all posts

Sunday, March 02, 2014

Orang Lidi...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Nak mengimbas kembali lukisan-lukisan orang lidi Faris... Kalau tengok balik sure saya tersengih-sengih sendiri... Sebab setiap kali Faris lukis tu saya akan tanya siapa yang dilukis dan kenapa... Jom tengok... (。♥‿♥。) 


Faris ♡ Mama (14.5.2013): Yang kiri tu katanya saya... dan kanan tu Adam Faris... yang garisan luar tu katanya LOVE... "Faris lukis ni sebab, Faris sayang sangat kat mama..." Alololo, sweetnya...


Happy Family (14.5.2013): Tarikh yang sama Faris lukis gambar kami satu family... Dari kiri: Adam Faris, Abah, Mama dan Alisya Farha. Bila saya tanya kenapa lukis gambar ni?! Katanya, "Faris sayang semua... abah, mama dengan Alisya... Kalau tak sayang tak boleh pegang tangan macam ni..."  :p


Riadah time (14.6.2013): Saya pernah tulis entri tentang lukisan ni di sini... Luahan Melalui Lukisan...


Selamat Hari Raya (4.8.2013): Lukisan ni Faris buat dekat Tadika... ni sebenarnya kad ucapan hari raya... Fokus pada orang lidi tu... still 4 orang, dari kiri Abah, Faris, Mama dan Alisya... "Masa hari raya, kita semua pegang tangan... lepas tu pergi raya rumah Mak Ngah (rumah warna hijau)." Bila saya tanya rumah biru tu rumah siapa? Faris jawab, "rumah kita la..." Saya kata, "aik dekatnya rumah kita dengan rumah Mak Ngah?" Faris jawab, "dalam gambar memang la dekat... kalau nak pergi jauh... dekat KL..." (。⌒∇⌒)(Tokono den!!)  


Cinta 3 segi? (9.1.2014): Sejak masuk darjah 1, Faris jarang lukis kami...  sebab dia dah mula nampak kawan-kawan... (So, terasa sedih di situ...) gambar atas yang kiri tu boy, yang kanan tu girl tengah happy. Yang bawah tu boy lain tengah nangis... Ni explanation dia "Boy dengan girl ni kawan sama-sama... Boy ni (yang menangis tu) nak kawan dengan girl tu... Tapi girl tu tak nak... sebab tu dia nangis..." Saya cakap... "Kesian dia... Faris kawan la dengan boy yang nangis tu..." Faris jawab, "tak payah... Faris ada kawan lain..." OK sekarang, Faris pun dah tak de dalam lukisan... hahahah sebab saya tanya mana satu Faris... Selamber dia jawab, "Faris tak de dalam ni..."


Faris lapar (19.2.2014): Faris cakap dia lapar... Tapi saya buat tak tau je (sebab kitaorang baru balik dari jalan-jalan dan dah pun makan), lepas tu dia merajuk... Saya tanya, dia tak nak jawab. Tak lama tu dia bagi saya lukisan atas ni... Saya tanya, "apa ni?" Faris senyap. Saya tanya lagi, "apa ni?". Faris jawab, "Mama tak nampak ke ni Faris lapar... Tengok ni..." (sambil tunjuk-tunjuk lukisan dia) "La... lapar ke? mama ingat Faris kentut... sebab Faris gelak ni..." "Apa pulak kentut...?Ni perut Faris bunyi ni...." Lepas tu dia tergelak besar... (⌒∇⌒)   

Lately ni, orang lidi Faris dah gemuk-gemuk... hehe sebab dia dah nak mula lukis orang dengan betul... Maklum la budak darjah 1 kan ada subjek Dunia Seni Visual.... Bagus juga untuk Faris... Sekarang makin kerap dia melukis...  


Nota kaki: Teringat satu slot rancangan Fattabiouni, katanya melukis adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW... Sebab Rasulullah SAW, gunakan lukisan sebagai salah satu medium dalam menyebarkan dakwah. Ada juga dimaklumkan dalam episod tersebut, barangsiapa yang kerjayanya adalah pelukis, mereka telah melaksanakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah... (^_^)


* * *

Hanya dengan kami di Tupperware Kiyter. (^_^)





Monday, February 17, 2014

Sunnah Nabi SAW: Mengawal Kemarahan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Manusia sering dilanda kemarahan terhadap sesuatu. Marah jika barangnya dirosakkan. Marah jika hatinya disakiti. Marah jika pasukan bola sepaknya tewas. Marah jika ada sesuatu yang berlaku kepada ahli keluarganya. Dan pelbagai lagi perkara yang boleh menyebabkan kita marah, walaupun atas perkara yang kecil.


Ciri Kemarahan Rasulullah SAW

Apabila Rasulullah SAW marah, muka Baginda akan menjadi merah dan urat akan timbul di dahi Baginda. Tetapi Baginda hanya akan marah jika ada alasan yang kukuh.

Rasulullah pernah marah pada Muaz Ibn Jabal sedangkan Muaz adalah antara pemuda kesayangan Baginda. Kenapa?! Kerana Muaz suka membaca surah-surah yang panjang ketika solat.

Ada sahabat yang mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah berpaling kepada Muaz dan bertanya, “adakah kamu hendak memfitnah agama sendiri?”

Sumber gambar: Google


Bagaimana Meredakan Kemarahan?

Rasulullah bersabda bahawa kemarahan merupakan bara daripada api neraka. Kemarahan datangnya daripada syaitan. Syaitan diciptakan daripada api neraka. Hanya air yang boleh memadamkan api.

1. Jika marah, ambillah wuduk.
2. Sebaik berasa marah, beristi'azah kepada Allah SWT. 
(ucapkan أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)
3. Berdoalah kepada Allah SWT agar kemarahan itu dipadamkan.
4. Tinggalkan tempat yang menyebabkan kita marah, supaya kita tidak membuat keputusan yang salah ketika itu.
5. Jika kita sedang berdiri, maka duduklah sehingga berasa tenang.
6. Jika benar-benar sedang marah, maka diam. Kerana kemarahan boleh menyebabkan kita menyebut perkataan yang tidak elok (jika suami/isteri bergaduh, mungkin suami akan terlafaz talak).
7. Ibu bapa dilarang berdoa ketika sedang marah, dikhuatiri akan mendoakan perkara yang tidak baik kepada anaknya.


Empat Golongan Manusia Ketika Marah

Rasulullah SAW menyifatkan manusia terbahagi kepada empat golongan mengikut kemarahan:
1. Golongan pertama: Cepat marah dan cepat reda.
2. Golongan kedua: Lambat marah dan cepat reda.
3. Golongan ketiga: Lambat marah dan lambat reda.
4. Golongan keempat: Cepat marah dan lambat reda.

Daripada keempat-empat golongan ini kata Rasulullah, golongan terbaik adalah golongan kedua, yakni orang yang lambat marah dan cepat reda.

Sesiapa yang dapat menahan dirinya ketika marah, maka dia memiliki salah satu sifat Rasulullah SAW. Dia juga dapat menghayati firman Allah SWT, “katakanlah, jika kamu sayang Allah, maka ikutilah aku. Nescaya Allah akan menyayangi kamu.”

Petikan dari rancangan: Fattabiouni
TV Al-Hijrah (Astro 114)

Jom hidupkan sunnah Rasulullah SAW

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...