Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label SKSD. Show all posts
Showing posts with label SKSD. Show all posts

Tuesday, May 06, 2014

"Esok Je Sambung..."

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Minggu ni Adam Faris ada ujian PBS... Bermula semalam sehingga Khamis akan datang... Untuk pertama kali berdepan dengan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan, saya memang gementar lebih!

Sejak tahu Faris akan menjalani Ujian PBS saya ajar dia berdoa, untuk menunjukkan kebergantungan dan pengharapan pada Allah... (Ulangkaji tu semestinya perlulahkan?! Untuk ulangkaji saya ada belikan beberapa buku kerja untuknya membuat latihan... Walaupun selalu "bergaduh" dengan Faris... Tapi dia tetap juga buat latihan...)

Faris: Kenapa kena doa Mama?

Saya: Sebab Faris nak ujian... Kena minta Allah bagi kemudahan untuk Faris jawab soalan nanti... (basically Faris memang tak tahu lagi apa itu ujian, apa effect ujian dan apa jua tentang ujian... Yang dia tahu, pergi sekolah, belajar dan balik! Itu je..)

Faris: Tapi Faris tak tau macam mana nak doa...

Saya: Ikut mama baca... Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa guru-guru yang mengajarku... Limpahkanlah rezeki dan kesihatan buat mereka... Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah pintu hatiku, permudahkanlah bagiku untuk menjawab soalan-soalan ujian nanti. Sesungguhnya aku telah berusaha dan kepadaMu lah aku memohon pertolongan. Amin ya rabbala'lamin...   

(Faris ikut saya baca doa di atas dan mengaminkan...)

Faris:  Eh tak sebut SK Seri Duyong pun? Lagi sekali mama... (dia nak nama sekolahnya dimasukkan dalam doa tu...)

Saya: Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa guru-guru yang mengajarku... Limpahkanlah rezeki dan kesihatan buat mereka... Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah pintu hatiku, permudahkanlah bagiku untuk menjawab soalan-soalan ujian PBS, SK Seri Duyong nanti. Sesungguhnya aku telah berusaha dan kepadaMu lah aku memohon pertolongan. Amin ya rabbala'lamin...      

Faris: Amin...

Itu cerita lebih kurang seminggu lepas...

Semalam masa jemput Faris balik dari sekolah, saya tanyakan macam mana ujian yang diambil tu... Senang ke? Susah ke? Boleh jawab ke?

Faris: Susah... Faris tak sempat siap...

Saya: Hah?! Tak sempat siap? 

Faris: Ha ah, Faris hantar... Nanti esok je sambung...

Saya: Hah?! Mana boleh sambung-sambung... Faris kena siapkan semua, baru hantar... 

Faris: Kawan-kawan semua hantar, Faris hantar la...

Aduhai! Tah macam mana la keputusan Faris nanti... Bila saya beritahu encik hubby Faris jawab macam tu... Encik hubby kata, "mesti dia sibuk color! Sebab tu tak sempat siap kot?"

Ye la, mungkin la kot... Faris ni satu masalahnya, dia suka sangat la warnakan gambar-gambar yang ada dalam kertas... baik buku aktiviti sekolah dia, buku latihan yang saya beli... Hm... Faris... Faris... Harap-harap, hari ni dia sempat jawab semua soalan...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, January 23, 2014

Saya Suka Adam...!! (>_<)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni macam biasa saya kena temankan Faris sampai masuk kelas... Mama pun kena join perhimpunan gamaknya! Sabar je la... Ada beberapa adegan yang mencuit hati saya berlaku hari ni...

Bila Faris masuk je kelas, ada seorang budak perempuan tolong Faris bukakan beg yang digalas dan sangkutkan beg tersebut pada belakang kerusi Faris... Kemain macam bos Faris tu... Kelakar pula saya tengok... 

Lepas tu budak perempuan tu pandang saya dan datang pada saya... Saya senyum dan pandang tag nama yang dipakai... Aina namanya...

