Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Suri rumah. Show all posts
Showing posts with label Suri rumah. Show all posts

Monday, February 10, 2020

8 Tip Agar Pinggan Mangkuk Tidak Berlonggok Dalam Singki


Melihat pinggan mangkuk yang berlonggok di dalam singki sedikit sebanyak mengundang rasa marah dan stres.

Lebih-lebih lagi, apabila setiap isi rumah hanya mengharapkan si ibu untuk menyelesaikan tugasan itu.

Mencuci pinggan mangkuk sebenarnya bukan tugas hakiki si ibu. Setiap penghuni dalam rumah, perlu ada rasa tanggungjawab pada pinggan mangkuk yang tidak dicuci atau sekurang-kurangnya bertanggungjawab pada pinggan mangkuk sendiri.

Perkara-perkara di bawah, mungkin boleh menyelesaikan masalah singki dipenuhi pinggan mangkuk yang kotor.

1. Pasang singki bersaiz standard kerana ia lebih mudah untuk diurus. Jika memasang singki yang besar dan dalam, potensi untuk pinggan mangkuk berlonggok dan tidak dibasuh adalah lebih tinggi.

2. Didik setiap ahli rumah untuk mencuci sendiri setiap cawan, gelas, pinggan dan sudu yang mereka gunakan. Latih anak untuk mencuci pinggan seawal usia mereka dua tahun. Ya, dua tahun! Eh, tapi bukan pinggan kaca tau. Mula-mula, pasti kebersihannya tidak menepati piawaian. Tetapi dengan tunjuk ajar yang kerap, mereka akan dapat mencuci dengan baik. Dengan rutin mencuci pinggan sendiri ni sebenarnya, kita sedang mengajar anak-anak tentang nilai tanggungjawab dan kerjasama. Oh, jangan lupa, didik pasangan kita juga, perkara yang sama.

Ni masa Faris 6 tahun... still tak ditelangkupkan
pinggan yang dah basuh. Tapi sekarang dah pandai... 

3. Buat jadual atau giliran mencuci pinggan mangkuk selepas makan, bagi anak-anak yang telah berusia tujuh tahun ke atas, termasuk suami. Kaedah 'take turn' ini insya-Allah menimbulkan rasa ihsan, terutamanya kepada ibu yang telah melakukan tugas memasak.

4. Cuci periuk, kuali, tapisan, sudip, senduk dan segala peralatan yang digunakan, sepanjang proses memasak. Maknanya sambil tunggu ayam yang digoreng atau sambil tunggu sup mendidih, cuci peralatan memasak yang telah digunakan. Dengan cara ni, apabila kita siap memasak dan lap dapur, singki pun dah bersih.

5. Atau guna saja satu kuali ketika memasak. Ya faham, jika kita gunakan lebih dari satu kuali, jimat masa memasak. Tetapi, penambahan peralatan, akan menjadikan kerja-kerja mencuci jadi berganda. Tapi tetap tak salah kalau nak guna lebih dari satu kuali. Semua atas skill mengemas dan mencuci masing-masing.

6. Hadkan jumlah pinggan mangkuk di rumah, mengikut jumlah penghuninya. Semakin banyak pinggan bersih di rak, maka makin tinggi potensi untuk penghuni rumah melonggokkan pinggan mangkuk yang kotor.

7. Mengikut kata orang tua, singki yang ditinggalkan kotor sepanjang malam akan mengundang jin ke dalam rumah. Wallahua'lam... tapi kalau bukan jin pun, dah tentu cicak, lalat, lipas, semut malah tikus juga akan bertandang. Penyakit pun sudi menjenguk. Jadi pastikan singki telah dibersih sebelum masuk tidur.

8. Kata orang tua lagi, pinggan yang kotor dan tidak dibersihkan menjadi sebab rezeki susah nak masuk ke dalam rumah. Orang lama-lama ni memang cakap berlapik, penuh hikmah. Tinggal kitalah, sama ada nak ikut atau tak.

Nota tambahan:
a) sentiasa cuci dan bersihkan bekas pencuci  pinggan mangkuk.

b) tukar span pencuci sekerapnya. Jangan biarkan span sehingga hitam atau lunyai. Span sebenarnya lebih banyak mengumpul kuman dan bakteria, yang boleh mengundang penyakit.

