Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, June 24, 2013

Lama Tak Dapat Motivasi 'Live'


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya menghadiri training B.H.A.G Success Talk (Big Hairy Audacious Goal), Tupperware Brand Sabtu lepas di Hang Tuah City Hotel, Melaka. Setelah hampir setahun 6 bulan saya tak bercampur orang, tak hadiri training, tak berapa nampak dunia luar... Bila datang training ni buat saya excited! Terasa minda sangat segar dan rasa sangat bersemangat (walaupun jerebu tahap tidak sihat di Melaka ni dengan IPU 380).

Banyak yang saya belajar daripada orang kuat Tupperware Brand, Mr Lim Bok Chu (Sr. Sales Development Manager), selaku penceramah. Penekanan training bukan terlalu menjurus kepada ilmu multilevel marketing (MLM) tetapi lebih kepada motivasi diri. 

Lama betul dah rasanya saya tak dapat kata-kata dan semangat motivasi dari penceramah secara live macam ni... (sejak tidak bekerja selalu tengok dari TV je, perasaannya lain sikit...) Tambahan juga, dapatlah sedikit sebanyak ilmu perniagaan. 

Selain itu, dapat juga saya ketemu upline saya (Kak Uji), yang sangat membantu. Tetap sabar je dengan saya yang asyik bertanya. ^_^ Thanks Kak Uji atas support.  

Juga bertemu dengan rakan-rakan Tupperware yang lain membuatkan saya terfikir... 'Kenapa saya tak bersama mereka dari awal lagi?!' Seorang rakan Tupperware berusia 24 tahun menyertai bisnes ini baru 2 bulan tetapi ranknya adalah 3 Star Director... Melihatkan dirinya, saya tahu dia sangat bersemangat dan bersungguh-sunggah dalam apa yang dilakukan. Mungkin saya juga boleh jadi sepertinya! ^_^   

Apa yang saya nampak dalam bisnes Tupperware ni, adalah ganjaran pada setiap challenges yang diberikan kepada setiap konsultan/ahli Tupperware. Dari bonus leadership, team bonus, diskaun, Tupperware dari luar negara secara percuma, percutian luar negara 5 stars (yang mana semuanya ditaja sepenuhnya oleh Tupperware Brand, malah dapat duit poket lagi ketika bercuti) dan juga kereta Honda City/Civic/CRV. Melihatkan ganjaran saja boleh tak tidur malam dibuatnya...! Mula fahamkan business plan, fikirkan strategi dan kaedah bagi mencapai matlamat serta cuba mendapatkan habuan yang disebutkan di atas. 

Pada saya walau ganjarannya RM1juta sekalipun, jika kita tidak 'bergerak' dan lakukan apa yang sepatutnya, kita akan terus ketinggalan. Apa juga bisnes yang cuba kita ceburi, fahami, teliti dan berusahalah. Kalau mulut je kata nak hadiah, nak duit lebih, tapi tangan, kaki semua tak nak gerak... Maka tak guna juga... yang penting, setkan matlamat dan berusahalah untuk mencapainya. Pendek kata, bisnes ini adalah lebih kepada mencabar diri sendiri, sama ada dapat selesaikan challenge dalam masa yang ditetapkan atau tidak.

Mungkin ini adalah perkara baru untuk saya, namun ia sangat mengujakan... Bekerja dalam team juga perkara baru bagi saya. Tapi dengan bantuan Catherine dan Kak Uji... saya yakin saya boleh buat. Doakan agar saya dapat naik pangkat ke Director dalam bulan Ogos ni... Untuk makluman rank saya dalam Tupperware sekarang adalah Director in qualifications (DIQ) dan sedang dalam challenge untuk habiskan DIQ program dalam masa 2 bulan (Jun-Julai) ni... In sha Allah...    


* * * 


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

6 comments:

  1. semoga makin berjaya dlm tupperware..Ameen..:)

    ReplyDelete
  2. share la ilmu yg akk dpt tu dgn kami ;-)

    ReplyDelete
  3. Bagus bila sesekali dapat motivasi live ni..
    semangat pasti berkobar2... betul tu! apa pun yg kita ceburi sy rasa usaha mmg kena lebih..tindakan kena seiring ..

    ReplyDelete
  4. good luck ... semoga tercapai impian selaras usaha ... aaamin

    ReplyDelete
  5. Good luck kak. SMoga business tupperware bertambah maju ☺☺

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...