Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Saya luangkan masa ini, untuk
support Giveaway yang dianjurkan oleh salah seorang rakan blogger saya iaitu
Anies. Apalah gunanya rakan maya kalau tak
support rakan blogger lainkan...
Jom
join... Hadiah menarik tau! (^_^) InsyaAllah mudah juga syaratnya...
Kalau nak
join boleh klik
banner yea...
Tarikh tutup 24.09.2015, sempat lagi nak
join ni...
So, dalam entri ini saya nak ceritakan pengalaman saya bila Alisya nak pakai tudung. Alisya mula pakai tudung pada usianya 2 tahun (sekarang dia 5 tahun). Saya sendiri tak pernah paksa Alisya untuk pakai tudung. Tapi dia sendiri yang nak pakai bila dia tengok saya selalu bertudung bila keluar rumah. Inilah
tudung pertama Alisya...
Alololo... masa ni Alisya tembamkan...? Maklumlah masa ni
fully breastfeed kan... Alisya menyusu cukup dua tahun... Alhamdulillah... Ok berbalik cerita tudung Alisya,
so, selepas tudung yang ni maka banyaklah koleksi tudung Alisya kemudiannya. Boleh kata, kebanyakkan masa kalau keluar rumah, memang dia minta tudung untuk dipakai.
Tapi biasalah budak-budak ada
on & off. Kalau dia sangat berpeluh, dia akan minta untuk buka tudung... Biasanya dia akan minta izin dulu dari saya untuk buka tudung. Disebabkan dia masih kecil, saya akur. Tapi
slowly ajar juga kenapa mesti pakai tudung sepanjang berada di luar rumah.
Sekarang
ni mudah sikit sebab di PASTI pun cikgu dah sentuh bab aurat. Cikgu
selalu pesan, orang perempuan kena tutup aurat. Anak-anak biasalah, akan
ikut cakap cikgu berbanding Mama dan Abahkan... :p Bagus juga... kalau
Mama dengan Abah yang cakap, banyak sangat "ye ke?" nanti...
Kalau nampak tudung kanak-kanak yang menarik di
shopping mall kan, mesti Alisya akan cakap, "kalau Mama cukup duit nanti, boleh tak belikan Alisya tudung macam tu." Alo....
sweetkan?!
Alisya ni satu yang saya perasan tak macam abangnya yang jenis meraung kalau tak dapat barang yang dia nak... Alisya lebih bersifat
cool and understanding. Biasanya dia akan cuba minta dengan
polite. Kalau tak dapat dia tak menangis. Memang bezalah dari abangnya.
Ni saya
share lagi gambar-gambar Alisya bertudung... Moga anak saya ni juga turut "istiqamah" bertudung pada usia remaja dan dewasanya nanti... Moga jadi anak yang solehah ya sayang... InsyaAllah... Aamiin...
Nota kaki: Menarik juga
giveaway Anies pasal entri pengalaman bertudung ni... tiba-tiba rasa
touching pula bila cerita pasal anak... hahaha