Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, December 24, 2016

#MyTravelokaEscapade: Tempat-tempat Menarik di Tokyo, Setanding di Osaka & Kyoto!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ada orang tanya, dah pergi Jepun lepas ni nak pergi bercuti di mana? Jawapan saya, masih nak ke Jepun. 😜 Kenapa masih Jepun? 

Sebenarnya hari tu saya cuma pergi Osaka dan Kyoto. Sedangkan di Jepun masih banyak lagi bandar yang perlu diterokai. Dan salah satunya adalah Tokyo. Apa yang ada di Tokyo? Jom nak cerita...  

(Pemberitahuan: Gambar-gambar adalah sepanjang saya bercuti di Osaka dan Kyoto, rasa bersalah pula nak ambil gambar dari Google. 😩)

1. Pusat bandar Shibuya dan Shinjuku
Di bandar Osaka, tidaklah sesesak bandar-bandar di Tokyo. Teringat dulu ketika menonton Jejak Jepun Zizan, dikatakan Shibuya merupakan salah satu pusat bandar Tokyo yang tersibuk. Kesibukan di bandar ini adalah kerana terdapatnya pelbagai pusat membeli-belah dan hiburan bagi masyarakat Jepun di Tokyo mahupun para pelancong. 

Dotonbori, Osaka
Pusat hiburan seperti ini banyak di Jepun, termasuklah
pusat karaoke...

Di bandar ini juga terdapat taman riadah dan berkelah iaitu, Taman Yoyogi. Kalau ada taman-taman seumpama ini wajib pergi tau, sebab anda akan teruja melihat keindahan, lebih-lebih lagi kebersihan taman-taman tersebut seperti mana ketika kami melihat Bamboo Forest di Kyoto.

Bamboo Forest, Kyoto
Shinjuku juga merupakan tempat tumpuan pelancong kerana terdapatnya pelbagai pusat membeli-belah dan hiburan. Jangan pelik pula jika anda dapati banyak sangat pusat hiburan di Jepun. Di tempat-tempat inilah mereka berkunjung bagi melepaskan tekanan bekerja.  

Tarikan utama di Shinjuku adalah Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town dan Metropolitan Government Office. Di sini juga terdapat pelbagai pasaraya besar.

Roppongi
Di Jepun terdapat banyak muzium dan menara. Kita sedia maklum yang muzium banyak dibina kerana masyarakat Jepun sangat menghargai sesuatu. Malah muzium-muzium ini dijadikan tempat wajib dikunjungi oleh para pelajarnya

Masa kami berjalan-jalan di Osaka dan Kyoto juga, boleh nampak pelajar-pelajar Jepun berkunjung ke muzium dan beriadah di taman-taman berhampiran. Istilah kita di Malaysia ni, lawatan sambil belajar. 😃 Begitu juga dengan pelbagai menara yang ada. 

Osaka Castle Park
Pelajar-pelajar ni nampak happy je dengan aktiviti sekolah.
 
Di Roppongi ni ada beberapa tempat yang wajib dikunjungi seperti Muzium Seni Mori, Taman Mori, Menara Mori dan jangan ketinggalan bagi melihat pemandangan seluruh Tokyo dari dek pemerhati Roppongi Hill.   

Osaka Museum of Housing and Living
Memang macam-macam jenis muzium di Jepun
di Tokyo pun ada banyak...
Osaka Museum of Housing & Living
Yang bestnya di sini, pengunjung boleh cuba
pakai Kimono...
 
Odaiba 
Orang kata nak tengok bangunan yang cantik, menarik dan canggih di Tokyo ni, kenalah jejakkan kaki ke Odaiba. 

Odaiba bermaksud kubu, yang dulunya dibina bagi mempertahankan Tokyo daripada diserang musuh. Namun kini ia, telah diubahsuai menjadi tempat tarikan pelancong.

Harajuku dan Omotesando
Sepanjang kami di Osaka dan Kyoto, sekali dua je kami terserempak dengan orang Jepun yang pakai kostum menyerupai watak anime. Itu pun masa kami melalui beberapa mall dalam perjalanan balik ke Osaka.  

Di Osaka dan Kyoto, kebanyakkannya memakai baju yang kemas dan nampak sangat berkarisma. Oh ya, ada... di America Mura, Osaka. Kami sempat juga duduk sekejap memerhati 'kemeriahan' remaja yang memakai kostum anime.

