Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, December 15, 2014

Khalisya Si Peramah!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih ingat pada entri yang anak-anak saya dapat surat dari jiran sebelah? Saya ada bercerita tentang Khalisya yang sangat peramah.

Umur Khalisya sama dengan umur Alisya saya, 4 tahun. Orangnya kecil molek, juga sama seperti Alisya saya. Cuma dia rendah sedikit dan berambut kerinting... Tapi tetap comel!

Khalisya ni adalah cucu kepada jiran baru saya tu... yang saya seronok tentang Khalisya ni, dia sangat peramah... Kalau nampak saya keluar rumah, macam-macam soalan keluar dari mulutnya.

"Makcik sihat?!"
"Makcik dah siap masak?!"
"Makcik masak apa?!"
"Makcik dah makan?!"

Macam-macam lagilah soalannya. Tapi saya seronok melayan! Nak kenal Khalisya?! Ini la orangnya, dibelakang Alisya tu...

Sejak akhir bulan November ke bulan Disember ni saya dan keluarga sibuk ulang alik ke KL. Mencari rumah, menguruskan sekolah baru Faris dan Alisya... Maka kami jarang ada di Melaka.

Bila kami balik je ke Melaka, Khalisya tanya macam-macam lagi. Nampak je saya turun dari kereta, terus dia tanya...

Khalisya: Makcik pegi mana? Lama saya tak nampak makcik.

Saya: Balik kampung... Khalisya dah makan?

Khalisya: Dah makan... Makcik balik kampung mana?

Saya: Kuala Lumpur...

Khalisya: Ada apa kat Kuala Lumpur?! Lama sangat makcik pegi sana.

Saya: Acik ada rumah kat sana... Acik jumpa abang, kakak dengan adik acik. Macam Khalisya jumpa abang Iman dengan kak Ain kat rumah lagi satu tu... (Khalisya lebih suka duduk rumah neneknya, kakak dengan abangnya duduk dengan mak ayahnya, kalau tak silap di Umbai)

Khalisya: Makcik tak payah la pegi... Makcik telefon je abang dengan kakak tu... suruh datang sini. (Sebab selalu kalau dia rindu abang dengan kakak dia, dia telefon je suruh datang rumah nenek tu)

Saya: Abang Iman dengan kak Ain duduk dekat je... Boleh la datang sini. Abang dengan kakak acik duduk jauh...

Khalisya: Kalau macam tu makcik pegi sekejap je la... Jangan pegi lama-lama...

Lepas tu dia soal siasat Faris dengan Alisya pula. Comel betul budak ni... Petah pula tu. Abang dia si Iman tu pun banyak cakap... Umur 6 tahun. Tapi kakak mereka si Ain tu pemalu sikit... umur 7 tahun sebaya Faris... Ain tu la yang hantar posto tempoh hari... (^_^)

Nota kaki: Macam mana la agaknya Khalisya bila saya betul-betul pindah nanti... Sedih pula! :(

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


13 comments:

  1. sedih la plak sy baca...kalu nmpk akk pindah nnt entah mcm mn laa dia kn?

    ReplyDelete
  2. alahaiiiii petah nyer bercakap... mesti seronok melayan nyer...

    ReplyDelete
  3. pandai borak ekk.. hihi.. syok ni kalo layan.. hihi

    ReplyDelete
  4. pandai betul sembang.macam2 soalan dia tanya.mesti terasa kehilangan bila dh pindah nti

    ReplyDelete
  5. Ohhh ini budaknya....
    Bila awak cite pasal budak peramah ni tetiba okje teringat sorang budak yg peramah jugak okje jumpa kat PD. Singapirean. Dia sebaya ngan TLBD. Masa kitaorang mandi kat swimming pool semua ditegurnya, bukan okje jer, pak jilap sekali jugak. Ckp omputih pulak tu....

    ReplyDelete
  6. Ada org x suka bdk byk ckp ni. Mcm jiran sy ni bujang. X byk berckp. Nk tgk dia time kluar keje ngn blk keje. Slbhnya memerap. X pn dia keluar dgn kwn2 dia. Kalau mood dia ok, dia tgr. Husben pn ckp dia mmg mls nk bersosial dgn org.

    ReplyDelete
  7. saya suka melayan budak keletah begini
    kadang malu sendiri sebab mulut diorang lebih cerdik
    rasanya dia pasti rindu-rinduan kalau akak dah pindah nanti

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...