Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya!

Assalamualaikum & salam BOLA Malaysia…

Saya tidak punya banyak masa untuk post new entry… Sangat sibuk sekarang… sibuk dengan Audit Sirim dan final exam… apa yang saya nak tulis di sini hari ini, hanyalah TAHNIAH kepada skuad HARIMAU MUDA MALAYSIA yang telah berjaya mempertahankan pingat EMAS di Sukan SEA semalam… Semoga kejayaan ini sedikit sebanyak ‘menyuntik’ semangat baru bagi para pemain dan juga rakyat Malaysia… TAHNIAH… TAHNIAH… TAHNIAH… Anda memang HEBAT!! (clap… clap… clap… walaupun saya beberapa kali juga terlelap ketika menonton perlawanan tersebut… ya ampun….)

Jom nyanyi lagu ni… Lagu Semangat – Harimau Malaya… 




Sekali sekala layan lagu ni best juga...  selamanya.. selamanya... selamanya... Harimau Malaya, hey le le le le le oohh ooohh ooohh, Hey le le le le le Aaahh aahh.. aahhh  :p

Wednesday, November 09, 2011

Bila Abang Ajar Adik...

Assalamualaikum dan salam ziarah,

Satu hari, Faris dan Alisya sedang bermain di ruang hadapan rumah... Adakalanya mereka sangat baik bermain bersama.... Adakalanya bercakaran!! Selalunya si Abang yang akan menangis tanda kalah... Ooo jangan tak percaya..., Si kecil molek Alisya... Dia memang garang!! Sekali dia 'naik tangan' maka, tersedu sedanlah si abang menangis...

Hm.. bukan kisah 'buli abang' yang saya nak cerita hari ni... tapi nak cerita tentang keperihatinan si abang untuk mengajar adiknya mengenal benda yang ada disekelilingnya... Baik mari kita mulakan...

"Adik... adik... ni KO...PET..." si adik yang sedang sibuk memegang mainan tak pedulikan abangnya... Lalu si abang mencuba lagi...

"Adik... adik... KO...PET..." sambil tangannya menunjukkan KOPET... Lalu si adik nampak berminat... dan mula menyebut...

Tuesday, October 11, 2011

ABC Sign Language...

Assalamualaikum dan salam ziarah... :D

Hari ni ada satu benda menarik yang saya find out melalui Internet dan nak share dengan anda semua. Sedang saya buat nota pasal nonverbal communication untuk subjek Interpersonal Communciation, saya terjumpa satu video yang mana menunjukkan ABC dengan menggunakan bahasa isyarat/tangan (yang juga dipanggil sebagai emblems)... 

Dulu saya pernah menggunakan bahasa isyarat/tangan ni, dengan kawan baik saya... (syyyhhh...bila ada gosip, rahsia, tak nak org lain tahu... saya gunakan ABC sign language ni...) Sebenarnya seronok tau, sebab kita buat benda yang orang lain tak tahu.. Hahahah... :p  

Wednesday, September 28, 2011

Nak Kentang, Bukan Tangan...!!!

Assalamualaikum dan salam singgah...

Ooo ya.. Adam Faris masih minum susu botol.. :p
Ooo hari ni encik hubby balik dari Mesir... Katanya sampai Kuantan dalam jam 11 malam... Hm.. tapi bukan itu yang saya nak cerita... :p Nak cerita tentang keletah anak bujang saya... yang dah semakin pandai mendesak!!

Hari ni saya masak sayur campur + begedil ayam + sambal ayam. Disebabkan saya seorang dan tak mahu anak-anak mengganggu di dapur, saya masakkan kentang goreng untuk mereka. Saya cuma buat dua biji kentang yang bersaiz sederhana... dah siap, saya letak dalam bekas dan mereka berkongsi makan...

Sambil-sambil mereka makan, saya siapkan apa yang patut di dapur... Tak lama kemudian... Faris masuk dapur dengan bekas kentang goreng yang dah kosong...

Tuesday, September 20, 2011

Bukan Mudah Buat Keputusan...

Assalamualaikum & salam beraya...

Saya tak plan untuk semuanya... Perkhabaran itu membuatkan saya rasa sedih... Saya pernah berharap agar perkhabaran itu tidak benar... Tapi siapalah saya untuk menghalang ketetapan yang telah ditentukan olehNya... Separuh perasaan saya... "Ya, saya sangat gembira!" Tapi separuhnya... "Saya sedih untuk melaluinya..."

Ini luahan hati saya yang sangat ringkas... Maaf hati saya sedih, fikiran saya bercelaru... Nanti saya tulis lagi...

Salam sayang buat rakan blogger sekalian... 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...