Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Isnin lepas,
balik dari mengaji Faris beritahu saya bulan puasa nanti nak pergi
masjid hari-hari.

Saya:
InsyaAllah, cuti sekolah panjang bolehlah solat Terawih dekat masjid.
Faris dengan Alisya pun dah besar. Sebelum ni Mama Terawih dekat
rumah je.
Faris:
Er... kawan Ayies cakap, bulan puasa dekat masjid ada BANYAK MAKANAN!
Boleh makan banyak-banyak. Sampai kenyang!
Saya:
La... Mama ingat nak solat Terawih berjemaah. Makan yang difikirnya?
😂😂😂
Sebelum ni
saya pernah tanya, "mana best?! Mengaji dengan Mama ke
mengaji dengan Ustazah?"
Faris jawab,
"mestilah mengaji dengan Ustazah, sebab ada MAKANAN"
Saya tak
tahu pula dekat kelas mengaji tu ada makanan. Patutlah bila saya
suruh makan dulu sebelum pergi mengaji dia tak nak. Rupanya ada
kudap-kudapan. Balik dari mengaji baru dia makan nasi.
Tapi ok
jugalah, kalau mengaji dengan saya tak boleh marah sikit,
berjurai-jurai air mata. Lepas tu cuti berminggu-minggu sebab kena
marah!
😅😅😅
Perwatakan
Faris dan Alisya sangat berbeza. Betullah cakap orang, ramai mana pun
anak, bukan semuanya serupa, biarpun keluarnya dari rahim yang sama.
Faris
orangnya lembut, jiwanya sensitif.
Alisya
orangnya garang, jiwanya tegas.
Faris jenis
yang sempoi, lurus, dia malas fikir yang rumit.
Alisya jenis
yang berwawasan, rajin fikir (mungkin sebab dia suka baca buku).
Kalau nak
fahamkan Faris, kena lukis... sebab dia jenis visualize.
Kalau nak
fahamkan Alisya, boleh cakap je sebab dia pendengar yang baik.
Faris kalau
borak dengan dia, jangan fikir akan sampai matlamat cerita. Sebab dia
kurang fokus, sebaliknya banyak soalan-soalan yang tak berkenaan dia
akan tanya.
Sebaliknya
kalau borak dengan Alisya, matlamat cerita tu InsyaAllah sampai.
Sebab dia fokus. Dia tanya soalan, tapi soalan tu memang berkaitan.
Bagi Faris
terapi untuknya adalah makanan, origami, Lego (atau apa-apa mainan
yang boleh dibina/dipasang) dan komik.
Terapi untuk
Alisya pula adalah buku cerita, buku nota dan pen/pensil sebab dia
suka melukis dan menulis nota, selain minat utamanya membaca.
Nampak tak?
Sangat berbezakan? Anak-anak anda bagaimana? Disebabkan perbezaan
sifat dan perwatakan inilah yang menjadikan ibu bapa perlu peka dalam
memastikan emosi anak-anak terjaga. Jangan sampai ada yang rasa
seperti disisihkan.
Nora Karim
Seorang yang
pemalu. Siapa percaya?
* Faris 10
tahun : Alisya 7 tahun *