Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Jerebu
di Singapura, Johor, Negeri Sembilan termasuklah Melaka ni, memang agak
teruk... Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Melaka ni adalah pada tahap tidak
sihat... Bau asap sepanjang masa terutamanya di sebelah malam, memang
menyesakkan dada...
Dah
dua tiga hari ni saya sakit kepala, sebab bau asap yang kuat. Baunya bukan
setakat di luar rumah... tapi termasuklah dalam rumah.... Bayangkanlah! Macam
bakar sampah dalam rumah pula!
Risau saya tentunya pada AF (Adam Faris dan Alisya Farha)... Tapi bila saya
tanya rasa pening tak? Jawabnya tak... Susah nafas tak? Jawabnya tak... Setakat
ni saya tak dengar pula AF batuk atau sukar bernafas...Harapnya mereka kuat
bertahan...
Disebabkan
udara yang tak berapa nak bersih tu, saya tak bawa AF main basikal di luar...
Dah berapa hari ni juga AF bising cakap dah lama tak main basikal... Kesian
mereka... Tak pe la... nanti udara dah nyaman semula, bolehlah kita main
basikal ya?!
Alisya
memang tak pandai kayuh basikal lagi... Saya akan tarik basikal tu,
sambil dia cuba-cuba kayuh... Kalau Mama dia kepenatan... dia akan tolak je basikal tu... Faris pun masih lagi dengan 4
roda... tak pandai lagi seimbangkan badan... Dah la jarang main
basikal... Memang ambil masa la nak pandai kayuh dan seimbangkan
badan...
Tips
ketika jerebu:
1.
Menghadkan waktu berada di luar rumah atau kawasan terbuka untuk mengelakkan
sesak nafas.
2.
Memakai topeng muka agar tidak menghidu udara yang kotor.
3.
Kerap membasuh muka, tangan dan kaki atau anggota badan yang terdedah kepada
jerebu dengan air bersih. Atau sebaiknya kerap mandi.
4.
Minum air suam dengan kerap, agar tekak tidak kering.
5.
Dapatkan rawatan segera jika, terasa sakit dada, sesak nafas atau batuk yang
teruk.
6. Keluar dari kawasan yang berjerebu bagi mengelakkan terkena penyakit.
Nota
kaki: Sentiasa berdoa hujan turun agar kami dapat menikmati udara
segar...
* * *
Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami.
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^
good sharing..
ReplyDelete:)
Deletebahaya kan
ReplyDeletetu la...
DeleteTake care ye kak. Kena kurangkan aktiviti luar. Kat tempat saya ni masih belum nampak berjerebu lagi.
ReplyDeleteduduk dalam rumah pun terasa sesak juga... huhu
Deletememang bahaya jerebu ni....
ReplyDeletekes sakit makin meningkat...
tu laaaa...doa2 lah hujan2 selalu kan....
and kurangkan keluar rumah...
minum air masak byk2...
take care tau...
thanks rasp... tapi dalam rumah pun tak tahan dibuatnya... huhuh
Delete*hujan oh hujan kenapa kau tak mahu turun...?!*
Kalau dlm perjalanan tu dalam kereta pun dah boleh nampak sekeliling semuanya dah macam kat Genting Highland jerebu aje...
ReplyDeletetu la pasal... kat sini pagi2 time nak hantar faris pegi sekolah tu mmg asap sesaja...
DeleteKena kurangkan masa dan aktiviti diluar.. Kt kl ni pun pagi je.. Ptg cerah sikiy..
ReplyDeletetu la...
Deletetake care...
ReplyDeletetq.. :D
DeleteKat Johor dah ada sekolah yg ditutup kan?
ReplyDeleteElok le kurangkan aktiviti luar. Kesian jugakkan anak2 terperap je dalam rumah.
ha ah... diarahkan tutup... mmg teruk sangat kat JB tu...
DeleteNampaknya kat mana2 pun jerebu.. Sabah pun ber jerebu juga..cuaca pun panas sgt... kena kurangkan aktiviti di luar rumah..
ReplyDeleteiye la... atie pun take care ya...
DeleteSini pun awan kelabu je , kl .... tp dah dua hari nampak pakcik tu selamber je bakar smpah .. nasib anak2 semua ok .sihat ..
ReplyDeleteOrg malaysia dah tak larat kena jerebu . cm mana lak agaknya org indon yg buat jerebu yer . rasanya keadaan mrk lagi teruk . tiap thn buat benda yg sama pada bln yg sama ...
ReplyDeleteTeruknya jerebu kat sana....
ReplyDeleteMoga hujan cepat2 turun...
psst, Irfan pun tak pandai naik basikal tayar 2 juga... masih tayar 4... hihihi
Way cool! Some very valid points! I
ReplyDeleteappreciate you writing this write-up plus the
rest of the website is also very good.
Visit my blog post - CrossFit apparel ()
Betul tu. Kurangkan masa di luar. Udara kotor ni mengundang pelbagai penyakit
ReplyDeletekelua dr kawasan jerebu??? manalah nak tuju.. kg pun musim jerebu huhuhuhu ...
ReplyDeletekena sedikit berkurung n buat byk aktiviti dlm rumah nmpknya
ReplyDelete