Nora Karim
Sendiri pakai, sendiri cuci. ðŸĪŠ
Jemput Follow saya juga di Telegram t.me/dialoguda



Marvel Maths: sesuai untuk anak-anak yang takut dengan subjek Matematik, terutamanya nombor besar. 

Sifirlicious: Memuatkan 9 kaedah mahir sifir. Bukan semua anak boleh menghafal, jadi ajar mereka BINA SIFIR. 

Modul Pantas Matematik: Merangkumi topik Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Ketiga-tiga topik ini sangat penting dalam Matematik. 

Pecutan UPSR: Calon UPSR akan diajar cara mudah menjawab Kertas 1 dan cara 'mencuri markah' dalam Kertas 2. 

Mathzier: Tuisyen online Matematik Tahun 4, 5 dan 6 bersama Cikgu Fadli. Langgan setiap bulan atau pilih topik yang anak lemah. 

Klik t.me/celikmatematik untuk link pembelian.

Friday, January 31, 2020

Kaedah Menabung Ala Suri Rumah

Selain diet, menabung juga antara satu bab yang dijadikan azam setiap awal tahun. Perkataan menabung ni mudah je sebut. Tapi nak buat dengan istiqamah tu yang susah. Samalah macam diet! 

Awal tahun 2019 dulu, saya cuba untuk menabung. Tapi asal sesak je saya akan keluarkan hasil tabungan. Proses keluar masuk duit ni, berterusan hingga bulan Jun 2019. 

Lalu saya memikirkan apa kaedah yang boleh saya lakukan, supaya tabungan saya 'tidak dirompak' oleh saya sendiri. 😅 

Bila tengok orang di Facebook update tentang hasil tabungan, nampak mudah je. Siap boleh simpan duit sekeping RM50 dan RM100 setiap minggu... memang wow sangatkan? 

Tapi itu memang bukan kemampuan sayalah. Saya tak bekerja, jadi saya tak bolehlah nak menyimpan sampai RM50 dan RM100 setiap minggu. 

Fokus tabungan saya, duit RM5.

Maka, saya cuma fokus untuk simpan duit warna hijau atau RM5 sahaja dulu. Setiap kali ada duit RM5 dalam dompet, saya akan terus simpan dalam tabung.   

Duit RM20 pula saya akan masukkan sebulan sekali. Nak buat sesuatu yang kita belum pernah buat, memang kena mulakan dengan sesuatu yang kecilkan? Tak apalah walau nilainya kecil, yang penting MENABUNG. 



Oh ya, saya beli tabung yang tidak boleh buka di Daiso, berharga RM5.90 saja. Kira nak buka tu nanti, kena pecahkan. 

Sebelum tabung dipecahkan.

Saya pilih tabung yang boleh dilihat isi di dalamnya (transparent, bukan tin) dan bersaiz agak besar. Saya suka tabung yang transparent macam ni. Buat saya lebih bersemangat nak masukkan duit sampai penuh.   

Saya letakkan syarat pada diri sendiri, bahawa tabung hanya boleh dibuka pada 1.1.2020 atau jika duit sudah tidak boleh dimasukkan lagi ke dalam tabung tersebut (penuh). 

Alhamdulillah, saya dah buka pun tabung setengah tahun 2019 saya pada 1.1.2020 yang lalu. Hasilnya... saya dapat 'menyelamatkan' sebanyak RM1005. Ha, siapa nak bagikan? 

RM1005 😍. Siapa nak bagikan?

Saya pun tak sangka banyak tu yang dapat saya simpan. Sekarang ni, Faris dan Alisya pun excited bila dapat baki duit RM5 sekeping. Berlumba-lumba masukkan dalam tabung. 

Bak kata orang putih, 'never too late to start'. Jangan ikut nilai simpanan orang, tapi simpanlah mengikut kemampuan kita. Mulalah bila-bila pun... tak semestinya masa tahun baru je. 

Tabung RM5 2020 saya. 😁

Saya ringkaskan cara saya menabung: 
1. Beli tabung yang tidak boleh dibuka. 
2. Simpan semua duit warna hijau atau RM5. 
3. Simpan duit warna oren atau RM20 sebulan sekeping. 
4. Tetapkan tarikh matang untuk tabung dipecahkan. 5. Simpan dalam bank hasil tabungan. 

