Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, May 08, 2014

Resipi Mudah: Pulut Kuning

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam terasa sangat nak makan pulut kuning. Dekat Melaka ni kalau nak makan pulut kuning yang sedap... nun jauh di Ujong Pasir... (jauh la dari rumah saya...) Selama ni memang beli je... Dulu saya seorang je yang suka makan pulut kuning ni... Sejak Faris dah besar ni, dia pun suka... Dia pun dah pandai suggest makan "nasi kuning" dekat balai polis. (tempat makan tu dekat dengan balai polis... :p)

Ni kira first time saya buat sendiri pulut kuning... Memang cuak juga la... takut tak jadi... tapi bak kata orang... masak dengan Pemanggang Ajaib, semua masakan pasti menjadi! Ini percubaan saya masak pulut kuning dengan Pemanggang Ajaib... (^_^)

Bahan-bahan
5 pot/cawan beras pulut (untuk empat beranak makan cukup 3 pot kot, saya terlebih buat 5 pot... 5 pot ni boleh makan dalam 4-6 orang dewasa)
1 kotak santan segera 
3 cawan air
1 sudu minyak masak
3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1-2 sudu besar gula
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna


Cara membuatnya:
1. Cuci beras pulut, toskan sekejap.
2. Panaskan pemanggang ajaib, masukkan beras pulut, santan, air, minyak masak, daun pandan, garam, gula dan serbuk kunyit.
3. Tutup pemanggang ajaib dan biarkan selama 30 minit dengan api perlahan. (setiap 10 minit, buka dan kacau sebati beras pulut tu... Kalau dah 30 minit, nampak belum masak, tambah sedikit air dan biarkan lagi 10 minit)
4. Angkat dan boleh la dimakan dengan rendang ayam. (^_^)

Selamat mencuba!

Pulut saya cukup kuning sebenarnya... tapi sebab ada backlight...
nampak tak kuning pula...! Maklum la, snap pakai handphone je...

Nota kaki: Saya ingat bila masak dengan pemanggang ajaib ni, pulut akan jadi sangat lembab dan melekit atau terlalu kering... tapikan ia dimasak dengan elok sekali! Makan pun sedap je teksturnya... (✿◠‿◠) Memang ajaib la pemanggang ni!

* * *
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, May 07, 2014

Wordless Wednesday #51

Nota kaki: Janganlah kita percaya kepada bomoh dan tangkal sebagai pendinding diri... Sebaiknya jadikanlah 3 Qul sebagai amalan. Yakin dan percaya, kerana Allah dekat dengan kita...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, May 06, 2014

Suka-suka! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jumpa dalam Facebook... 


Katanya tiga perkataan pertama yang kita jumpa berkait dengan tahun 2014 kita... (sila jangan percaya!!! ini saja suka-suka) Tiga perkataan pertama yang saya jumpa adalah LOVE, HEALTH & INTELLIGENCE. Jom cari tiga perkataan anda!


Sejak beli buku Wordsearch bawah ni dekat The Big Bad Wolf @ MITC, Melaka... Seronok sangat saya mencari perkataan :p Faris dan Alisya pun excited cari perkataan... Apa yang saya nampak, bila AF saya buat latihan wordsearch ni, mereka lebih fokus! Yang mana bagus untuk mereka. Bagus juga untuk kita... 




Nota kaki: Kadang-kadang saja cabar diri sendiri dengan letak timer. Tengok berapa minit dapat selesaikan words dalam senarai satu-satu puzzle! Seronok!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


"Esok Je Sambung..."

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Minggu ni Adam Faris ada ujian PBS... Bermula semalam sehingga Khamis akan datang... Untuk pertama kali berdepan dengan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan, saya memang gementar lebih!

Sejak tahu Faris akan menjalani Ujian PBS saya ajar dia berdoa, untuk menunjukkan kebergantungan dan pengharapan pada Allah... (Ulangkaji tu semestinya perlulahkan?! Untuk ulangkaji saya ada belikan beberapa buku kerja untuknya membuat latihan... Walaupun selalu "bergaduh" dengan Faris... Tapi dia tetap juga buat latihan...)

