Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, September 16, 2019

Seronoknya Merdeka @ Dataran Putrajaya

Seingat saya, kali terakhir saya menonton secara langsung Perbarisan Hari Kebangsaan sekitar tahun 2002 atau 2003 kerana menyiapkan tugasan Photo Communication.

Nampak sangat tak patriotik sebab ke Dataran Merdeka ketika itu atas alasan menyiapkan tugasan bagi subjek tersebut.

Sebaik encik suami maklumkan yang dia ditugaskan ke Putrajaya untuk membuat liputan hari Merdeka, terus saya tanya pada Faris dan Alisya, sama ada hendak ke Putrajaya melihat perbarisan secara langsung atau tidak.

Kalau ikutkan hati, baik tengok di televisyen saja. Tak gaduh nak bersesak dengan orang ramai. Tapi melihat kesungguhan anak-anak nak menonton perbarisan depan mata, serta kesanggupan mereka untuk bangun seawal 4 pagi, maka saya akur dan mengikut saja.


Bersemangat sungguh Faris dan Alisya. Dua tiga hari sebelum itu, mereka dah sibuk menonton Youtube untuk menghafal lirik lagu patriotik seperti Saya Anak Malaysia, Gemuruh, Malaysia, Negaraku, Standing in The Eyes dan macam-macam lagu lagi.

Tak apalah, saya meraikan semangat dan keterujaan anak-anak.

Duduk berhimpit bersama orang ramai pada mulanya mengundang rasa tidak selesa. Namun, apabila difikirkan apa yang telah dikecapi kini, membuatkan timbul rasa syukur.

Hidup kita kini jauh lebih baik, aman dan makmur. Setakat bersesak tu apalah sangatkan?

Rupanya lain sungguh semangat sambut Merdeka beramai-ramai ni. Walaupun, taklah berapa nampak perbarisan kontigen-kontigen yang terlibat, namun aura semangatnya sangat luar biasa.

Saya dan anak-anak pun excited sama bila lagu-lagu patriotik berkumandang. Rasa nak mengalir air mata pun ada. Terharu!

Lebih-lebih lagi bila melihat kaum Cina dan India yang turut sama menyanyikan lagu-lagu patriotik, sambil mengibar Jalur Gemilang ditangan. Penuh semangat!

Melihat peserta perbarisan, human graphic, dan semua yang terlibat, menimbulkan rasa hormat.

Ikut kata encik suami, mereka dah tiga bulan 'berkampung' di Dataran Putrajaya, bagi menghasilkan yang terbaik.

Respect! Terima kasih!

Cuma satulah, yang saya rasa kita masih lemah... berkaitan sampah. Sebaik selesai majlis, bersepah-sepah sampah yang ditinggalkan.

Apa salahnya, simpan sampah sendiri di dalam poket atau beg. Nampak tong sampah baru buang. Tak susahkan?!

Sepanjang acara dok laung tema Hari Kebangsaan, "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih", tapi sampah sendiri tinggal merata... 🀦‍♀️

Alisya siap kutip sampah sepanjang perjalanan... mujur saja, Mamanya simpan beberapa lipatan plastik dalam beg.

Jadi, kami pun mengutiplah sampah yang kami nampak sepanjang jalan yang kami lalui... Tak apalah, kami mulakan dengan diri sendiri.

Moga kita sama-sama menjaga dan memastikan Malaysia dalam keadaan yang sentiasa bersih.

* Ini cerita merdeka yang tertangguh. *

Walau penat, tak berapa nampak perbarisannya, tapi oklah semangat tu ada. πŸ’ž

πŸ’ž Akrostik Malaysia: Kita Satu Bendera πŸ’ž


M enaungi satu bendera

A ku, kau, dia, mereka... lebih baik disebut KITA

L alui perit jerih bersama

A pa saja rintangan melibatkan negara

Y akin dan teguh tidak sengketa

S emangat menjunjung panji tercinta

I syarat kukuh perpaduan erat sesama kita

A yuh, bangkit pertahan segala!


Nora Karim
M.A.L.A.Y.S.I.A
16 September 2019
Aduh, lama betul tak menulis puisi. πŸ˜…

Wednesday, September 04, 2019

Personal Branding dan Penulisan Viral

Saya tergolong dalam kumpulan orang yang suka 'melepak' di Facebook. Saya percaya, anda juga begitu. 

'Melepak' di sini bermaksud, menggunakan Facebook sebagai tempat untuk berkongsi cerita, mencari ilmu yang bermanfaat, mendapatkan rakan-rakan yang punyai minat yang sama dan 'menghirup' segala aura positif di kalangan orang yang berjaya mengubah hidup. 

Lihat saja bagaimana lapan orang influencer ini yang berjaya mengumpulkan pengikut dengan konten-konten yang sangat luar biasa. 

Mohd Fadli Salleh 
Kamarul Ariffin Nor Sadan 
Taufiq Razif 
Khairul Hakimin Muhammad 
Harith Faisal 
Azizul Azli Ahmad 
Khairul Ezuwan 
Nur Aliah Mohd Nor 

Bukan sikit-sikit pengikut mereka, malah mencecah ratusan ribu orang! 

"Ala, buat apa nak kumpul ramai follower? Chill, chill sudah..." ini ayat yang saya pernah sebut dulu, sebelum saya memiliki e-book Personal Branding dan Penulisan Viral ni. 

Saya akui saya suka menulis dan berkongsi di Facebook. Tapi siapa yang akan baca? Jika setakat rakan-rakan saya sendiri, ia tidak mencukupi. 

Saya perlu tahu bagaimana caranya hendak menarik lebih ramai orang untuk turut 'melepak' di Facebook milik saya. 

Penat rasanya menulis, tapi tiada siapa yang peduli. Sakit rasanya menulis, tapi tiada siapa yang baca.


