Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, June 06, 2013

Tak 'Hensem' Dah...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Alahai gigi keempat Faris dah pun tertanggal tadi, masa makan nasi ayam kukus... Gigi baru dah tumbuh, maka tertanggallah gigi susunya...

Menangis sekejap dia... Plus ada keluar darah... Oh maaflah, mama seriau sikit kalau tengok gigi darah ni... Nasib baik Abah ada... 

Oh sempat juga dia cakap... "Mama, Faris tak handsome dah..." Sambil buat muka sedih... Tapi bila saya nak ambil gambar... Elok je dia senyum lebar... 

Entri berkaitan:
Tips: Pentingnya Menjaga Gigi Anak
Tips: Brush Your Teeth, Sayang!

Nota kaki: Sekejapan masa berlalu, tak sedar anak-anak makin membesar... Makin singkatkah masa kita bersama mereka?

* * *


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

Wednesday, June 05, 2013

Wordless Wednesday #27



Faris Cerita Pasal...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Hari ni saya ke pejabat pos untuk pos barang-barang yang dibeli oleh rakan-rakan melalui Tupperware Kiyter. Disebabkan cuti sekolah, maka saya angkut sekali AF... Selalunya saya pergi dengan Alisya je waktu Faris sekolah... Sebab kalau tak susah nak kawal Faris tu... Alisya biasa la kalau abang dia tak de dia behave sikit... kalau abang dia ada... mula la macam-macam nak dibuatnya...

Tapi kali ni Faris mudah nak dikawal... dia duduk diam di sebelah saya yang menunggu giliran untuk urusan di kaunter... Masa saya dah selesai urusan di kaunter, saya minta Faris dan Alisya tunggu di kerusi di luar pejabat pos, sementara saya menulis alamat seorang rakan di sampul pos ekspress...

Dari tempat saya menulis tu saya boleh nampak AF dengan jelas, di sebelah kanan Alisya ada seorang perempuan Melayu berusia sekitar akhir 20-an dan di sebelah Faris ada seorang perempuan Cina berusia awal 20-an...

Saya terdengar perbualan mereka lebih kurang macam ni:

Perempuan Melayu: Tunggu siapa?

Faris: Tunggu mama... tuuuu (sambil tunjuk ke arah saya)

Perempuan Melayu: Ooo... nama siapa? 

Faris: Adam Faris... 

Perempuan Melayu: Adik ni nama apa?

Alisya: Ni nama adik... 

Faris: Eh bukan... ni nama Alisya Farha...

Perempuan Melayu: Ooo... abang umur berapa?

Faris: 6 tahun... 

Perempuan Melayu: Adik?

Faris: Adik tak pandai berak toilet lagi... dia berak kat pampers je... Lepas tu bau busuk... Bueekkk...!! (sambil buat aksi muntah...)

Perempuan Melayu dan perempuan Cina tu tersenyum dengar cerita Faris... beberapa orang yang ada di luar pejabat pos tu turut tersengih... Alisya pula cuba bela diri...

Alisya: Ye la.. adik kecik lagi... adik berak kat pampers la... Nanti adik dah besar... adik berak kat toilet la... macam abang... (alo... sweetnya jawapan kamu sayang...)

Perempuan Melayu: Ha ah... adik kecil lagikan? Abang berak kat toilet ke?

Faris: (cerita sambil berdiri dengan suara yang kuat) Faris berak kat toilet la... Faris pandai... Faris duduk kat situ (buat gaya cangkung di khalayak ramai) lepas tu pegang air (merujuk kepada pegang paip air...) Lepas tu tunggu kejap... Lepas tu bunyi t**i keluar blup blup blup... Ada dua t**i keluar... Besarrrr.... (sambil depakan tangannya...)

Habis je dia cerita semua orang pakat gelak sakan... Perempuan Melayu dengan perempuan Cina tu sampai nak pecah perut gayanya dengar cerita Faris... Ya Allah, sabar je la budak ni... Saya terus keluar...

Saya: Ish, Faris malu la cakap macam tu kat orang... 

Perempuan Cina: He's good in explaining things... Smart boy la... (sambil gelak lagi...)

