Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, September 11, 2016

Yey, Buku Baru! πŸ˜‰

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kali pertama saya tertinggal buku yang nak dibawa sekali "bercuti" di Kedah ni. Encik hubby menggantikan Ketua Biro Kedah ni hampir tiga bulan (sebab bos tu bertugas dan menunaikan haji). Sebelum ni Encik hubby yang berulang Kedah - Kuala Lumpur dua minggu sekali. Tapi disebabkan Faris dah mula cuti bergilir masa UPSR hari tu, maka Encik hubby bawa kami sekali ke Kedah.

Saya dah letak dua buah buku untuk dibawa bersama, tapi boleh tertinggal pula. Jadinya untuk tiga hari lepas saya dilanda kebosanan yang melampau. πŸ˜§

Kebetulan semalam sebelum balik rumah, Encik hubby singgah di Jitra Mall. Er, tak banyak kedai di Jitra Mall, cuma ada satu kedai yang menarik perhatian saya, kedai I Love Novel. Apa lagi? Sambar tiga buah buku untuk jadi peneman beberapa hari yang berbaki di Kedah ni. 

Selamat bercuti semua... (^_^)


Kenapa bosan, pergilah jalan-jalan? Hm... Encik hubby kerja, kami je yang "bercuti". 


19 comments:

  1. nasib baik boleh beli buku kalau tak dilanda kebosanan la..

    ReplyDelete
  2. Macam menarik je buku yang dibeli tu?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik... buku tengah dan kanan sekali tu buku sequel diognosis... sebab dah baca buku 1 & 2 saya belilah. Yang kanan sekali tu saya baca banyak review orang kata best... so saya beli. 😁

      Delete
  3. Selamat membaca.

    Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  4. Dpt novel hilanglah bosankn....;-)

    ReplyDelete
  5. Ok sangat dah tu NK.....walaupun tak berjalan sekurang kurangnya tak duk rumah hihi....

    Mmg ulat buku betul ni nampaknya, sempat pulak lagi beli buku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting tak duduk rumah sendirikan... hehehe

      Delete
  6. Selamat membaca! Menarik buku2 tu :)

    ReplyDelete
  7. ooo temannkan suami akak..
    selamat membaca.
    mmg kene membaca juga kan. baru hilang bosam tu
    sama lah saya
    dpt belek buku mmg puas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! Saya bukan jenis boleh berlama-lama di luar rumah... so saya memang suka baca buku...

      Delete
  8. Owhh kiranya ikut en suami kerja la ni..oklah dpt jugam jalan2..membaca kan jambatan ilmu.hehe

    ReplyDelete
  9. Nasib baik jugalah dapat beli buku baru. Kalau dilanda kebosanan, mahu habis tiga buku tu dibaca ya, Nora.

    Itu yang tak syok bila kita ikut suami bekerja. Kita memanglah bercuti tapi suami pulak kena kerja.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...