Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam Ramadhan,
Alhamdulillah
kita masih lagi berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun
ini... Hari ni dah pun masuk hari kedua Ramadhan... Moga kita dapat
melakukan ibadah puasa ini sebaiknya serta meningkatkan amalan agar
mendapat ganjaran pahala. InsyaAllah... Amin...
Sempena
Ramadhan yang mulia ini, saya nak menghadiahkan sebuah buku baru
tulisan Ustaz Kazim Elias yang bertajuk Cukup Hanya Allah...
 |
| Antara isi kandungan buku... |
Buku ini
sangat menarik dengan penulisan santai bersifat teguran, peringatan
dan nasihat.
Saya memang
suka mendengar ceramah-ceramah ustaz Kazim... Dalam ceramah ustaz
Kazim, memang ada jenaka... tapi jenaka itu sangat sinis dan 'makan
dalam' bagi orang yang mahu berfikir...
Saya juga
telah membaca buku pertama tulisan ustaz Kazim yang bertajuk Tuhan
Sedang Menguji Kita... Yang pada saya sebuah buku motivasi islamic
menarik untuk dibaca.
Berbanding
dengan buku yang pertama, buku kedua ini lebih tersusun penulisannya
dan sangat menyentuh hati saya... Maklumlah, kita banyak melakukan
kesalahan pada waktu-waktu kita terlalu leka pada dunia satu ketika
dulu... Moga Allah ampunkan saya dan rakan blogger sekalian...
Maka saya
nak kongsikan ilmu yang telah saya dapat melalui buku ini dengan
seorang pembaca bertuah blog saya...
Seperti
biasa anda hanya perlu tinggalkan link blog (kalau ada blog), email @
Facebook (kalau tak de blog), di ruangan komen entri ini... Saya buka
penyertaan sehingga hari Rabu, 2 Julai 2014, jam 11.00 malam.
Salam 2
Ramadhan... (^_^)
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.