Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, August 30, 2006

Lukanya Tetap Ada...

Berikut adalah email yg saya terima dari seorang rakan. Email ini agak terkesan di hati saya. Mungkin juga anda yg membaca akan turut merasa apa yang saya rasa. Sedikit sebanyak kisah ini membuatkan saya berfikir sejenak, "agaknya dah brapa byk hati rakan2 aku yg dah aku sakiti?". Sama2lah kita hayati kisah teladan ini...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangan anaknya ke tembok tersebut dan berkata;
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu ini, tembok ini tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini."

"Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.," sambung si bapa lagi...

Lalu si anak mempelajari sesuatu dari perkara tersebut:
a) janganlah kita sesekali melemparkan perkataan2 yang tidak baik atau fitnah kepada sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita.
b) berfikir dengan waras sebelum kita berdepan dengan apa juga situasi.
c) bersikap matang dan positif.
d) jangan menuduh sebarangan. Mengaku/bertanggungjawab jika kesalahan itu datang dari kita sendiri.
e) bukti yg kukuh dalam menyelesaikan sesuatu situasi.
f) berbincang/musyawarah.
g) jgn sekali-kali melukakan hati mereka yg berada di sekeliling kita. Luka itu akan tetap ada biarpun peristiwa itu telah bertahun2 berlalu.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kita ketawa dlm apa jua keadaan, juga turut bersedih apabila kita ditimpa bencana. Sahabat juga adalah seseorang yg paling dekat dengan kita... bertindak sebagai pendengar, berkongsi suka dan duka juga sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang/kesalahan di dinding hati anda semua.

Sunday, August 20, 2006

Jaring Flite Wireless @ Bdr Br Bangi

Hari ni saya bersama 4 org rakan team LetzHop.com telah trn ke Bdr Br Bangi utk sama2 memeriahkan event anjuran Jaring. Event seawal 7 pg itu dimulakan dgn senamrobik dan seterusnya majlis perasmian "Jaring Flite Wireless".

Selain demo Letzhop.com, kami juga menganjurkan pertandingan mewarna (dgn lukisan/outline kemerdekaan - oleh MatRock) bagi meyemarakkan bulan kemerdekaan Malaysia yg ke-49 ini. Pertandingan ini terbuka kpd semua kanak2 yg berkunjung ke Taman Tasek Cempaka, Bangi...


Thursday, August 17, 2006

Kehadiran Orang Baru...

Baru2 ni saya sempat la singgah ke rumah abg ipar di Kuantan... Hm... dia dpt baby baru!! :D Seronok btul dpt share xperience smbt baby baru dlm family.

Baby girl... masa saya pi tu baby baru je sehari... Merah lagi dia... takut lak nak usik2.. Comei... :D Lahir pada 11 Ogos 2006, jam 8.25 mlm... beratnya... hm.. tak tanya lak.. sebab xcited tgk baby... :p nama pun masa tu tak decide lagi... dgr2 mungkin Umairah... tapi tak final lagi nama tu...

Ni la gmbr2 comei baby "Umairah"...



Tahniah gak kat Pogey (member opis) sebab dpt baby boy baru2 ni... heheh... ni gmbr baby dia... (Muhammad Afiq Aiman) Comeinya.... rambut lebat.... tembam lak tu :D


Tuesday, August 08, 2006

Tahap Kesihatan Tak Memuaskan...

Mlm td saya mengalami kesukaran utk bernafas... Tdo tentu saja tak lena... Hm... dah dkt seminggu mengalami masalah ni... Semakin hari, dada semakin sakit... Lbh2 lagi bila bernafas dgn kuat... Xtau la pasal apa jadi cam ni... Nak kata faktor mknan... Xde kot...

Ingatkan menda tu jadi utk 2/3 hari je... tapi nmpknya dah semakin belarutan. Saya ada juga surf di tenet utk mendapatkan info & faktor yg menyumbang kpd masalah sesak nafas ni... Antara perkara yg menyumbang kpd sesak nafas adalah:
a) batuk yg teruk (saya x batuk)
b) selsema & kahak yg byk (saya juga x mengalami masalah ni)
c) lbh sukar bernafas pd sbelah mlm, terutama waktu hendak tdo (YES)
d) asma (saya x penah ada penyakit ni)
e) paru2 sempit (NOT SURE)
f) jangkitan kuman pd paru2 (NOT SURE)
g) TENSION (MAYBE?!?!)
h) sakit pala (kadang2)
i) terlalu letih (rasanya TAK)
j) ganguan emosi spt susah hati, terlalu memendam perasaan etc (MAYBE?!?!)
k) sakit jantung (NOT SURE - rasanya TAK!!)

Pg td dah ke klinik & dptkan rawatan... Pegi pun sebab rasa dah x thn sgt... (Pdhal sebelum2 tu ramai dah suh pi klinik... tapi malas nak pi sebab rasa tak trk..) Semua tanda2 yg saya dah senaraikan kat atas tu doktor tanya lg skali... bila dah xplain.. doktor cek tekanan darah (NORMAL), cek lak pernafasan (sedikit terganggu)... cek lak denyutan nadi (OK)... cek tekak merah ke tak? (bengkak skit)...

Doktor kata paru2 saya sempit skit, mungkin kerana ada cairan yg berada di sekitar paru2... Doktor juga meminta agar saya berada dlm keadaan yg sentiasa rileks, jauhi mereka yg merokok, elak mkn coklat (coklat mudah bentuk kahak), tdo berjadual (kena plan masa tdo lak), rehat yg cukup & jauhi dr pendam emosi... Jika tidak, saya akan terus mengalami masalah sesak nafas ni... Utk memastikan saya x mengalami masalah2 lain, ujian darah dilakukan... & akan mendapat keputusannya dlm masa yg terdekat ni... Mmm... cemas gak tunggu result darah tu... :-(

Doakan saya x pape... Amin...


p/s: Pd 30 Julai lalu saya ada berjumpa dgn doktor pakar kulit, krn mengalami masalah kulit kering yg serius. Kulit pd jari tangan & tapak kaki saya menjadi keras dan mudah merekah serta luka.. Saya diberikan ubat sapu & alahan bg mengatasi masalah tu... kata doktor saya kena Chemical Disease... (saya masih lagi mencari info tentang penyakit ni, melalui tenet...) Kulit saya alah kpd segala jenis bahan pencuci kecuali sabun mandi... So skang ni nak mencuci, saya kena pakai sarung tangan.. Hm.. leceh tul... Selain tu.. byk menda gak yg saya dah tak leh mkn... Seafood, kulit & hati ayam, durian (buah2an lain boleh), telur, mknan yg terlalu berminyak (pendek kata mknan yg bergoreng kalau boleh kena elak...)...

Adoi... memacam penyakit lak hinggap la nie... :-(

Wednesday, July 26, 2006

Fadhilat Bulan Rejab...

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

      • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
      • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
      • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
      • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
      • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
      • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
      • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
      • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
      • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
      • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
      • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
      • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
      • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
      • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
      • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
      • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
      • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
      • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
      • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
      • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
      • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

        Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Kelebihan lain bulan Rejab:

      1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
      2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
      3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
      4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
      5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
      6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
      7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
      8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

      1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
      2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
      3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
      4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
      5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

      1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
      2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
      3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

        Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Israa': 1)

DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...