America Mura, Osaka
Masa ni masing-masing dah penat, nak ambil gambar
orang pakai kostum pun tak larat.
Encik hubby pakej demam dan batuk masa ni...
Kalau nak tengok lebih ramai remaja Jepun yang memakai kostum seperti watak-watak anime, punk dan sebagainya kena berkunjung ke Harajuku dan Omotesando. Mana tau dapat ambil gambar dengan depa. 😝

Tokyo Skytree
Tokyo Skytree merupakan menara penyiaran televisyen dan dikenali sebagai mercu tanda Tokyo. Tempat ni mungkin Faris takkan naik, sebab dia gayat. 😅  

Dulu masa kami naik Umeda Sky Building, saya dan Alisya je naik sampai atas. Sejuk, dengan rintik-rintik hujan... Alahai kenangan. Kalau dapat ke Tokyo, kena masuk list tempat ni... 

Umeda Sky Building, Osaka
Encik hubby dan Faris confirm tak nak naik Tokyo Skytree 😄
masa ni pun diorang tak naik...
 
Tsutenkaku, Osaka
Memang banyak tower di Jepun ni...
Taman Negara Shinjuku Gyoen
Taman ini merupakan salah sebuah taman tradisional yang tertua di Jepun. 

Taman seluas 144 ekar ini siap dibina pada tahun 1906 dan menjadi salah sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi, terutamanya pada musim bunga Sakura sekitar bulan Mac dan April. Mesti cantik kalau dapat tengok bunga sakura masa tu... Ah, teringin!

Disneyland dan Disneysea Tokyo
Saya percaya tempat ini adalah yang paling menarik buat anak-anak, ia adalah taman tema berdasarkan filem-filem animasi Walt Disney. Disneyland Tokyo adalah taman tema pertama Walt Disney yang dibina di luar Amerika Syarikat. Jika Disneyland dibina untuk menarik perhatian kanak-kanak, Disneysea pula adalah taman tema tarikan untuk golongan dewasa. 

Masa kami  ke Osaka tak pergi pun Universal Studio, kerana melihatkan harga tiket yang mahal ketika tu. Hampir-hampir juga nak masuk sebab dah sampai Osaka pun kan... tapi itulah... mungkin belum rezeki nak ke sana.  

Tapi, Kaiyukan Aquarium pun syok juga! 😄 So, nampak tak, keseronokkan di Disneyland dan Disneysea pasti lebih berganda! Teringin juga nak tengok watak-watak animasi Walt Disney depan mata kan?!

Kaiyukan Aquarium, Osaka
Kalau dapat pergi Disneyland Tokyo, mesti lagi excited
budak dua orang ni!

Gunung Fuji
Siapa yang tak kenal dengan Gunung Fuji kan?! Gunung tertinggi di Jepun. Menariknya Gunung Fuji ini dikelilingi oleh lima tasik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko. Dah terbayang-bayang dah kecantikan sekitar Gunung Fuji ni!

Arashiyama, Kyoto.
Subhanallah tempat ni memang cantik,
bayangkan macam mana Gunung Fuji...
mesti lagi cantik!

Jalan Nakamise
Sepanjang Jalan Nakamise ini dikatakan terdapat pelbagai cenderahati Jepun yang unik dan menarik. So, kalau tercapai impian ke Tokyo dengan Traveloka memang kena masukkan tempat ni dalam itinerary. Masa saya ke Osaka dan Kyoto dulu, punyalah susah nak cari cenderahati Jepun. 

Masa di Arashiyama/Sagano jumpalah tempat beli cenderahati, tapi kami tak beli banyak sebab merasakan harganya agak mahal. Sekali bila balik semula ke Osaka, kami dapati harga cenderahati di Sagano lebih murah. Menyesal tak sudah dibuatnya! 😭     



Antara cenderahati yang sempat kami beli di sekitar
Osaka dan Kyoto

Memang bertuahlah kalau dapat meneroka Tokyo dengan Traveloka! Terbayang-bayang udara yang segar dan kebersihan yang tahap maksimum di Jepun. Bayangkan, berjalan dalam hujan pun kami rasa happy sangat... 