Aina: Acik, acik... (sambil hulur tangan nak salam saya)

Saya: Ni Aina ya...?! 

Aina: Ha ah... (sambil tersenyum-senyum malu)

Saya: Aina kawan dengan Adam Faris ke?

Aina: Ha ah, saya suka Adam! (sambil tersipu-sipu dan lari ke sebelah Faris...) Saya?! tergelak kecil. Kelakar pula rasanya!

Sempat saya snap gambar ni... Yang budak perempuan berdiri sebelah Faris tu la Aina... Yang budak lelaki seorang lagi tu, saya dok perhati je... Tak tahu kenapa dia geledah beg Faris, habis dibuka semua zip dan geledah isi dalamnya... Hai la anak-anak, macam-macam karenahnya... 


Nota kaki: Nampaknya Faris dah ok sikit... yang penting dia tak menangis... cuma saya kena bertahan sikit, hantar dia sampai ke kelas setiap pagi... Moga nanti dia boleh masuk sekolah sendiri... Berdiri dalam perhimpunan sendiri dan masuk kelas sendiri... 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, January 16, 2014

Faris Kena 'Paw'?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tak tau la ni cerita kelakar ke apa (atau lain-lain perasaan seperti marah, geram, tekejut atau sewaktu dengannya..) Tapi yang penting saya tergelak... Sebaliknya encik hubby macam frust + sedikit marah (bukan la marah ke budak tu... tapi lebih kepada Faris yang tak pandai pertahankan milik dia... ye la budak-budakkan mana tau dia kena paw... :p )

Setiap hari saya memang akan buatkan bekal untuk Faris ke sekolah kebangsaan. Di samping tu, encik hubby bagi juga duit sebanyak RM2, in case ada apa-apa yang dia teringin nak beli. Tapi seperti biasa, Faris akan bawa semula duit tu ke rumah, dengan nilai yang sama... Atau paling kurang pun RM1 dibelanjakan untuk beli air milo ais di sekolahnya.

Isnin lepas seperti biasa, Faris tanggalkan baju sekolah dan serahkan baki duit pada hari tu... Dia bagi saya RM1... 

Nama ni la penyebab Faris kena pau :p
Saya: Ooo... Faris beli air milo ya hari ni kat sekolah?

Faris: Tak la... Faris tak beli pun...

Saya: Aik?! Ni ada RM1 je... Mana lagi RM1? Beli roti hotdog?

Faris: Tak la... Dia ambil...

Saya: Siapa ambil? (terkejut!!!)

Faris: Kawan tu... dia kata kalau tak bagi duit, dia tak nak bagi nama kita? (tengok, walaupun budak tu ambil duit dia, dia still bahasakan "kawan" dia tak la cakap "orang jahat" :p )

Saya: Nama? Nama apa?

Faris: Nama la... Nama kita yang warna hijau tu...

Saya: Kenapa Faris bagi dia duit?

Faris: Ye la... Sebab kita nak nama kita balik!

Saya: Tu cikgu bagi free je... kenapa nak kena bayar kat dia?

Faris: Tah tak tau... dia ambil nama kita... lepas tu dia cakap kalau kita tak bagi duit, dia tak nak bagi nama kita... nanti cam mana kalau kita sorang je tak de nama?!

Ni la budak yang kena paw tu :p
Saya?!?!?!? Confuse + terkejut... Oh no, Faris kena paw!!! Ye la... Badan Faris besar dan sedap gitu ada juga orang nak paw dia.... Lepas tu saya tergelak... terus Whatsapp encik hubby.

Encik hubby balik kerja tu, macam-macam dia tanya Faris... Terpaksa la Faris cerita A-Z balik... Tapi lepas tu, encik hubby ajar cara nak cakap kalau lepas-lepas ni ada lagi budak nak paw Faris... Tapi saya tetap gelak...!!!  (>_<)


Nota kaki: Saya rasa benda ni kelakar, tapi sebenarnya... kalau budaya macam ni berterusan akan jadi tak baik pula nanti pada kawan-kawan yang lain... atau junior akan datang... Kesian juga kat Faris... dia masih belum serasi dengan environment sekolah, sekali kena paw pulak!! Alahai, anak omak!

