Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Sebelum ni saya hanya tahu roti jala dimakan dengan sambal ikan
bilis ataupun kari ayam. Ada orang cakap roti jala sedap dimakan dengan kuah
durian atau kuah manis juga. Tapi di Kuala Lumpur, saya tak pernah jumpa roti jala + kuah
durian atau kuah manis.
Di Kedah ni baru saya
jumpa roti jala + kuah durian. Eh sedap la pula! (^_^) Rasanya ala-ala makan bubur kacang yang dicampurkan durian, cuma kuah durian ni dicampurkan dengan sedikit biji sagu. Memang sedaplah bagi penggemar durian macam saya.
Di mana saya dapat makan
roti jala + kuah durian ni? Anda boleh cari di gerai luar Stadium DarulAman. Ada dua
gerai (sebelah menyebelah) yang menjual roti jala + kuah durian.
Oh jangan risau pada sesiapa yang tak makan kuah durian, boleh
minta kuah kari ayam atau daging. Tapi pada saya kuah durian tu sedap sangat! (^_^) Jika anda ada di sekitar Stadium DarulAman, jangan lupa singgah
yea...
Roti Jala Kuah Durian
Stadium DarulAman, Kedah (deret KFC)
Buka 7:00 pagi - 1:00 tengah hari.
ROTI JALA CICAH KUAH MANIS MMG SEDAP APALAGI KUAH DURIAN...SALAM IDIL ADHA NORA N FAMILI
ReplyDeleteMemang sedaplah! (^_^) Saya first time makan. Salam Aidiladha untuk akak juga...
DeleteWah.. tak pernah plak merasa...
ReplyDeleteKan?! Saya pernah dengar... tapi ni la first time jumpa dan rasa... π
DeleteKat kl memg xde sis..sebb durian kat kl ni mahal..sebb tu peniaga xnk jual kuah durian...hihihi..
ReplyDeleteHahahaha ye tak ye jugakan?! Memang mahal pun di KL... π
DeleteSerawa durian ni...lg sedap ngan roti
ReplyDeleteOh ni orang panggil serawa durian ke? Sedaplah... π
DeleteTulah....org Selatan pun jarang jumpa kuah durian cicah roti jala ni. Selalunya makan dgn pulut jer.
ReplyDeleteTp sejak dah bercampur dgn kengkawan pelbagai negeri ni dah pandailah makan...
Kalau rajin bergaul dengan kawan-kawan negeri lain memang dapat la kenal dengan makanan dorang... sebenarnya sedap juga kuah durian ni.. hahaha
Deleteblm pernah try roti jala cicah serawa droyan
ReplyDeleteKena try... sedap rupanya.. π π π
DeleteOh, memang sedaplah kalau makan roti jala dengan serawa durian. Saya ni memang suka durian. Serawa durian pun suka!
ReplyDeleteLa, mana nak cari kat KL ni roti jala + serawa durian? Kalau nak, memang kena buat sendirilah nampaknya. Itu yang malas sikit!
Betul... betul... kat KL saya tak pernah jumpa lagi... Kalau nak memang kena buat sendiri... huhuhuh
Deleteknape jauh sangat kakkkkkkkk
ReplyDeletekan... memang jauh bebenor.. huhuhuh
Delete