Tahniah, anda telah berjaya menabung. 🎉 

Jom mula menabung... 
Follow saya juga di Telegram, t.me/dialoguda

Artikel ini ditaja oleh Produk Herba, Siti Zubaidah 

Friday, January 04, 2019

💖 Terima Kasih Faris 💖

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam ibu jari kanan saya luka, sebab alah pada serbuk pencuci. Sakitnya bukan main lagi.

Berdenyut-denyut.

Dari awal pagi dah menahan sakit bila buat kerja-kerja rumah. Tak tahan sangat rasanya.

Saya tangguh masak lauk untuk tengah hari. Terfikir nak beli nasi ayam je untuk Faris lepas ambil dia dari sekolah nanti.

Di sekolah, saya baru perasan ibu jari yang luka tu dah berdarah. Sakit jangan cakap.

Nampak luka sikit je, tapi...
dia punya denyut tak boleh tahan.

"Faris nak makan nasi ayam atau nasi kukus ayam berempah?" tanya saya sebaik Faris masuk kereta.

"Mama tak masak lagi?"

"Belum, jari Mama sakit ni. Ingat petang sikit baru Mama masak," saya tunjuk ibu jari yang luka. Terus Faris capai tisu di depannya, dan lap darah yang keluar.

"Nak beli nasi ayam ke?"

"Tak payahlah. Ayies masak je lah."

"Nak masak? Nak masak apa?"

"Ayam kunyit dengan telur dadar."

Sampai je rumah dia terus mandi dan solat Zohor. Lepas tu masuk dapur. Pakai apron.

Boleh katakan semuanya dia yang buat. Saya cuma pantau dan tolong sikit-sikit.


"Macam ni rupanya penat masak," tiba-tiba dia bersuara, sambil duduk mengelap peluh di bangku biru.

"Ha, tau pun... ni baru sikit ni. So, lain kali jangan cakap 'lauk ni je ada?', 'tak de kuah ke?', 'lauk ni Ayies tak suka'. Apa yang Mama masak, makan je."

Dia tersingih.

Garu kepala.

"Mana Ayies tau macam ni penatnya. Kurang-kurang macam lari satu padang."

Saya tergelak. Penat sangat bunyinya tu.

"Tapi terima kasih tau, sebab tolong Mama masak ni. Walaupun penat baru balik sekolahkan... Tapi hari ni, insyaAllah banyak pahala Ayies dapat. Pahala tolong Mama. Pahala masak untuk semua orang. Nampak sedap ni, bau pun dah buat rasa lapar."

Dia nampak excited nak saya rasa masakannya. Mukanya yang tadi nampak letih dan penat, dah mula berseri-seri. Mata pun dah bersinar-sinar bila diberi pujian dan apresiasi.

Anak-anak ni sangat suka bila dipuji. Maka janganlah kedekut, beri mereka pujian. Pujian akan membuatkan mood anak-anak bertambah baik.

Lepas puji, saya pujuk dia untuk masuk tuisyen, terus setuju tau! Nampak tak?!

Belajar sesuatu? 😉

Nora Karim
Pujian tak perlukan belanja besar pun, yang penting ikhlas.


Saturday, December 15, 2018

Suri Rumah Juga Perlu Waktu 'Bertenang'

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Para peserta Bengkel Penulisan
Komrad Buku

"Kak, kau dah pandai menulis... tapi kenapa kau masih pergi bengkel penulisan?" kata seorang rakan berpangkat adik pada saya.

"Saja... tambah ilmu," jawab saya ringkas.

"Aku tengok kos pergi bengkel ni bukan murah kak. Yang ni RM100 yang hari tu kau pergi RM350 kan? Yang 'online' hari tu pun ratus-ratus juga harganya. Tu belum masuk 'e-book' penulisan dan buku-buku yang sekali sekala kau borong bukan main banyak tu. Kau kan tak kerja, macam mana kau bayar, kak?"

Lalu panjanglah perbualan kami bercerita tentang itu ini, begitu begini.

Rasanya tak ada apa yang pelik bila seorang suri rumah tidak bekerjaya melakukan apa yang dia suka.

Contoh pergi bercuti bersama rakan-rakan baik, menghadiri seminar atau bengkel, malah membeli apa yang disukainya.

