Assalamualaikum
dan salam ziarah,
"Kenapa
tak tulis ?" tanya saya.
"Entahlah,
dia punya isi tu macam tak ngam dengan apa yang aku nak tulis. Ada
'mood tracker' la... 'cash flow' la... bajet itu ini. Benda-benda tu
bukan kita pakai sangat pun," jawabnya seolah kesal membeli
planner.
Ramai
sebenarnya yang beli planner.
Tapi kosong
sampai ke hujung tahun.
Betul juga,
sebab planner yang dah siap bercetak ni, kadang-kadang apa yang kita
tak nak, ada dalam tu. Tapi kalau saya, saya gunakan je semua, ubah
ikut kesesuaian saya.
Hari ni dah
16 Januari.
Pada mereka
yang dah ada planner tapi tak pasti nak gunakan macam mana, sempat
lagi nak isi.
Jom saya
kongsi bagaimana saya menggunakan planner yang telah siap bercetak:
1. Pen: saya
gunakan pen berwarna biru (catatan semasa), hitam (saya gunakan untuk
'tick' saja) dan merah (catatan penting). Contohnya: jika Faris atau
Alisya perlu membawa barang untuk keperluan subjek tertentu minggu
berikutnya, saya akan gunakan pen berwarna merah.
2. 'Correction tape': dulu zaman saya guna 'liquid paper', sekarang 'correction tape'. Ini wajib ada, mana tahu tersilap tarikh ke salah tulis ke. Saya gunakannya juga untuk 'adjust' apa yang saya nak ada dalam planner saya. Contoh: saya tak perlukan 'cash flow box', dan saya tukarkan kepada 'FB/Blog Update'.
Dan
perkara yang paling penting, balut planner anda. Planner yang dibalut
kemas, insyaAllah tidak mudah rosak. Maklumlah kita nak pakai
setahunkan.
Apa
kelebihan menulis planner?
1.
Mengatur aktiviti harian
2.
Mengurus masa
3.
Meningkatkan produktiviti
4.
Mengurus tekanan
5.
Habit dan ibadah tracking
6.
Buat kenang-kenangan
Planner,
pembantu kanan saya.














