Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, September 12, 2012

Alisya Mengamuk!!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Semalam saya ambil bantal busuk Alisya nak masukkan dalam mesin basuh ketika dia masih lagi nyenyak tidur... Tak sampai 5 minit saya ambil bantalnya dia dah terjaga dan meraung marahkan saya... 

"Nak bantal... nak bantal..." Alisya terus meraung. Kemudian saya dukung dan berikan bantalnya dan terus menuju ke mesin basuh...

"Ok letak bantal... Bantal Alisya busuk la..." kata saya...

"Tak oleh..." sambil pegang kuat bantalnya. Saya terus juga pujuk... Saya ambil sarung bantal abangnya dan katakan bantal abangnya juga busuk... Lalu masukkan sarung bantal abangnya dalam mesin...

Alisya tengok je sarung bantal abangnya yang dah pun basah dalam mesin basuh... Dia tengok bantalnya dan cium beberapa kali sebelum dicampakkan dalam mesin tadi... (wah, berhasil juga taktik saya... hahahha)

Setelah 45 minit... bila mesin dah siap... Alisya berlari nak dapatkan bantalnya... Mungkin dia fikir, bila dah siap boleh pakai terus bantal tu... bila saya masukkan dalam bakul dan angkat keluar rumah, Alisya menangis lagi... 


Sunday, September 09, 2012

Alhamdulillah... Berkat Doa Semua...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah setelah seminggu berada di Sunway Medical Centre... Kakak ipar saya kini semakin pulih. Terima kasih buat semua yang telah mendoakannya... moga anda semua diberkati, dirahmati dan berada di bawah lindungan Allah S.W.T.

Semalam saya berkesempatan untuk menziarah Kak Nor bersama encik hubby dan anak-anak serta Kak Pura (kakak saya)... Alhamdulillah... Saya rasa sangat lega dan bersyukur bila tengok Kak Nor berseri setelah dua hari menjalani rawatan (dua hari juga saya tidak menziarah Kak Nor kerana encik hubby bekerja)... 

Masa kami sampai di hospital, Kak Nor baru selesai solat Zohor. Ya betul... Kak Nor dah boleh solat (sambil baring), malah dah boleh makan dan minum sendiri. Alhamdulillah syukur... Jika sebelum ni Kak Nor tak larat nak angkat tangan, hanya terbaring je... Sedih tengok... Tapi alhamdulillah, sekarang dah beransur sihat.

Menurut perkiraan doktor kak Nor akan diberi rawatan di hospital dalam 5-6 hari lagi... (Lamanya...!) tapi tak pe lah... asalkan kak Nor benar-benar sihat bila dah keluar dari hospital nanti... Semoga semua rawatan berjalan dengan lancar dan tanpa kesulitan... Moga kak Nor segera keluar hospital, dengan sihat seperti biasa.... Amin... InsyaAllah...   


Untuk rekod: Kak Nor disahkan menghidapi Autoimmune disease, (badan yang menyerang sel-sel di dalamnya...)  oleh pakar darah, Dato' Dr Vijaya Sangkar. Dan treatment terus dilakukan bermula malam 5 September 2012 lalu. Hasilnya hari ini kak Nor nampak lebih bersemangat... Alhamdulillah...  


Thursday, September 06, 2012

Faris Cirit-Birit

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ala.. Kesian Faris... hari ni dia cirit birit... tak tau la apa silapnya... nak kata saya makan bukan-bukan tak de rasanya... Hari ni patutnya Faris buat test buah pinggang, tapi sebab dia cirit-birit, test tu tak boleh buat... so kena la tunda ke minggu depan...

Faris nampak letih je... sebab air dalam badan dah makin kurang... dari jam 10 malam (5 November) - sampai 10 malam (6 November) dah 5 kali Faris buang... Setiap kali lepas susu, Faris akan buang... bila dah buang, dia akan terus tertidur... petang tadi pergi klinik... & doktor bagi air garam dengan ubat cirit-birit... kesian Faris...  harap Faris cepat sembuh...
Ubat cirit birit ni tak larut pun dalam susu...