Tujuannya satu.

Hilangkan stres!

Tugas seorang suri rumah ni, sama beratnya dengan mereka yang bekerja. Jika orang yang bekerja memberikan 'reward' kepada diri sendiri sebaik dapat gaji, samalah seperti kami.

Tak ada beza pun.

Cumanya yang bekerja boleh beli atau lakukan terus apa yang dihajati sebaik dapat gaji bulanan. Tapi kami, kena bersabar dan menyimpan sikit-sikit.


Macam saya, minat saya lebih kepada penulisan dan buku. Jadi saya simpan sikit dari pemberian suami setiap bulan.

Kadang-kadang RM50, kadang-kadang RM100, kadang-kadang RM200 ikut berapa yang saya mampu simpan untuk bulan tersebut.

Saya tak membeli sangat baju baru, seluar baru, tudung baru, 'handbag' baru atau apa sajalah yang baru. Selagi semuanya masih elok, maka itulah dipakai sampai betul-betul rosak.

Yang penting adalah keperluan rumah dan keperluan anak-anak. Keperluan sendiri tu boleh 'adjust' ikut masa yang bersesuaian.

Biasanya saya akan membeli sesuatu yang saya suka hanya apabila ada jualan murah.

Contohnya, untuk belian pukal atau borong buku-buku, saya tunggu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Big Bad Wolf atau jualan gudang 'online' dari rumah-rumah penerbit. Memang jimat banyak.

Penting ke untuk suri rumah buat apa yang dia minat?

Sangat penting!

Kalau tak nak stres, maka uruslah masa agar dapat buat apa yang kita minat. Suami pun kenalah bertolak ansur. Beri masa dan peluang untuk isteri 'refresh' daripada rutin harian.

Suri rumah juga perlu waktu bertenang...

Macam mana nak bertenang?

Buatlah apa yang kita suka.



Nora Karim
Suri rumah tak bergaji.

Wednesday, February 03, 2016

Wordless Wednesday #59

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Betul tak? Betul tak? Rasanya betullah... (^_^)
 Apapun, buatlah takat yang kita mampu... sebab kerja-kerja surirumah ni tidak akan pernah habis, baik untuk surirumah sepenuh masa mahupun yang separuh masa...


Artikel berkaitan:



Pelbagai lagi artikel di bawah label Suri rumah! (^_^) 

-->

Thursday, October 25, 2012

Manisnya Menjadi Surirumah! (^_^)

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ketika nak approvekan komen dari blogger dashboard ni, saya sangat tertarik dengan satu komen yang ditinggalkan oleh NAD. Komennya seperti berikut:   


Betapa saya juga merasakan apa yang Nad rasakan... Dulu ketika awal perkahwinan, saya dan encik hubby berlainan negeri hingga hampir setahun lamanya. Lebih memburukkan keadaan apabila saya cuti Sabtu dan Ahad, manakala encik hubby tidak tentu cutinya... (sebab encik hubby wartawan yang cutinya 2 hari seminggu, dan memang jarang kena hari Sabtu dan Ahad

Satu hari ketika saya menziarah makcik saya di Sentul, dia ada menasihatkan saya... bahawa tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya... walau di mana suami berada, di situlah sepatutnya isterinya juga... Ketika itu juga saya sedang mengandungkan anak sulung saya, Faris (maklum sajalah sejak saya berkahwin, pakcik dan makcik lah tempat saya menumpang kasih sayang dan mendapatkan nasihat... Mak dan ayah saya tak sempat pun melihat saya naik pelamin... :( Moga mereka ditempatkan bersama golongan yang soleh... Amin) 

Bila saya menjadikan kewangan sebagai alasan... makcik saya kata... "Allah akan permudahkan apa juga yang kita rancangkan... Jika kita sentiasa redha untuk berada di sisi suami dan menguruskan sendiri anak-anak. Anak-anak tu amanah Allah untuk kita." 

Atas nasihat itu, akhirnya terbuka juga pintu hati saya mengikut suami ke Kuantan, Pahang. Alhamdulillah ada rezeki saya di bumi Kuantan, apabila dapat menjadi salah seorang tenaga pengajar di sebuah kolej swasta. Hidup makin menyeronokkan bila saya dan encik hubby boleh membesarkan Faris bersama-sama.

