Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, September 25, 2006

Bukan Angat2 Tahi Ayam... :p

Bosan tul kalau dok umah sengsorang ni... bila rumah dah abis kemas... nak tgk TV pun terasa bosan... teringat lak laman kat rumah ni yg rumputnya baru dimesin dek kawan bie... nampak cam kecik je laman kat luar tu... tapi bila nak dikemas.. mak aii... rasa tak abis2...

Rumput kat sini mmg cepat naiknya... subur bangat tanahnya.. kalau bertani sure cepat dpt hasil :p... bak kata kawan bie, kalau nak kasi rumput tu lambat naiknya, longgokkan rumput tu kat beberapa ruang/tempat dan kemudian di bakar... tapi tu la, bila mikirkan jiran2 sebelah rasa tak elok la pulak dibakar... maklum la.. sape yg tahan bau asapkan...? Rumput umah ni mmg mesin atau diracun sebab kat bakang umah tu kawasannya bersemak... ye la... kalau dah bakang tu bersemak... laman kat umah pun semak, takut lak kalau masuk "tetamu tak diundang"... tu yg takut tu...

Jadi nak ngelakkan membakar, saya pun dok ansur la kemas rumput2 tu... bermula di belakang rumah... bakang umah je dah 3 plastik beg sampah... lum lagi area depan & tepi... half way jek ngemasnya... :p pastu tak larat dah... letih... kalau bie ada... leh aa tahan gak.... ni sengsorang terasa sangat penatnya... Tapi at least kuar gak aa peluhkan... tak de la duduk saja jek... :p


Rumput dah mesin, tapi tak berkemas lagi.. Hadoi...

Sunday, September 24, 2006

Ramadhan...

Hari ni merupakan puasa yg pertama bg umat Islam.. Alhamdulillah, saya & anda semua masih berkesempatan menyambut Ramadhan tahun ni.. Org tua2 selalu ckp.. "rebut peluang setiap kali dtgnya Ramadhan.. dan anggaplah Ramadhan thn ni, Ramadhan yg terakhir utk kita.."

Dlm pengertian ayat ni.. cuma kadang2 kita je yg terlupa.. bkn x ambil kisah.. cuma semangat raya tu lebih dr mengingati perkara itu.. Jika perkara itu benar2 berlaku pd kita, pasti kita akan menyesal krn tidak penuhi Ramadhan dgn amal sebaik-baiknya...

Ramadhan ni merupakan Ramadhan yg pertama saya bersama suami... Agak berlainan dr menyambutnya dengan arwah ayah, arwah mak dan adik beradik dulu...

Saya menyambut 1 Ramadhan thn ni di Kuantan.. Takut gak kalau2 x terbangun sahur :P Maklum la... dulu2 arwah mak & kakak2 yg nguruskan makanan tuk sahur.. la ni kena la bgn & sediakan sendiri... Tapi alhamdulillah, inilah pengalaman yg paling menyeronokkan, sejak mendirikan rumahtangga... :D

Hm.. x tau dah nak tulis apa.. La ni dok pikir nak masak apa utk berbuka :p. Rasanya cukup dulu tuk post 1 Ramadhan ni...

Pada semua yg singgah ke "rumah" (blog) saya ni.. Saya mohon maaf jika ada salah silap saya pada anda semua... baik secara sengaja ataupun tak.. (org kata kalau kita tak minta maaf pada mereka yg pernah kita sakiti, maka sia2lah puasa kita... tiada apa yg kita dpt melainkan lapar & dahaga...). Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua... & penuhilah Ramadhan ini dgn sebyk dan sebaik2 amalan... Mudah2an puasa kita semua diberkati Allah.. Amin...

p/s: Adik beradik lain hari ni menziarahi pusara arwah ayah, mak dan abg... (Sedih lak bila tak dpt ikut diorg ziarah pusara...) Moga roh mak, ayah, abg serta saudara mara yg lain ditempatkan dlm golongan org2 yg beriman... Amin... InsyaAllah, saya akan ke pusara mereka sebelum tibanya Syawal...

Monday, September 18, 2006

Berkat SEDEKAH...

Dulu semasa hayat arwah ayah... Dia selalu berpesan... "Bersedekahlah... sbb apa yg ada di dunia ni bukan milik kita... pinjaman semuanya... maka berkongsilah walau sikit..."

Sedekah merupakan amalan yang berterusan sehinggalah apabila kita ditempatkan di alam barzakh.. Org yg suka bersedekah, akan sentiasa mendapat pahala dr apa yg dikeluarkan (spt wang, barangan, tenaga (program sukarela) & lain2 yg digunakan untuk kemudahan & ke jalan kebaikan).

Antara pahala sedekah yg berterusan adalah:

1. Berikan al-Quran pada seseorang, surau @ masjid dan setiap kali dibaca, anda akan mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital/rumah sakit dan setiap orang sakit menggunakannya, anda akan mendapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang/sekumpulan rakan @ diturunkan kepada org lain dlm bentuk penulisan/buku, anda akan mendapat hasanah.

4. Bantu mendidik seorang anak dr segi akhlak/ilmu dll, anda akan mendapat hasanah .

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6. Berkongsi CD Quran atau Do'a, anda akan mendapat hasanah.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid/surau/sekolah2 agama, anda akan mendapat hasanah.

8. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.

InsyaAllah...

Sunday, September 17, 2006

Wednesday, August 30, 2006

Lukanya Tetap Ada...

Berikut adalah email yg saya terima dari seorang rakan. Email ini agak terkesan di hati saya. Mungkin juga anda yg membaca akan turut merasa apa yang saya rasa. Sedikit sebanyak kisah ini membuatkan saya berfikir sejenak, "agaknya dah brapa byk hati rakan2 aku yg dah aku sakiti?". Sama2lah kita hayati kisah teladan ini...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangan anaknya ke tembok tersebut dan berkata;
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu ini, tembok ini tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini."

"Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.," sambung si bapa lagi...

Lalu si anak mempelajari sesuatu dari perkara tersebut:
a) janganlah kita sesekali melemparkan perkataan2 yang tidak baik atau fitnah kepada sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita.
b) berfikir dengan waras sebelum kita berdepan dengan apa juga situasi.
c) bersikap matang dan positif.
d) jangan menuduh sebarangan. Mengaku/bertanggungjawab jika kesalahan itu datang dari kita sendiri.
e) bukti yg kukuh dalam menyelesaikan sesuatu situasi.
f) berbincang/musyawarah.
g) jgn sekali-kali melukakan hati mereka yg berada di sekeliling kita. Luka itu akan tetap ada biarpun peristiwa itu telah bertahun2 berlalu.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kita ketawa dlm apa jua keadaan, juga turut bersedih apabila kita ditimpa bencana. Sahabat juga adalah seseorang yg paling dekat dengan kita... bertindak sebagai pendengar, berkongsi suka dan duka juga sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang/kesalahan di dinding hati anda semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...