On the way ke klinik... Kesian anak mama ni... :(

Wednesday, September 05, 2012

Get Well Soon, Kak Nor...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Semalam kami menziarah kakak sulung encik hubby yang sedang sakit di Sunway Medical Centre. Kami bergegas pulang ke KL apabila mendapat berita Kak Nor dimasukkan ke wad pada petang Isnin lalu...

Melihatkan keadaan Kak Nor rasa sedih sangat... Ye la, selama ni tak pernah tengok dia sakit macam tu... Lebih-lebih lagi kami baru je berjumpa di Marang pada raya ketiga lalu... Memang la Kak Nor demam dan nampak tak berapa sihat... Tapi dia tetap nampak kuat, melawan sakitnya ketika tu...
  
Ketika kami sampai, Kak Nor baru selesai menjalani scope. Tidak berapa lama kemudian, Kak Nor dibawa turun semula untuk x-ray dan CT scan. Keadaan Kak Nor nampak sangat-sangat lemah. Mungkin kerana terpaksa menjalani pelbagai ujian/treatment bagi mengenalpasti penyakit yang ditanggungnya ketika ini. Namun sehingga lewat petang, doktor masih lagi belum dapat mengesan penyakitnya...

Moga Kak Nor tabah dan redha dalam menghadapi kesulitan ketika ini... Mudah-mudahkan kak Nor dikurniakan kesabaran oleh Allah di atas ujian ini. Moga Kak Nor cepat sembuh dan ceria seperti sediakala... Amin...

"Sesungguhnya moment yang paling indah dalam kehidupan 
adalah meluangkan masa bersama orang yang tersayang 
(ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai dll...)  
ketika sihat mereka,
kerana kita mungkin tidak akan tegar 
ketika melihat mereka dalam kesakitan..." 

Nota kaki: Anak kedua Kak Nor akan menghadapi UPSR tak lama lagi... Moga Adik tabah hadapi semua ni... Good luck Adik!

Sunday, September 02, 2012

Beraya Sakan!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam Aidilfitri,

Amboi... Kemain lama penulis blog ni "bercuti"... :P Ada yang sampai hantar email tanya kemana menghilangnya saya... Sorry la kawan-kawan blogger sekalian... Bila sehari dua dah cuti menulis... makanya  berat sikit la nak mula balik...

Alhamdulillah dah pun pertengahan bulan Syawal... Sana sini pun orang masih sibuk menziarahi rakan-rakan dari sebuah rumah ke rumah yang lain... Alhamdulillah moga ikatan silaturrahim terus terjalin erat... 

Tema PINK tahun ni... :D
Buat diri saya, alhamdulillah raya tahun ni agak meriah... maklum la encik hubby bercuti seminggu dan kami beraya sakan. Bertolak ke Gombak pada malam raya dan terus masak untuk raya esoknya. (Oh ya... menu kami adalah Nasi Tomato, ayam masak merah, rendang tok, nasi impit, kuah kacang (yang ni mak lang yang buatkan... sebab kuah kacang mak lang best!) Sayangnya, tak sempat nak ambil gambar langsung sebab masing-masing sibuk. Memang tak teringat langsung! Haish!)

Raya ketiga, kami berangkat ke Marang (sebelah encik hubby). Sempat kami singgah ke pusara arwah ayah dan mak encik hubby di Cerul... Dapat la bermalam di Marang dua malam... Sambil menziarah sanak saudara sebelah encik hubby... Hari Khamis, kami sempat la singgah Kuantan untuk menjenguk pengasuh Faris dan Alisya... Seronok sangat la anak-anak bermanja dengan Mak Chu yang dipanggil "mak"... Siap mak suapkan makan lagi...! Amboi...! (Oh ya... Mak Chu masak sedap sangat untuk kami makan malam tu... ayam goreng (untuk anak-anak), ayam sambal (uish my favorite), asam pedas ikan tenggiri dan sayur... Sedap betul makan...! Terima kasih Mak Chu...) Then sempat juga saya beraya di E'wasih Homestay milik Eiyta.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...