Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, October 27, 2007

Kisah Faris Kena Inject...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni Faris pergi check up. Nak inject 3 bulan... Saya dengan Encik hubby rasa Faris tak boleh inject sebab dia selsema... Tapi nak jumpa doktor juga sebab lately Faris susah nak buang air besar... kadang-kadang tu sampai 4 hari baru buang air besar...

Berat Faris setakat hari ni, 5.85 kg... Saya ingat berat Faris dah lebih 6 kg... Sebab sekarang kalau mandikan Faris, saya tak boleh pegang sebelah tangan je... dah terasa pegang Faris ni...

Masuk bilik doktor, Faris terus je tegur doktor tu... tah apa dia cakap tak tau la... lepas tu gelak-gelak... Doktor kata tak pe inject Faris... Sebab Faris tak demam... cuma selsema sikit je... Masa letak Faris atas katil, saya dengan Encik hubby ingat dia dah nak menangis... tapi lain pula... dia borak lagi dengan doktor... sampai doktor inject tu mulut dia still bising... dia tak menangis pun sebab asyik sangat borak dengan doktor tu... doktor tu lak layan je... kelakar pun ada... keluar dari bilik doktor baru Faris menangis... Agaknya baru terasa sakit... :p

Wednesday, October 24, 2007

Faris Selsema...



Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kesian anak mama ni... Selsema pula... Badan dia pun kejap panas.. kejap sejuk... Semalam saya dengan Encik hubby bawa Faris pergi klinik... doktor kata Faris tak demam... cuma selsema sikit... tu pun doktor kata tak de apa-apa... sebab hidung Faris tak tersumbat...

Hari ni saya pun MC... pagi ni bangun... Saya pun selsema & demam... Kesian dekat saya juga... tapi lagi kesian pada Faris... sebab dia asyik tidur je... letih makan ubat kot... dia bangun masa nak susu je... selain dari tu... dia tidur je...

Gambar ni saya ambil masa di klinik... Faris tidur je... dia nampak letih sangat... Get well soon baby...

Wednesday, October 17, 2007

Faris Beraya..!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

First time Faris sambut raya... Yey! Di usia 3 bulan apa la yang dia tahu... tapi tak pe la... Yang penting saya dan Encik hubby rasa sangat meriah adanya Adam Faris.. :-)

Faris si anak abah...
Faris dengan Mak Teh
Pak Anjang, Pak Usu & Kak Nani
Acik Ika...
Acik Pae...
 

Monday, September 03, 2007

Cukur Rambut



Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni saya dengan Encik hubby hantar Faris ke kedai gunting rambut untuk cukur rambut. Tak berani nak buat sendiri... Sebab tu hantar kedai... Faris tak menangis pun masa orang tu "mesin" rambut dia... sebab dia tengah tidur. Malah makin lena...

Tengok... kemain lena lagi...

Sunday, September 02, 2007

Majlis Aqiqah Faris...



Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah rezeki Faris... Majlis aqiqah dia Tok Alang yang sponsor... saya tak sempat lagi nak ambil gambar dari kamera kakak saya... InsyaAllah nanti saya masukkan... yang ada gambar Faris dengan Abang Arfan sebelum majlis tu start...

Sepanjang majlis Faris ok jek.. cuma masa orang gunting rambut dia.. dia terkejut-kejut, dah settle semua baru Faris menangis... Nak susu...

Terima kasih Tok Alang... sebab sponsor majlis aqiqah Faris....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...