Osaka... hujan pun kami happy! 😃

Nota kaki: Jika anda juga berminat untuk turut serta dalam Traveloka Online Contest seperti saya, klik https://blog.traveloka.com/en/online-contest/. Traveloka akan merealisasikan impian percutian anda tau. Jom sertai, mana tau rezeki boleh menang!You need a holiday lah! 😄

Friday, December 16, 2016

Kisah Di Kedai Buku Sekolah...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ketika saya berada di kedai buku sekolah anak-anak saya;

Pembeli: Dik, akak nak beli buku-buku yang akak tanda ni je yea... (sambil hulur list buku yang dah siap bertanda)

Staf kedai buku: Yang ni kena beli kak.

Pembeli: Betul ke kena beli? Sebab akak tak cukup duit ni... Nak beli keperluan sekolah yang lain-lain lagi.

Staf kedai buku: Betul kak, ni buku tulis... memang pakai dalam kelas. Sekejap saya tunjuk contoh... (lalu diberikan contoh buku yang perlu dibeli tu...)

Pembeli: Oo kena pakai yea... oklah akak beli... tapi yang tak perlu beli akak tak nak ye dik... Tolong ye dik... (beberapa kali akak tu ingatkan staf kedai buku yang dia tak nak benda yang dia tak perlu)

Staf kedai buku: Buku kerja nanti dah masuk kelas, kalau cikgu nak pakai akak baru suruh anak beli yea.

Pembeli: Ha ah... Sebab yang tahun-tahun lepas cikgu tak pakai pun... anak dok bawa la hari-hari pergi sekolah. (Sambil pandang saya dan senyum) Ni pun, berapa kali dah kira-kira ni. Beli mana yang MEMANG PERLU BELI JE. Anak ramai... baju sekolah, kasut semua pun belum beli lagi. Paling-paling tidak pun kena beli sepasang yang baru. Baju-baju tahun lepas insyaAllah boleh pakai lagi...

Sedih saya dengar...

*** Kalau ikutkan, memang banyak yang kita boleh jimat dalam list buku sekolah ni. Macam buku tulis tu memang kita perlu beli. Tapi kedai buku ni pandai, ada 3 bahagian ditandakan (WAJIB BELI) dan 2 bahagian lagi ditandakan sebagai pilihan. Sedangkan perkara-perkara yang WAJIB BELI tu dah ada perkara yang memang TIDAK PERLU pun. Tetapi ia telah dibungkuskan sekali. Dan ibu bapa WAJIB BELI bungkusan tersebut. 
 
Contoh: Dalam ruangan buku tulis, telah dibungkuskan sekali pembalut buku tulis, buku sifir, kertas lukisan, pensil khat, fail dan lain-lain. Buku-buku tulis dah diikat sekali dengan book band (berharga RM5.50). Sedangkan book band tu kita tak perlu pun... 
 
Sebenarnya ibu bapa BERHAK untuk tidak membeli perkara yang tidak perlu. Pihak kedai buku sekolah pun TAK BOLEH PAKSA ibu bapa untuk beli. Macam contoh kamus dwibahasa dah tentu-tentu masa Faris dulu kita dah beli. Takkan nak beli setiap tahunkan? Timbang rasalah sikit, sebab kita memang tak perlukannya pun.

Macam gambar untuk buku Alisya tu, sepatutnya saya boleh jimat RM65. Sebab book band, pembalut buku tulis, fail, buku lukisan, pencil khat, buku sifir, buku kerja... Alisya tak perlu pun... Itu belum masuk perkara yang tidak perlu untuk Faris... LAGIII BANYAK YANG TAK PERLU... Buku latihan kerja sampai 3 set dia suruh beli (berlainan terbitan). Tapi sebab saya suka stationary dan buku saya bayar je... walaupun duit tak berapa nak ada juga... (sebab kes dah bungkus sekali dengan yang wajib beli)

 
Saja diikat buku tulis dengan book band harga RM5.50,.
beserta lain-lain benda yang tak perlu. Kena bayarlah...
sebab dah siap bungkus...
Faris punya lagilah banyak benda tak perlu....
Buku kerja tambahan pun sampai 3 set!

Tapi saya respect staf kedai buku sekolah anak saya ni, dia jujur bila akak tu kata dia cuma nak beli buku-buku yang perlu saja... Tolak ansur, sebab bukan semua ibu bapa mampu nak beli perkara-perkara tambahan yang kedai buku tuliskan sebagai WAJIB BELI...

