Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, June 06, 2013

Jalan-jalan @ Taman Mini Malaysia dan Asian (Part 1)


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Cuti sekolah dah nak habis dah... So sisa-sisa cuti yang ada ni... Encik hubby bawa kami jalan-jalan di Taman Mini Malaysia dan Asian di Melaka ni. Masa kami mula-mula pindah ke Melaka, tahun lepas, Taman Mini ni di tutup untuk diselenggara. Sekarang ni dah pun dibuka semula, untuk kunjungan orang ramai...


Masa mula-mula sampai sini, dan tengok harga bayaran masuknya... Kami berkira-kira juga, sama ada nak masuk atau tak... sebab rasanya agak mahal berbanding taman-taman lain yang ada di Melaka ni... Dulu pun sebelum diselenggara harganya RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Saya fikir mungkin kerana telah diselenggara, membuat pembaikan dan segalanya maka harganya turut dinaikkan... Agak lama juga kami fikir... Lastnya saya cakap pada encik hubby, dah alang-alang kita dah sampai, tak pe lah kita masuk juga... dengan harapan keseronokkan di dalam Taman Mini ni setanding dengan bayaran tiga kali ganda yang dikenakan... Kami bayar RM38 untuk 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Alisya free...

Cantik tiketnya...
 

Disebelah kanan pintu masuk dah boleh nampak rumah pertama, iaitu rumah Perlis... So, pakat-pakat la kami masuk... Rumah Perlis nampak banyak barang, tersusun dan dapatlah dibayangkan struktur rumah sebenar.


Rumah Perlis
Ada congkak boleh main jap...
Ok bergambar lagi...
Kukur kelapa...

Dah puas tengok-tengok dalam Rumah Perlis, kami pun menuju ke rumah seterusnya, Rumah Pulang Pinang.
Ada juga ditunjukkan cara-cara membuat ketupat...
Kalau ada orang yang demo lagi menarik kot?!

Rumah Pulau Pinang
Cantik ukiran kayu Rumah Pulau Pinang ni...
Ada dipamerkan beberapa barang dalam satu ruang di Rumah Pulau Pinang ni...
Ada info tentang bahan yang membuatkan makanan kita sedap!
Sempat main teka-teka dengan AF.

Seterusnya ke Rumah Kedah... 

Rumah Kedah...
Ada pelamin dan beberapa hantaran...

 *** Nampak tak semakin lama gambar bagi setiap rumah tu semakin berkurang?!***

Ni pula gambar orang main gasing di depan Rumah Perak. (gambar rumah lupa pula nak ambil. Haih!) 

Tekun Faris tengok orang main gasing...
Barang-barang mainan ni bersepah je... Tapi AF tetap nak try main carrom tu...

Ini pula Rumah Selangor...

Ada orang menjual dalam rumah Selangor ni...
Katanya yang special adalah Karipap RM3 yang besar tapak tangan orang dewasa...


Masa kami lawat Rumah Selangor ni dah pun hampir jam 4.00 petang, maka kami pun bergeraklah ke Dewan Teja di mana Tarian Kebudayaan dipersembahkan secara live... 

- bersambung - 


8 comments:

  1. seronokkan jln2 kat situ...letih jugakkan turun naik setiap rumah tu..tapi seronok...

    ReplyDelete
  2. huhuhu....

    dah lama tak melawat sini...

    ReplyDelete
  3. masih ada lagi patung2 dlm rumah2 tu?

    ReplyDelete
  4. seronok depa cuti2 mlaysia..wo taman mini ni kt melaka pun ada.igtkan kt shah alam je.hehe..

    ReplyDelete
  5. kena pergi sini.. suka sangat tempat cam gini.. tak yah round satu Malaysia gi jer sini.. dah bukalerni.. harap dapat gi sini....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...