Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, January 31, 2020

Kaedah Menabung Ala Suri Rumah

Selain diet, menabung juga antara satu bab yang dijadikan azam setiap awal tahun. Perkataan menabung ni mudah je sebut. Tapi nak buat dengan istiqamah tu yang susah. Samalah macam diet! 

Awal tahun 2019 dulu, saya cuba untuk menabung. Tapi asal sesak je saya akan keluarkan hasil tabungan. Proses keluar masuk duit ni, berterusan hingga bulan Jun 2019. 

Lalu saya memikirkan apa kaedah yang boleh saya lakukan, supaya tabungan saya 'tidak dirompak' oleh saya sendiri. 😅 

Bila tengok orang di Facebook update tentang hasil tabungan, nampak mudah je. Siap boleh simpan duit sekeping RM50 dan RM100 setiap minggu... memang wow sangatkan? 

Tapi itu memang bukan kemampuan sayalah. Saya tak bekerja, jadi saya tak bolehlah nak menyimpan sampai RM50 dan RM100 setiap minggu. 

Fokus tabungan saya, duit RM5.

Maka, saya cuma fokus untuk simpan duit warna hijau atau RM5 sahaja dulu. Setiap kali ada duit RM5 dalam dompet, saya akan terus simpan dalam tabung.   

Duit RM20 pula saya akan masukkan sebulan sekali. Nak buat sesuatu yang kita belum pernah buat, memang kena mulakan dengan sesuatu yang kecilkan? Tak apalah walau nilainya kecil, yang penting MENABUNG. 



Oh ya, saya beli tabung yang tidak boleh buka di Daiso, berharga RM5.90 saja. Kira nak buka tu nanti, kena pecahkan. 

Sebelum tabung dipecahkan.

Saya pilih tabung yang boleh dilihat isi di dalamnya (transparent, bukan tin) dan bersaiz agak besar. Saya suka tabung yang transparent macam ni. Buat saya lebih bersemangat nak masukkan duit sampai penuh.   

Saya letakkan syarat pada diri sendiri, bahawa tabung hanya boleh dibuka pada 1.1.2020 atau jika duit sudah tidak boleh dimasukkan lagi ke dalam tabung tersebut (penuh). 

Alhamdulillah, saya dah buka pun tabung setengah tahun 2019 saya pada 1.1.2020 yang lalu. Hasilnya... saya dapat 'menyelamatkan' sebanyak RM1005. Ha, siapa nak bagikan? 

RM1005 😍. Siapa nak bagikan?

Saya pun tak sangka banyak tu yang dapat saya simpan. Sekarang ni, Faris dan Alisya pun excited bila dapat baki duit RM5 sekeping. Berlumba-lumba masukkan dalam tabung. 

Bak kata orang putih, 'never too late to start'. Jangan ikut nilai simpanan orang, tapi simpanlah mengikut kemampuan kita. Mulalah bila-bila pun... tak semestinya masa tahun baru je. 

Tabung RM5 2020 saya. 😁

Saya ringkaskan cara saya menabung: 
1. Beli tabung yang tidak boleh dibuka. 
2. Simpan semua duit warna hijau atau RM5. 
3. Simpan duit warna oren atau RM20 sebulan sekeping. 
4. Tetapkan tarikh matang untuk tabung dipecahkan. 5. Simpan dalam bank hasil tabungan. 

Tahniah, anda telah berjaya menabung. 🎉 

Jom mula menabung... 
Follow saya juga di Telegram, t.me/dialoguda

Artikel ini ditaja oleh Produk Herba, Siti Zubaidah 

5 comments:

  1. wahhh menarik tu, dana tahun lepas mula buat rm20 tapi bila nk guna duit kuarkan lepastu tak simpan2 lagi... tahun ni buat macam akak jugak cuma dana pakai duit rm1 je... setiap hari seringgit, rm20 sebulan sekali je hehehe... harapnya sampai akhir tahun dapat la kekal

    ReplyDelete
  2. thank you for the tips Nora. BW sini sambil follow. 1212 follower hehe dah banyak kali sy try tips menabung tapi selalu gagal. tabung dirompak oleh diri sendiri. bila baca tips nora rasa nk start balik haha doakan okey! jemput tengok blog saya https://azirafreesia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. bestnyaa..betullah orang cakap, sikit2 lama2 jadi bukit kan,
    salam perkenalan dari saya, saya singgah dan follow ye^^..BTW mehlaa singgah blog saya hehe
    https://haziqahadevin.blogspot.com/2020/02/make-gratitude-your-daily-attitude.html

    ReplyDelete
  4. Wahh..tips menabung yg bagus. Tq sharing:)

    ReplyDelete
  5. bestnya .. dah lama x menabung

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...