Sedangkan dalam e-book ini antaranya didedahkan tiga fasa yang penting, iaitu fasa orang tahu akan kewujudan kita (Know), fasa orang suka pada kita (Like) dan fasa orang percaya pada kita (Trust). 

Selain tiga fasa ini, ada pelbagai lagi 'tips and trick' yang didedahkan oleh lapan influencer ni. Rugi jika kita hanya menggunakan Facebook sekadar suka-suka, kerana sebenarnya kita boleh dapat lebih dari itu. 

Jika dinilai harga perkongsian mereka ni, mencecah ribuan ringgit. Tapi hari ini anda boleh dapatkan dengan harga promosi, RM99 saja. Esok, harganya naik menjadi RM139. 

E-book ini bukan hanya untuk para peniaga, guru-guru, para pendakwah, malah, ia sangat bermanfaat bagi orang biasa macam saya. 

Nak tunggu harga naik lagi, atau bertindak sekarang? Klik link ini segera sebelum tempoh promosi tamat, E-book Personal Branding dan Penulisan Viral, https://bit.ly/2jTPWg5

Kalaulah saya boleh kongsi semuanya... #personalbrandingdanpenulisanviral

Sunday, August 18, 2019

Sifirlicious: Teknik Kuno (Hafalan)



Anak saya Alisya (Darjah 3) pilih teknik kuno menghafal sifir, daripada modul Sifirlicious Cikgu Mohd Fadli Salleh. 

Sambil-sambil tunggu nak melawat suami sepupu saya di Hospital Putrajaya petang tadi, dia berjaya hafal sifir 8. Good job, Alisya! πŸ‘πŸ‘πŸ‘ 

Biasanya kita paksa anak kita hafal sifirkan? Rupanya selain teknik kuno hafalan, ada lapan lagi kaedah lain. 

Macam biasa, Faris lebih selesa teknik visual atau lukis-lukis. Nanti saya share videonya.


Tip bonus dalam modul ni, paling best! Cara mudah nak bahagi nombor besar dengan cepat. Saya sendiri pun baru tahu. Memang jimat masa. 

Modul ini sesuai untuk anak-anak Tahun 2 hingga 6, berharga RM70.

Klik di sini untuk dapatkan modul mudah menghafal dan membina sifir https://bit.ly/2KLZmUe

Lebih jimat jika membuat pembelian secara kombo Sifirlicious + Modul Pantas Matematik.

Thursday, August 15, 2019

Media Sosial Bukan Medium Selesai Masalah

"Ingat sikit... kau tu aku kutip masa tak de siapa nak tolong kau. Family kau pun tak mau tolong kau. Aku ni fikir kau kawan baik je aku kutip kau. Ingat dah tolong retilah terima kasih ke apa! Eh... laki aku pulak kau kebas! Memang dasar perempuan tak guna kau ni!!!"

Maka kemudiannya bertaburanlah komen-komen berunsur negatif turut ditinggalkan rakan-rakan Facebook yang lain.

Kebanyakannya mengutuk dan mencaci maki perempuan yang dimaksudkan. Ada juga yang menyalahkan suami si penulis status tersebut. Tukang tulis pun dipersalahkan, kerana tak pandai menjaga suami.

Masing-masing meluahkan rasa geram dengan perkataan-perkataan yang...

Allah, tak sanggup saya nak baca.

Hantaran seumpama ini bukan pertama kali saya lihat. Ramai sebenarnya yang cuba melepaskan amarah kepada pasangan masing-masing melalui media sosial. Dengan harapan mendapat penyelesaian.

Daripada orang tak tahu, semua jadi tahu kemelut  rumahtangga yang sedang dialami pasangan tersebut.

Ramai juga yang membuat andaian, seperti mereka tinggal sebumbung dengan si penulis status.

Jangan terkejut bila ada pelbagai versi jalan cerita yang akan didengar nanti. Masing-masing akan menambah perisa, bagi menyedapkan cerita.

Menulis di media sosial ketika masih beremosi atau sedang marah, tidak akan menyelesaikan masalah.

Ia sebenarnya akan mengeruhkan keadaan, membuka aib pasangan dan menimbulkan lebih banyak salah faham.

Berapa ramai yang berkongsi masalah di media sosial dan kemudiannya tidak mampu untuk mengendalikan emosi, sebaik membaca komen-komen negatif?

Akhirnya si penulis status alami depresi.


Awak, jika ditimpa musibah seperti ini...
a) bertenang, jauhi segala gajet dan ucaplah innalillahi wa innailaihirojiun serta banyakkan istighfar
b) usahalah untuk bertentang mata dengan pasangan dan berbincanglah secara matang
c) jika tidak mampu diselesaikan dalam perbincangan, rujuklah kepada kaunselor rumah tangga di pejabat agama.

Memaksa minda untuk berfikiran positif bukan suatu perkara yang mudah. Namun, berilah ruang dan peluang kepada diri sendiri untuk melihat ujian Allah sebagai satu hikmah yang lebih besar.

Dan awak, jika membaca status sebegini di media sosial, seharusnya
a) tidak meninggalkan sebarang komen pada hantaran tersebut
b) pujuk si penulis status untuk menurunkan  hantaran tersebut
c) tidak memberikan solusi kepada masalah yang sedang dihadapi jika tidak diminta
d) jadilah pendengar yang baik jika dia meluahkan masalahnya
e) tidak menceritakan masalahnya kepada orang lain.

Bantuan kecil seperti ini, sedikit sebanyak dapat menghentikan komen-komen dan tuduhan-tuduhan negatif kepada mereka yang sedang ditimpa musibah rumah tangga.

Insya-Allah aib rumah tangga pun terjaga.

FB tanya, "What's on your mind?"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...