Faris: Kenapa kena doa Mama?

Saya: Sebab Faris nak ujian... Kena minta Allah bagi kemudahan untuk Faris jawab soalan nanti... (basically Faris memang tak tahu lagi apa itu ujian, apa effect ujian dan apa jua tentang ujian... Yang dia tahu, pergi sekolah, belajar dan balik! Itu je..)

Faris: Tapi Faris tak tau macam mana nak doa...

Saya: Ikut mama baca... Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa guru-guru yang mengajarku... Limpahkanlah rezeki dan kesihatan buat mereka... Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah pintu hatiku, permudahkanlah bagiku untuk menjawab soalan-soalan ujian nanti. Sesungguhnya aku telah berusaha dan kepadaMu lah aku memohon pertolongan. Amin ya rabbala'lamin...   

(Faris ikut saya baca doa di atas dan mengaminkan...)

Faris:  Eh tak sebut SK Seri Duyong pun? Lagi sekali mama... (dia nak nama sekolahnya dimasukkan dalam doa tu...)

Saya: Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa guru-guru yang mengajarku... Limpahkanlah rezeki dan kesihatan buat mereka... Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah pintu hatiku, permudahkanlah bagiku untuk menjawab soalan-soalan ujian PBS, SK Seri Duyong nanti. Sesungguhnya aku telah berusaha dan kepadaMu lah aku memohon pertolongan. Amin ya rabbala'lamin...      

Faris: Amin...

Itu cerita lebih kurang seminggu lepas...

Semalam masa jemput Faris balik dari sekolah, saya tanyakan macam mana ujian yang diambil tu... Senang ke? Susah ke? Boleh jawab ke?

Faris: Susah... Faris tak sempat siap...

Saya: Hah?! Tak sempat siap? 

Faris: Ha ah, Faris hantar... Nanti esok je sambung...

Saya: Hah?! Mana boleh sambung-sambung... Faris kena siapkan semua, baru hantar... 

Faris: Kawan-kawan semua hantar, Faris hantar la...

Aduhai! Tah macam mana la keputusan Faris nanti... Bila saya beritahu encik hubby Faris jawab macam tu... Encik hubby kata, "mesti dia sibuk color! Sebab tu tak sempat siap kot?"

Ye la, mungkin la kot... Faris ni satu masalahnya, dia suka sangat la warnakan gambar-gambar yang ada dalam kertas... baik buku aktiviti sekolah dia, buku latihan yang saya beli... Hm... Faris... Faris... Harap-harap, hari ni dia sempat jawab semua soalan...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, May 05, 2014

Nescafe Smoovlatte!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Bukan budak-budak je yang terpengaruh bila tengok iklan kat TV... Mak budak pun boleh terpengaruh tau...!! (^v^)

Dulu masa iklan LA Coffee dok tak jemu-jemu tayang kat TV, saya terpengaruh juga... 'TER'beli la juga... hehe nak melepaskan rasa je pun... :p

Ni bila tengok iklan Nescafe Smoovlatte ni kat TV... rasa macam nak pergi kedai terus!! Dah beberapa hari saya tengok iklan ni di TV, setiap kali tu la rasanya terliur-liur dah... 

So, kebetulan saya menyinggah isi minyak kereta di Shell tadi, saya pun gagah la masuk dalam kedainya semata-mata nak beli air ni.

Akhirnya dapat juga rasa... Saya beli sebotol je pun... Kata nak rasakan?! :p

Rasanya lebih kurang je dengan Nescafe Latte yang dalam tin tu... cuma yang ni versi botol... Sebotol ni (190ml - sikit je tau!! Dua tiga kali teguk dah habis (∩︵∩) ) harganya RM2.80 (di Shell la... rasanya kalau kat kedai lain mungkin murah sikit...)

Kepada peminat-peminat coffee tegar macam saya ni... boleh la try Nescafe Smoovlatte ni...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...