Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, April 24, 2014

The Big Bad Wolf Booksale@ MITC, Melaka

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

The Big Bad Wolf Booksale now @ MITC, Melaka! (^_^) Bermula 19 April – 27 April 2014. Dah tentunya saya, terjah. Walaupun hujung-hujung bulan tatkala duit tinggal cukup-cukup hingga nak gaji semula ni, sempat juga sambar buku-buku ni... 
 
Ok, sila perhatikan buku yang paling atas tu...
ada gambar ikan kan?!

Sangat jealous tengok orang yang borong buku hingga dua tiga kotak!! Uish... bestnya...! Maklumla kan... diskaun sehingga 95%...! Encik hubby kata, tak pe la... nanti dah gaji kita datang second round! Wah! Suka, suka, suka! (^_^)

Tapi Pesta Buku Antarabangsa @ PWTC pun dah startkan?! Hm... Macam nak ke sana juga... Kebetulan encik hubby pun cuti... Saya memang jadi rambang mata bila cakap pasal buku... Er... apa cerita book cafe kita eh? Moga jadi kenyataan... InsyaAllah... Amin...

Oh ya... buku yang ada gambar ikan tu kan... Si Adam Faris yang soleh tu, letak depan akuarium... katanya buku tu untuk ikan baca... Haih, sabar je la...!! 

Dah la letak terbalik pula tu!! 
Mesti pening ikan-ikan dalam tu...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


18 comments:

  1. aida pun da pegi isnin ari tu. membeli cecah rm100 jugak la. semua buku citer english utk anak2 dara... esok lusa gi lagi kot sebab nak terjah home deco expo plak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! seronok betul tgk buku yang berlambak2 tu... rasa nak ambil semua... hahaha... ha ah tak lama lagi home deco expo pulak! :D

      Delete
  2. he3 comey... buku ikan utk ikan baca.... he3

    ReplyDelete
  3. haha ikan pon pandai baca buku

    ReplyDelete
  4. akak bercadan nak buat book cafr ke?
    all the best ye
    faris ni kelakarlah orangnya
    dah sihat ke dis

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. haha pening2 lalat ikan nak baca buku. wakakaaa ;p

    ReplyDelete
  6. wah seronoknye dengar..leh sambar buku apa yang nak

    ReplyDelete
  7. Teena pun dah beli gak kt mitc aritu. Guna baucer buku, jimat sikit. Hehe

    ReplyDelete
  8. dah lama x g pesta buku...biasa beli kt popular n MPH jer..

    ReplyDelete
  9. serius comel bagi ikan baca buku.haha

    ReplyDelete
  10. Mmg teringin nak pergi. Huhu...

    ReplyDelete
  11. sekarang ni memang musim pesta buku eh? merata pesta buku. hehe.. :)

    ReplyDelete
  12. hihihi, ikan-ikan kat buku tu cari kawan yer Faris?

    ReplyDelete
  13. Salam

    Bestla kt mitc pon dh ada big bad wolf ni, tadela jauh sgt nak pegi bg yg duduk melaka :)

    ReplyDelete
  14. 2 bulan lepas N pergi Big Bad Box Sales (Big Bad Wolf) kat The mines.. Rambang mata tgk buku-buku..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...