Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, February 21, 2013

Doa Elak Santau

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Anda pernah dengar tentang santau gemuk? Saya baru hari ni tahu bahawa adanya santau gemuk, apabila menonton Wanita Hari Ini di TV3 sebentar tadi... 

Santau jenis ini dikatakan sama seperti terkena santau angin/tuju dan lain-lain, cumanya mangsa akan mengalami kegemukkan walaupun mengamalkan diet dan melakukan senaman yang kerap.  Kegemukkan itu akhirnya akan membawa kepada kematian. Na'uzubillah...

Seseorang boleh mengenalpasti jika terkena santau apabila, kuku berwarna biru/hitam, batuk berpanjangan, bermimpikan ular/mendukung bayi atau mimpi jatuh dari tempat yang tinggi. Selain tanda-tanda itu, jika mangsa santau memakan limau atau nanas, mereka akan serta merta muntah darah...Kerana santau akan bertindak balas dengan benda yang masam.

Takut pula saya bila Ustaz membincangkan hal tersebut. Apa pun sentiasalah kita bermohon dari Allah agar dijauhkan kita semua dari terkena santau... Antara doa yang dikongsikan oleh Ustaz Suhaimi adalah seperti berikut: 
 

Maksudnya: Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, 
dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak 
akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.  
- Surah Al-A'raf ayat 17. -

Sempat juga saya menyalin alamat dan nombor telefon Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah untuk kemudahan sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan. Moga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga. InsyaAllah... 
    
No 62A-2 Jalan SM 3A,
Sunway Batu Caves, 
Selangor Darul Ehsan.
012-508 1525/019-269 1525/019-205 9351/019-308 1525

* * *


Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


41 comments:

  1. 1st time dgr santau gemuk. Thanks for the doa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! tak pernah tahu pun ada santau gemuk. Sama2 fiza...

      Delete
  2. 1st time dgr santau gemuk.. Takut jugak dgr.. Semoga Allah lindungi kita semua.. Tq sharing ya..

    ReplyDelete
  3. eee...takutnya santau2 ni...
    manusia sekarang suka santau org...hope dapat elak semua ni...
    so,kena amalkan doa ni...


    Jom ke sini :

    Baru : Petempatan Paling Sejuk Di Dunia
    Update : Keretapi Ferrari
    Gempak : Muzium Sains Miami Lengkap Dengan Tangki Jerung
    Seram : Kuasa Air Membelah Jalan
    Popular : Gua Ais Terbesar Dunia
    Pelik : Ombak Membeku Secara Tiba-tiba
    Aneh : Banjir Buih
    Serius : Jambatan Nabi Musa

    Dan banyak lagi di Green Life..

    ReplyDelete
  4. Tq perkongsian yg berguna nie,
    Macam2kan santau nie.

    ReplyDelete
  5. Nauzubillah.. tak sangka ada jugak santau macam ni. mintak2 kita semua dijauhkan..

    ReplyDelete
  6. hehe..akak sya ada jgak terdengar2 pasal tajuk diskusi ni..tapi tak sempat nak tgk..agak2 ada kat youtube tak? huhu.. baru tahu jgak jenis santau yg ni..minta2 dijauhkan dr benda mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat YouTube tak sure.. tapi kat tonton confirm ada...

      Delete
  7. assalamualaikum ... saya pernah melalui peristiwa pelik bila sedang menggoreng ikan tetiba minyak bertukar menjadi merah . Kami tetap makan ikan goreng tu selepas membaca bismillah 5 dan 6 n tiup kat ikan tuh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam.... Allahuakbar...! biar betul?!

      Delete
  8. info baru ni..macam2 cara orang nak buat jahat ni ye..
    mintalah semoga kita dijauhkan daripada benda yang tak elok macam ni.. saya pun nak try amalkan doa ni...siapa tahu kan, apa yang bakal berlaku di masa hadapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aisy... apa2 pun mohon perlindungan dari Allah...

      Delete
  9. eee takut betul dengan manusia jahat yg suka santau2 orang ni. Tak reti2 nak takut dengan hari pembalasan gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada mereka...

      Delete
  10. Moga kita semua dijauhkan dari santau ni.. Aminnn

    ReplyDelete
  11. First time dgr santau gemuk.. Tq utk perkongsiannya...

    ReplyDelete
  12. pertama kali dgn santau gemuk ni.. nauzubillah...

    ReplyDelete
  13. Jahatnya jenis santau yang ini. Santau gemuk. Memang dengki dgn kecantikan la ni kan? Nauzubillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. santau jenis ni membuatkan mangsa tak perasan yang dia terkena santau, sbb dia mengalami kegemukan... berbanding dengan santau angin...

      Delete
  14. ada juga ye santau gemuk..kotor sungguh hati manusia yg terlibat ni..tak tgok wanita hari ini..

    pusat rawatan tu dkt rumah akak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kak... macam2 org sekarang ni.. takut dibuatnya...

      Delete
  15. 1st time dengar ada santau gemuk..
    nampaknya kalau ada yg gemuk tetiba tu tanpa punca, kenalah check kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... kata ustaz tu... kalau mangsa rasa gemuk secara tiba2 dan mendadak, maka buat medical check up... kalau doktor kata tak de masalah, maka buatlah perubatan Islam...

      Delete
  16. Allah..saya terlupa..saya nak tengok WHI, tajuk ni tapi terlupa..ermm..melepas..Nasib baik akak share..boleh lah tahu sikit2. Semoga di jauhkan dari terkena santau ni.

    ReplyDelete
  17. baru jugak tgok whi tntang santau gemuk nie..macam2 jenis santau ada ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... menakutkan...! moga Allah sentiasa lindungi kita...

      Delete
  18. Takutnya dengar..sebab tu la kalo nak makan atau tengah makan terlupa nak baca bismillah..kena la baca.

    ReplyDelete
  19. ooo ada jugak santau gemuk yer.. ingatkan yg stail mkn2 tu je.. tp tula, napelah ada org tergamak wat keje santau2 ni kan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...