Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Alahai Alisya... Dah putus dah gelang mama... Gelang ni encik hubby belikan di Sabah ketika bertugas di sana... Rasanya dua ke tiga tahun lepas kot... Si Alisya ni buat main masak-masak pula gelang tu... Dikatanya gelang tu ikan... Lalu 'digoreng' la buat main masak-masak...
Bila dah putus dia bagi dekat saya... dan cakap... "Ikan dah patah!" (dengan muka tak bersalah...). Sambil pulangkan pada saya 2 biji manik yang dah putus dari tali tu... Katanya, "ni mata ikan, mama"... Sabar je la... Apa nak buat... benda dah jadi... Sudahnya saya keluarkan semua manik-manik dari tali tu dan simpan... nanti nak pegi cari benang/tali getah... Boleh la jadi gelang tasbih mama pula... Semua benda yang jadi ada hikmahkan?! ^_^
* * *
Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami.
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^
Ikan dah patah yer Alisyah....
ReplyDeletehuhuhu, redha aje la kan.... mana tahu nanti dapat gelang baru :)
tu la... sabar je la... adeh...
Deletehahahaha kelakar pulak kak dgn kerenah bebudak kan! mesti nk gelang baru ni hehe
ReplyDeletealahai .. nak marah pun bkn aisyah paham kan... nnt buat jerlah blk kalau reti..
ReplyDeletenanti boleh sambung balik...boleh cari kedai yg buat gelang mcm ni...
ReplyDeletemata ikan ye.tggi btul imiginasi.hehe
ReplyDeleteInshaa Allah , mungkin akan dapat yg baru yg lbh cantik drp tuh . kan dah nak raya nih ... heheheee
ReplyDeleteOKje rasa NK ni seorang yg sistematikkan....dari segi gaya bahasa entri dan penyimpanan barang tu...
ReplyDelete