Wednesday, January 01, 2014

Taklimat Ibu Bapa @ SKSD

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Tahun Baru 2014,

Kemain posing lagi!! :p
Semalam adalah hari Taklimat bagi ibu bapa murid Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong (SKSD). 

Malam sebelum tu encik hubby tak boleh tidur lena. Bila saya tanya kenapa?! Katanya "Faris nak sekolah esok." Saya tergelak dengar jawapan tu... 

Nampaknya bukan saya seorang je yang ada perasaan berdebar-debar Faris nak masuk sekolah... Tapi malam tu saya sakit kepala dan paksa diri untuk tidur... 

Seawal 8 pagi berada di SKSD, Faris nampak tenang dan excited. Pakai baju baru, kasut baru dan serba serbi barulah! 

Saya pula cuba fokus untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh pihak sekolah... Ada yang mudah faham... Saya angguk... Ada yang tak clear saya tanya... 

Ada beberapa perkara yang buat saya rasa lega:

1. Bila diberitahu ibubapa boleh menemankan anak-anak pada 2 dan 3 Jan 2014. - tapi ibubapa hanya dibenarkan duduk di kantin sekolah... oklah tu yang penting hari pertama tu nak ajar dia ke toilet, beli makanan (jika perlu), dan tempat dia perlu tunggu saya selepas sekolah.

2. Dimaklumkan bahawa kantin SKSD adalah kedua terbersih seluruh Melaka - kebersihan kantin ni memang perlu dititikberatkan... maklumlah, budak-budak kecil yang nak makan... kalau tak bersih nanti keracunan makanan pulakan?! Penting, kalau saya tak sempat nak bekalkan Faris pagi-pagi.

3. SKSD telah mencapai 100% kelulusan (Linus) untuk 2 tahun berturut-turut - apa yang saya faham Linus adalah ujian bagi mengenalpasti keupayaan 3M (membaca, mengira dan menulis) murid. Murid yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya akan diletakkan di kelas pemulihan dan dilatih sehingga mampu menguasai 3M.

Tapi ada dua perkara yang buat saya pening!! PBS dan Linus...?!?!?! Confuse!!! Katanya perkembangan murid sekolah rendah sekarang berpandukan evidence/bukti... yang mana "bukti" tu disimpan dalam fail di kelas masing-masing... manakala ibubapa boleh datang ke sekolah dah melihat fail perkembangan tu...  

Ish... memang dah jauh beza dengan zaman saya dulu... balik dari sekolah tu terus saya Google, tentang PBS dan Linus... apa pun kena search lagi informasi tentang tu... kalau ada cikgu-cikgu blogger yang nak explain lagi la saya suka... >_< Cer bagi pencerahan sikit, boleh cikgu?!

Tak nak bincang dulu pasal PBS dan Linus... Nanti saya dah faham tentang kedua-duanya saya update... Tapi buat masa ni, saya nak share gambar-gambar yang sempat saya snap di hari Taklimat tersebut.

Untuk dua minggu ni, Faris akan duduk di kelas ni... Lepas ujian murid-murid
Darjah 1 ni akan dipindahkan kelas mengikut keupayaan
membaca, menulis dan mengira...
Muka nampak cuak sikit... :)
Dah nama pun wartawan, harus la tanya :p
Ini guru kelas 1 Cemerlang; Puan Suhailah... tersangatlah friendly
Saya doakan Faris terus kekal dalam kelas ni...
Kalau kena pindah kelas pun biarlah masuk 1 Gemilang...
katanya 1 Gemilang kelas pertama, 1 Cemerlang ni kelas kedua...
Ok, baru nak senyum sebab dah boleh balik...
Jumpa lagi 2 Jan 14 :p

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...