Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Blogwalking tadi saya baca entri Kak Malinda tentang Beza Inai Pengantin Dulu dan Kini. Kelakar pula baca entri Kak Malinda tu. Saya sendiri tak ingat dah sama ada masa malam berinai saya dulu, tangan saya bercorak atau tidak. Lama sangat dah... Tapi gagah juga saya mencari gambar-gambar lama yang usianya hampir 10 tahun. Akhirnya jumpa!
Rupanya zaman saya kahwin dulu dah start inai bercorak... saya yang tak ingat. Kalau Kak Malinda tak publish entri pasal inai dulu dan sekarang memang saya pun tak buat entri ni. Kiranya saya ni dalam golongan yang Kak Malinda kata "huntung laaa..." hehehe (^_^)Y
Oh ya, berikut saya selitkan juga hukum pemakaian inai yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah
membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah
telah memutuskan bahawa:
-
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
-
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
-
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Sumber: E-Fatwa (Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak)
Nota kaki: Alhamdulillah, usia perkahwinan saya bulan depan mejangkau 10 tahun... Moga jodoh saya dengan encik hubby kekal sampai ke syurga... Amin.
* * *

