Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Jiran Baru. Show all posts
Showing posts with label Jiran Baru. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Khalisya Si Peramah!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih ingat pada entri yang anak-anak saya dapat surat dari jiran sebelah? Saya ada bercerita tentang Khalisya yang sangat peramah.

Umur Khalisya sama dengan umur Alisya saya, 4 tahun. Orangnya kecil molek, juga sama seperti Alisya saya. Cuma dia rendah sedikit dan berambut kerinting... Tapi tetap comel!

Khalisya ni adalah cucu kepada jiran baru saya tu... yang saya seronok tentang Khalisya ni, dia sangat peramah... Kalau nampak saya keluar rumah, macam-macam soalan keluar dari mulutnya.

"Makcik sihat?!"
"Makcik dah siap masak?!"
"Makcik masak apa?!"
"Makcik dah makan?!"

Macam-macam lagilah soalannya. Tapi saya seronok melayan! Nak kenal Khalisya?! Ini la orangnya, dibelakang Alisya tu...

Sejak akhir bulan November ke bulan Disember ni saya dan keluarga sibuk ulang alik ke KL. Mencari rumah, menguruskan sekolah baru Faris dan Alisya... Maka kami jarang ada di Melaka.

Bila kami balik je ke Melaka, Khalisya tanya macam-macam lagi. Nampak je saya turun dari kereta, terus dia tanya...

Khalisya: Makcik pegi mana? Lama saya tak nampak makcik.

Saya: Balik kampung... Khalisya dah makan?

Khalisya: Dah makan... Makcik balik kampung mana?

Saya: Kuala Lumpur...

Khalisya: Ada apa kat Kuala Lumpur?! Lama sangat makcik pegi sana.

Saya: Acik ada rumah kat sana... Acik jumpa abang, kakak dengan adik acik. Macam Khalisya jumpa abang Iman dengan kak Ain kat rumah lagi satu tu... (Khalisya lebih suka duduk rumah neneknya, kakak dengan abangnya duduk dengan mak ayahnya, kalau tak silap di Umbai)

Khalisya: Makcik tak payah la pegi... Makcik telefon je abang dengan kakak tu... suruh datang sini. (Sebab selalu kalau dia rindu abang dengan kakak dia, dia telefon je suruh datang rumah nenek tu)

Saya: Abang Iman dengan kak Ain duduk dekat je... Boleh la datang sini. Abang dengan kakak acik duduk jauh...

Khalisya: Kalau macam tu makcik pegi sekejap je la... Jangan pegi lama-lama...

Lepas tu dia soal siasat Faris dengan Alisya pula. Comel betul budak ni... Petah pula tu. Abang dia si Iman tu pun banyak cakap... Umur 6 tahun. Tapi kakak mereka si Ain tu pemalu sikit... umur 7 tahun sebaya Faris... Ain tu la yang hantar posto tempoh hari... (^_^)

Nota kaki: Macam mana la agaknya Khalisya bila saya betul-betul pindah nanti... Sedih pula! :(

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, November 17, 2014

Posto! Posto! Hehe...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sabtu lepas, masa kami baru balik dari Pantai Puteri, Melaka, kami nampak sekeping kertas warna pink berdekatan dengan motor encik hubby. Mula-mula cuak juga. Ingatkan surat amaran TNB (sebab sebelum tu kami dah dapat surat warna kuning TNB... :p)


Rupanya ada surat dari jiran sebelah kami (jiran baru). Kawan-kawan AF yang dulu Alisha dan Zafran dan berpindah ke Johor. Sejak Alisha dan Zafran berpindah, Alisya selalu sangat tanya, bila rumah tu nak ada orang. Alisya kata dia bosan tak de kawan. Alhamdulillah akhir Oktober lepas dah ada jiran baru...

(Zaman anak-anak kita sibuk dengan gajet... tapi masih ada yang pegang pensel dan hantar surat/posto untuk berkawan... Siapa kata cara tradisional dah lapuk?) 

Memang ramai budak-budak kecil di rumah jiran baru saya tu... Masa mereka mula-mula pindah masuk, Faris dan Alisya ada la "usha-usha" nak kawan. Tapi mereka agak malu-malu. Sekarang ni mungkin dah ready la kot nak berkawan... Tak percaya?! Tengok ni...


Siap ada tempat kosong kena isi tau!! Hehe cute pula saya tengok! Saya dengan encik hubby tergelak tengok surat tu. Lepas tu saya suruh Faris isi tempat kosong tu dan pass semula pada jiran sebelah. Tak lama lepas tu Faris dan Alisya dah boleh borak dan main dengan jiran sebelah.

Sebenarnya, budak-budak kecil di sebelah rumah saya ni adalah cucu-cucu kepada tuan rumah. Keluarganya besar, anak-anak dah besar. Memang meriah rumahnya dengan suara budak-budak ni. 

Ada seorang cucu akak ni, namanya Khalisya, rambut kerinting... Comel sangat! Umur pun sebaya Alisya saya. Budak Khalisya tu, kalau nampak saya di luar, selalu tegur saya.

"Makcik sihat?"
"Makcik dah masak?"
"Makcik dah makan?"
"Makcik makan apa tadi?"
"Makcik nak pergi mana?" (bila dia nampak saya start engine kereta)
"Makcik buat apa tu?"
"Abang mana makcik?" (tanya Faris mana)
"Makcik dengar baby Adam nangis?" (saya tak sure baby Adam tu adik dia or sepupu dia... maklum la... ramai orang keluar masuk rumah tu... saya pun tak cam... maklum la keluarga besar...)

Kemain la banyak soalan dia... tapi dia memang cute sangat. Nanti ada masa/peluang saya ambil gambar Khalisya, cucu jiran saya.


Nota kaki: Masa encik hubby saya pergi Jepun selama seminggu bulan lepas, tak de la saya rasa takut sangat. Sebab anak-anak jiran saya akan duduk depan rumah sambil main gitar dan berbual... Alhamdulillah... Itulah salah satu hikmah berjirankan?!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...