Jadi ibu bapa jangan takut untuk cakap pada staf kedai buku yang anda tidak perlukan perkara-perkara yang anda tidak perlu... 

Saya berikan sedikit tips membeli di kedai buku sekolah:

1. Ambil dulu list buku dari kedai buku. 

2. Kemudian tanda buku mana yang anda nak beli, jumlahlah dan hanya bawa duit secukupnya sahaja.

3. Masa di kedai buku, jika diminta jumlah lebih dari yang anda dah kira di rumah, minta dia keluarkan barang yang anda tak perlu tu. 

4. Atau jika anak anda dah besar (darjah 3 ke atas) dan boleh beli sendiri di kedai buku, anda tandakan buku yang perlu dan sertakan duit secukupnya dalam sampul duit. Kepilkan sekali dan biarkan anak anda beli sendiri di kedai buku pada hari pertama persekolahan bermula. 😛
 

Nota kaki: Teringat dulu jiran saya di Melaka, bila diberitahu pada kedai buku sekolah anaknya yang dia tak nak beli buku Kamus J-Qaf dan beberapa perkara lain, dia dimarahi oleh staf kedai buku tu. Haih, bukan semua orang mampu nak beli benda-benda yang sememangnya kita tak perlu pun... Janganlah paksa... kan?!

https://goo.gl/m8OeJp


Thursday, December 15, 2016

Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ha... siapa lagi yang belum tukar kad ATM/debit Maybank yang lama kepada yang baru? Tinggal tiga hari je lagi tau! Kalau tukar selepas 18 Disember ni nanti, kena bayar pula. So, sementara masih ada masa, bolehlah tukar segera.


Nak tahu cara paling mudah untuk tukar kad debit Maybank ni? Anda boleh tukarkan kad lama anda dengan yang baru sepantas 1 minit! Iye... betul, seminit je! Anda hanya perlu cari kiosk layan diri di cawangan-cawangan berikut:

1. Cawangan utama Kuala Lumpur
2. Cawangan TTDI
3. Cawangan USJ Subang Jaya
4. Cawangan KLCC
5. Cawangan Jalan Gombak
6. Cawangan The Reef, Rawang
7. Cawangan Klang
8. Cawangan Bandar Baru Ampang
9. Cawangan Pandan Indah
10. Cawangan Jalan Kelang Lama
11. Cawangan Puchong Jaya
12. Cawangan MID Bandar Baru Bangi
13. Cawangan Kajang
14. Cawangan Seremban
15. Cawangan Port Dickson
16. Cawangan Nilai
17. Cawangan Muar
18. Cawangan utama Melaka
19. Cawangan Taiping
20. Cawangan Alor Setar
21. Cawangan utama Pulau Pinang
22. Cawangan Kangar
23. Cawangan Kuala Terengganu
24. Cawangan Bukit Ubi
25. Cawangan Kota Bharu
26. Cawangan Batu Pahat
27. Cawangan utama Johor Bahru
28. Cawangan Mid Valley
29. Cawangan KL Sentral
30. Cawangan Aeon Mall Shah Alam

Dah jumpa kiosk ni apa yang anda perlu buat?

1. Masukkan kad ATM/debit lama anda, pilih bahasa dan tekan no PIN.

2. Masukkan MyKad, dan anda akan diminta untuk melakukan pengesahan cap jari (thumbprint verification). Untuk mendapatkan kad baru, anda perlu lulus pengesahan cap jari.

3. Sebaik sahaja lulus pengesahan cap jari, kad debit baru versi chip & PIN dan resit transaksi akan keluar. Anda boleh terus menggunakan kad debit baru tersebut di mana-mana mesin ATM dengan no PIN kad lama anda. 

Resit transaksi penukaran kad
Mudahkan?! Semudah ABC!

Alhamdulillah saya sendiri dah buat dengan hanya menggunakan kiosk layan diri tersebut. Tak perlu ambil nombor, tunggu berjam-jam... Hanya cari kiosk, cepat dan mudah. Jangan tangguh lagi tau!

Nota kaki: Encik hubby saya hari tu tukar kad dekat kaunter, gagah dia tunggu dua jam lebih. 😂😂😂 Leceh pula tu, bila dah dapat kad baru dia kena beratur pula di mesin ATM untuk tukar no PIN, sebab di kaunter hanya diberikan PIN sementara. Kesian... 😜😜😜


* * * * *

https://goo.gl/zvQ1qr


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...