Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, April 06, 2012

Tips: Brush Your Teeth, Sayang!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Gambar dari Google
Mengajar anak untuk memberus gigi bukanlah perkara mudah... Adakalanya ibu bapa (especially ibu) akan rasa berputus asa bila anak memberontak dan tidak mahu memberus gigi. Mengalah dan membiarkan anak-anak tidak menjalani rutin wajib itu. 

Saya sendiri menghadapi kesukaran untuk mengajar anak-anak memberus gigi, terutama sekali Faris... Bila tunjuk berus gigi, mula dia nak muntah, menjerit bagai... Tapi si kecil Alisya bagus... Setiap kali mandi, akan minta giginya diberus.

Beberapa cara yang saya lakukan, dan rasanya berkesan pada anak-anak saya... Mungkin bloggers boleh lakukan perkara yang sama:

1. Apabila ke pasaraya, pergi ke tempat yang ada banyak berus gigi pelbagai jenama tu... then biarkan anak-anak memilih berus gigi kesukaannya. (Budak-budak biasa la... bila benda tu dia sendiri yang pilih, mereka akan lebih excited!)



2. Jangan terlalu mengharap yang lepas membeli berus tu anak-anak akan terus boleh memberus sendiri dengan sempurna... Ajar secara berperingkat... Mula-mula, biarkan dia memberus gigi anda, dan anda memberus giginya...(Saya selalu cakap macam ni, alamak mama tak nampak ulat kat dalam mulut mama ni.. Alisya tolong gosokkan gigi mama... ooo then Alisya pun pura-pura cakap eeiii... nini nini (sini-sini) then dia pun gosokkan.. heheh comei je...)

3. Mulakan dengan berselang-seli. Jika di sebelah pagi anda memberikan authority kepada si kecil untuk memberus giginya sendiri, pastikan di sebelah petang anda pula yang memberus gigi mereka. Ini bagi memastikan kebersihan mulut secara menyeluruh. (eh macam iklan gigi pulak!)

4. Memberus gigi bersamanya. Bagi menunjukkan betapa pentingnya memberus gigi dengan cara yang betul, maka anda perlu memberus gigi bersama mereka. Secara tidak langsung mereka tahu cara yang betul untuk memberus gigi. 

5. Jadikan waktu memberus gigi sebagai aktiviti yang menyeronokkan! Anda boleh menyanyi bersama mereka ketika memberus gigi... seperti lagu ni.... (oh saya tak suka lagu ni... Faris dan Alisya suka sangat... berus gigi siap joget-joget lagi...)



Selamat mencuba!! :D Till next entry, moga anda sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t. Amin... 

Entri berkaitan: 
Tips: Pentingnya Menjaga Gigi Anak 
 

11 comments:

  1. Bila una dah ade anak nnt nk try ajor diorg cm ginie lew..hek3(x sabaq nk kawin)hek3

    ReplyDelete
  2. hehe. saya ada niece yang suka berus gigi. setiap kali mandi dia mesti minta diberuskan gigi. ^^ tapi dia belum pandai berus sendiri.

    ReplyDelete
  3. una imana: hehehe mungkin sedikit sebanyak boleh membantu :P

    TiraPengemis: sama2 Tira... :D

    Eein Azryn: bagusnya... pandai dia jaga gigi dia :P

    ReplyDelete
  4. bagus tips ni. syafi pn agak liat gak ni nk gosok gigi

    ReplyDelete
  5. mama pipie: cuba la... mana tahu berkesan.. heheh

    ReplyDelete
  6. yup mmg nak praktikkan esp tang selang seli berus gigi anak tu

    ReplyDelete
  7. boleh dipraktikkan ni...azim pun liat nak gosok gigi..bergaduh2..menangis2 dulu baru boleh gosok gigi

    ReplyDelete
  8. boleh diprakktikkan ni. anak saya pun ssh nk gosok gigi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...