Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, December 11, 2012

Batuk dan Demam Melanda...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Untuk hampir seminggu ni saya hanya sempat blogwalking ke rumah rakan-rakan blogger yang singgah di blog saya ni... Kesian pula pada anda yang singgah... tapi tak de entri baru... Pun begitu baiknya anda sebab meninggalkan komen pada entri-entri lama saya... Terima kasih banyak-banyak... Saya sangat terharu...

Saya satu family dilanda batuk dan demam... mula-mula encik hubby yang kena demam dan batuk yang teruk... lepas tu Alisya pula... Demam Alisya menyebabkan malam kami tak lena 3-4 hari ni... sebab Alisya sering terjaga malam... Faris ada juga bunyi batuk-batuk lately... tapi macam tak teruk...

Mungkin juga sebab menjaga orang-orang yang tak berapa sihat ni... akhirnya saya pun batuk sama... tekak makin sakit... mata asyik berair... dalam keadaan ni apa je yang larat dibuat selain makan ubat dan tidur... Haih... makin banyaklah entri dalam draft yang tak tahu bila akan dipublish... 

Buat semua rakan bloggers, moga sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat... Jaga diri baik-baik ya... InsyaAllah bila ok sikit saya publish entri-entri dalam draft saya... Take care kawan-kawan... rindu anda semua... 


Wednesday, December 05, 2012

Terima Kasih Ina... (⌒_⌒;)

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alahai... malu pula saya bila membuat kunjungan balas di blog "Famous Amos" milik IntaNBerliaN a.k.a Ina tadi... Tengah dok baca latest entry Ina, tiba-tiba rasa macam... "eh ni macam gambar aku ni?". (⌒_⌒;) 

Rupa-rupanya Ina highlight komen yang saya tinggalkan di salah satu entrinya baru-baru ni... Tak sangka pula Ina nak highlight komen saya tu... sebab saya rasa itu adalah perkongsian biasa yang dilakukan oleh para blogger... where sharing is caringkan!  

Secara peribadinya saya nak ucapkan terima kasih pada Ina sebab sudi selitkan informasi yang saya kongsikan di blognya... Rasa terharu ada... Malu ada... Apa pun, saya memang tersangatlah kagum dengan semangat berblog Ina ni... 

Mana taknya dalam sehari Ina boleh hasilkan 4-5 ENTRI BARU... Bayangkan... Ina boleh ada 60 ENTRI DALAM SEBULAN!!! Kagum tak?! Kagum tak?! Dasyatlah Ina ni... Memang saya tak terbuat la... Walaupun kami sama-sama surirumah... Memang tak boleh bayang macam mana Ina bahagi masa sebagai surirumah dan blogger... 

Entri-entri Ina lebih menjurus kepada anak-anaknya Alisha dan baby Aqilah yang baru lepas hari... Ina juga banyak share tips penjagaan anak dan tips untuk para blogger. Oh ya... kalau nak baca entri Ina yang ada terselit komen dan gambar saya bersama Alisya bolehlah klik di sini... (⌒_⌒;)


Sekali lagi terima kasih buat Ina... (^_^) dan sama-samalah kita doakan agar kelenjar tiroid Ina yang bengkak sejak lahirkan Aqilah baru-baru ni segera surut... Moga Ina, Alisha dan Aqilah sentiasa sihat walafiat dan sentiasa di dalam lindungan Allah... Amin...


Monday, December 03, 2012

Petua Dapur: Elak Ikan Melekat di Kuali

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Menyental kuali setelah siap menggoreng ikan atau ayam agak memenatkan juga... Lebih-lebih lagi jika anda ingin menggunakan semula kuali itu untuk memasak lauk yang lain. (macam saya, saya memang ada kuali dan sudip favorite, so kalau dah guna untuk masak satu lauk saya akan guna lagi untuk lauk seterusnya...)

Bagi mengelakkan ikan melekat di kuali ketika digoreng, anda bolehlah gaulkan ikan atau ayam dengan garam, kunyit dan sedikit tepung beras. Biarkan seketika dan kemudian bolehlah digoreng seperti biasa. Ikan dan ayam bukan saja tidak melekat di kuali, malah akan lebih garing. 

Atau anda juga boleh mencuba satu lagi petua yang diamalkan oleh IRFA. Masukkan sekeping asam keping ke dalam minyak yang panas sebelum menggoreng ikan! Yey, dah ada dua petua... kalau anda ada petua lain lagi, boleh la share sekali... Thanks IRFA.. (^_^)

Selamat mencuba!






Sunday, December 02, 2012

Izyan Juara Masterchef Musim Kedua!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Berakhir sudah rancangan Masterchef Malaysia musim kedua... Seperti yang dijangka Izyan adalah juaranya... Tahniah buat Izyan... (^_^) Begitu juga buat Along dan Ah Hong... (walaupun jauh di sudut hati... sangat mengharapkan Along yang menang... hahaha) 




Tahniah, tahniah, tahniah Izyan...!! Moga selepas ni dapat kembangkan lagi nama Malaysia di mata dunia, seperti mana Juara Masterchef Malaysia Pertama, Dr Ezani! Good luck Izyan! 

Psst: Finalist Masterchef Malaysia Kedua ni diadili oleh 15 orang chef terkemuka di Malaysia... So kita memang tak boleh nak pertikaikan keputusan juri... Janganlah sebab tak suka Izyan, kita rasa juri tak adil dan pilih kasih... Itu rezeki dia... Kita kena terima... (^_^)Y

*** Sumber gambar: FB Masterchef Malaysia




Saturday, December 01, 2012

Along TOP 3 Masterchef Malaysia!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Wah... tersengih sakan bila diumumkan Along ke final Masterchef Malaysia musim kedua lantas "menyingkirkan" Etiqa... Oh ayat ni bukan tak suka Etiqa... cuma meluahkan rasa kagum apabila seorang remaja 18 tahun yang pernah tersingkir... dan kemudian diserapkan semula... tapi menunjukkan semangat untuk terus berjaya. Memang respect la...

Along akan berentap dengan Izyan dan Ah Hong sebentar lagi... Harap-harap ada peluang Along untuk menang RM100,000 tu... Amin... Chaiyok, chaiyok Along!!



Haih kagum betullah dengan budak ni...!! Moga-moga ada peluang Along jadi JUARA malam ni...!!



*** Sumber gambar: FB Masterchef Malaysia 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...