Akhir tahun lepas, sekali lagi saya diuji... Encik hubby mendapat arahan untuk bertukar biro ke Melaka (di mana tempat saya berada sekarang...) Mula-mula berat juga rasa hati... lebih-lebih lagi bila saya tahu saya akan menjadi surirumah sepenuh masa... Walaupun berat hati... saya redha juga mengikut encik hubby berhijrah... Lagipun, perkahwinan jarak jauh sebenarnya memerlukan pengorbanan MODAL DAN MASA YANG LEBIH BANYAK. 

Sekarang saya dah pun jadi suri rumah sepenuh masa... Saya akui 3 bulan yang pertama, saya memang stress... Mungkin sebab nak serasikan masa dan tanggungjawab dengan situasi. Dah 10 bulan saya menjadi suri rumah... saya rasa sangat seronok! Manisnya menjadi suri rumah bila:
 
Origami - love
bookmark
1. Saya boleh luangkan sepenuh masa saya bersama anak-anak - Melihat perkembangan anak-anak dari sehari ke sehari benar-benar menyeronokkan. Oh ya... setiap hari juga kita boleh belajar benda baru dari mereka. Bila mereka bercakap, menyanyi, menari, menangis, merajuk... semuanya mengasyikkan...! Tambahan lagi bila anak-anak berjaya membuat sesuatu yang kita ajarkan pada mereka dalam masa yang singkat.

2.  Saya boleh masak untuk encik hubby dan anak-anak - makanan yang baik bermula dari rumah... Masakan seorang isteri adalah pengerat kasih sayang antara suami isteri dan anak-anak. Sila baca entri tentang air tangan isteri di sini...

3.   Saya boleh tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga - ini yang sangat susah nak  buat masa bekerja dulu... Masa saya banyak dihabiskan untuk kerjaya saya... Sekarang mereka semua (keluarga), sangat dekat dengan saya \(^o^)/


4. Masa yang fleksibel boleh diluangkan untuk hobi saya  - sekarang, saya boleh buat semua benda yang saya minat... membaca novel dan buku-buku motivasi, membuat cross stitch, lipat-lipat kertas (baca sebagai origami), berblog dan macam-macam lagi... (^_^)

5. Saya boleh turut serta bila encik hubby kena outstation - saya tak perlu minta cuti dari majikan apabila encik hubby kena outstation. Saya boleh ikut sekali dan bercuti!! (buat masa ni Faris belum bersekolah lagi... so... ok la...) 

6. Banyak masa untuk perbaiki diri - saya bukanlah sempurna... saya masih lagi belajar banyak perkara... untuk menjadi isteri dan ibu yang baik, saya banyakkan membaca buku-buku yang berunsurkan keibubapaan/kekeluargaan. Begitu juga untuk jadi muslimah yang baik, saya pertingkatkan amalan dan membaca buku-buku islamik. 

Ish... banyak lagi nak taip... kena buat part 2 la rasanya ni... Buat masa ni saya simpulkan dulu ya... (adeh... penat taip)

Saya mengaku saya hidup dalam kesederhanaan. Tak boleh la bermewah sebab encik hubby seorang je bekerja... (kesian juga pada encik hubby bila ada bulan-bulan yang kami agak sesak... mujur ada ahli keluarga yang sangat memahami dan membantu kami...) Namun saya rasa sangat seronok dan bahagia... Apa yang orang nak cakap, kita tolak tepi je... Jika mereka berada di tempat kita suatu hari nanti, mereka akan tahu betapa manisnya menjadi suri rumah...!! Lebih-lebih lagi... jika mereka tahu kerjaya apa yang lebih mulia bagi wanita di sisi Allah... So suri rumah semua... Jangan pernah menyesal dengan keputusan yang telah dibuat... Chill!! (^_^) 

Nota kaki: Buat NAD, (saya rasa Nad bukan blogger sebab meninggalkan komen sebagai Anonymous, sayangnyakan? kalau Nad blogger mesti lagi seronok...) terima kasih singgah dan meninggalkan komen di blog saya... saya bersyukur, sekiranya entri-entri saya di sini dapat memberikan idea dan mungkin sedikit sebanyak memberikan anda kekuatan... (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...