Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, December 17, 2011

Get Well Soon, Alisya!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum &salam ziarah,

Seminggu lebih juga saya tak ber'blogwalking' ziarah rakan-rakan blogger... Rindu rasanya... Rindu nak baca entri-entri kalian yang menarik dan tutorial-tutorial yang awesome... By the way, ada sebab kenapa saya tak menziarah rakan-rakan... Saya sekeluarga ber'kampung' di KSH, sudah hampir empat hari... Ini ceritanya...

Alisya day 4
Hari ni, masuk hari ke-4 Alisya warded di Kuantan Specialist Hospital (KSH). Kesian anak mama yang seorang ni... Dah la tubuhnya kecil, bila sakit macam ni nampak lagi la kecil... Alisya dimasukkan ke sini kerana demam yang tak kebah-kebah sejak hari Jumaat yang lalu... Adakalanya demam Alisya mencecah 40!! 

Monday, December 05, 2011

Thank You Nurez Amani...


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya tak tahu nak tulis apa... tapi saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Nurez Amani sebab bersusah payah membuat video ini untuk saya... Seriously, saya terharu... (kadang-kadang terfikir, kenapa saya mesti pergi... sedangkan saya agak seronok melihat mereka mengejar kejayaan di sini...) Inilah batch semester 3 yang agak manja dan nakal... (kadang-kadang buat saya sakit kepala juga...) :p





Dengan doa dan harapan, agar anda semua berjaya mencapai kejayaan dan menjadi pelajar-pelajar yang cemerlang... Saya tahu... saya akan rindukan anda semua nanti... :-(


Friday, December 02, 2011

Rara Zikry Dalam Kenangan...

Assalamualaikum & salam ziarah...

Ketika entry ini ditulis, jam telahpun menunjukkan pukul 3 pagi... (saya tak boleh tidur sebab sakit tekak, batuk dan selsema...) So saya menghabiskan masa dengan marking sambil melihat status2 di timeline Twitter saya melalui henpon... 

Dalam jam 1 lebih saya ada terbaca status SyuHoney tentang Rara Zikry telah meninggal dunia jam 8.30 pm (ada juga info yang kata arwah meninggal jam 10 pm) di Sunway Medical Center... (Innalillahi wa inna ilaihirojiun... terus saya terfikir, siapa Rara Zikry ni...?? Artis ke??) Saya terus Google tentangnya... disebabkan skrin henpon kecil sangat, so saya pun keluarkan lappy dan terus research... (oh, mujur saja anak2 sedang lena dibuai mimpi...)

Rara Zikry bukanlah di kalangan artis... dia cuma insan biasa, yang melalui kehidupan yang juga biasa... Seorang pelajar Lim Kok Wing, jurusan Interior Design... Umurnya baru 23 tahun... Muda lagi...! Dan Rara sangat cantik... Dari raut wajahnya, dari timeline Twitter rakan baiknya (@QalishaRay), dari blog-blog yang saya baca... saya berpendapat Rara seorang yang baik hati dan sangat disayangi oleh orang yang berada disekelilingnya... 

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya!

Assalamualaikum & salam BOLA Malaysia…

Saya tidak punya banyak masa untuk post new entry… Sangat sibuk sekarang… sibuk dengan Audit Sirim dan final exam… apa yang saya nak tulis di sini hari ini, hanyalah TAHNIAH kepada skuad HARIMAU MUDA MALAYSIA yang telah berjaya mempertahankan pingat EMAS di Sukan SEA semalam… Semoga kejayaan ini sedikit sebanyak ‘menyuntik’ semangat baru bagi para pemain dan juga rakyat Malaysia… TAHNIAH… TAHNIAH… TAHNIAH… Anda memang HEBAT!! (clap… clap… clap… walaupun saya beberapa kali juga terlelap ketika menonton perlawanan tersebut… ya ampun….)

Jom nyanyi lagu ni… Lagu Semangat – Harimau Malaya… 




Sekali sekala layan lagu ni best juga...  selamanya.. selamanya... selamanya... Harimau Malaya, hey le le le le le oohh ooohh ooohh, Hey le le le le le Aaahh aahh.. aahhh  :p

Wednesday, November 09, 2011

Bila Abang Ajar Adik...

Assalamualaikum dan salam ziarah,

Satu hari, Faris dan Alisya sedang bermain di ruang hadapan rumah... Adakalanya mereka sangat baik bermain bersama.... Adakalanya bercakaran!! Selalunya si Abang yang akan menangis tanda kalah... Ooo jangan tak percaya..., Si kecil molek Alisya... Dia memang garang!! Sekali dia 'naik tangan' maka, tersedu sedanlah si abang menangis...

Hm.. bukan kisah 'buli abang' yang saya nak cerita hari ni... tapi nak cerita tentang keperihatinan si abang untuk mengajar adiknya mengenal benda yang ada disekelilingnya... Baik mari kita mulakan...

"Adik... adik... ni KO...PET..." si adik yang sedang sibuk memegang mainan tak pedulikan abangnya... Lalu si abang mencuba lagi...

"Adik... adik... KO...PET..." sambil tangannya menunjukkan KOPET... Lalu si adik nampak berminat... dan mula menyebut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...