Saya: He's just succeeding in his potty training last Saturday... So he keeps telling others that he can use the toilet...

Perempuan Cina: Ohh.. no wonder la... But cute la dia... (tak habis gelak lagi...)

Perempuan Melayu: Patut la... abang cam mana bunyi t**i ?! (gelak sampai berair mata...)

Faris: Blup blup blup... (sambil gelak... Alisya pun turut buat bunyi yang sama...

Saya pun suruh Faris "bye-bye" (baca sebagai lambai) orang yang dengar cerita dia tadi... Sambil berlalu meninggalkan lokasi kejadian... Saya masih lagi dengar sisa ketawa orang ramai... Hai la Faris... Sabar je la...



Wordless Wednesday #26

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masa kami bercuti di Kuantan, sempat juga kami singgah di Teluk Chempedak... Lama pula rasanya tak ditiup angin pantai dan mendengar bunyi ombak yang mengasyikkan. Terasa tenang sangat... 

Sambil-sambil tu kami cuci mata melihat gerai-gerai yang menjual toys, keychain, gelang dan bermacam lagi barang jualan kreatif. Dalam tengok-tengok tu, saya berkenan juga dengan gelang (boleh letak nama) yang comel... Then, encik hubby pun belikan untuk Alisya... 

Comel je tengok Alisya pakai gelang tu... Tapikan... tapikan... saya dah tak jumpa gelang tu... Tah mana la Alisya letak... Sebab dia suka buka gelang tu... Nasib baik saya sempat ambil gambar hari tu... :-( Tak pe lah Alisya... Nanti mama kemas rumah... Mungkin akan jumpa balik gelang tu...




Monday, June 03, 2013

Alhamdulillah... AF Ketemu 'Mak'

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Posing sakan bila anak Mak Chu
nak ambil gambar...
Lama betul bercuti dan tinggalkan blog... :p Hari ni dah kembali seperti rutin biasa, walaupun Faris masih bercuti sekolah, tapi encik hubby dah pun kembali bekerja setelah bercuti seminggu yang lepas... 

Seperti dalam entri ini, percutian kami tersangatlah padat... Tujuan kami ke Kuantan salah satunya adalah untuk menunaikan hajat Faris nak berjumpa 'Mak' (pengasuhnya dulu), saya ada ceritakan dalam entri ini... tentang hajat Faris nak berjumpa Mak Chu dan keadaan Mak Chu yang tak berapa sihat... 

Lambat kami ziarah Mak Chu sebab masa Mak Chu masuk wad tu encik hubby sibuk dengan PRU13... so tak boleh bercuti... Cuti baru ni dapat la bawa AF jumpa Mak Chu... Keadaan Mak Chu pun nampak bertambah baik... Alhamdulillah... Lega la sikit rasa hati ni bila dah dapat tengok keadaan Mak Chu sendiri... Sempat juga Mak Chu masakkan kami bihun yang sedap! (kalau bagi tahu awal-awal, sure macam-macam Mak Chu masak...)

AF pun seronok sangat bila dapat jumpa Mak Chu sekeluarga... Kebetulan rumah Mak Chu baru siap renovate... So, sangat luas. Makin beria la AF main dengan Qaisara (cucu Mak Chu)... Faris pun asyik cakap rumah tu cantik... Siap cakap, "rumah mak cantik... rumah kita tak cantik pun..." Adeh! Sabar je la... Rumah kita rumah sewa.. kalau rumah sendiri dah lama mama kamu ni cat cantik-cantik macam rumah mak... ^_^

Yang kiri sekali tu la cucu Mak Chu, Qaisara... Tengok AF, seronok bukan main...!

Masa nak balik tu, dalam kereta Faris tanya lagi... " Nanti boleh kita pergi rumah Mak lagi tak?" Haih, baru je jumpakan?! In sha Allah la Faris... Next time kita datang lagi ya... Kebetulan Uda anak Mak Chu tu nak nikah 31 Ogos 2013... Mudah-mudahan jadi dan boleh la kita turun Kuantan lagi... ;-)
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...